Gadis itu adalah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, srikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya.
Lelaki yang mendamba itu adalah Ali, sepupu baginda sendiri. Beliau tersentak mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
“Allah mengujiku rupanya”, rintih batin
Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat
dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan
RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan
perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau
untuk menanti maut di ranjangnya.
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar
berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah
yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar; Utsman, Abdurrahman ibn Auf,
Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin
dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa
banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar;
Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak
yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar,
insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin
dari keluarga miskin.
“Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
“Aku mengutamakan Abu Baakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya.
Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi.
Ini menaikkan semangat Ali untuk berusaha mempersiapkan diri.
Tapi,
ujian itu bukan setakat disitu. Kali ini perkhabaran lain diterima
olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan
musuh Islam, pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang
terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan
muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan
kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan
syaitan berlari ketakutan.
Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan
kebatilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa
seringnya Nabi berkata, “Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku
keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya disisi Rasul, disisi ayah Fatimah. Ali redha
kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang
terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga
ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan Nabi, sedangkan dua
sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Siddiq r.a,
Umar Ibnu Khattab r.a dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah
s.a.w duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara
lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya
kepada Abu Bakr As-Siddiq r.a: “Apakah engkau bersedia menyampaikan
persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Siddiq menyatakan
kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a
melihat datangnya Abu Bakar As-Siddiq r.a dgn tergopoh-gopoh dan
terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa
berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak, Abu
Bakar As-Siddiq r.a segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau
adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta
mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama
ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w.
Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada
baginda untuk menyunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau
semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan
kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau
belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak
melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan
menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakr r.a mata
Saidina Ali r.a berlinang air mata. Ali r.a.
berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang
semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan.
Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang
satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan
Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a, Abu Bakar r.a
berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan
RasulNya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya
Abu Bakar r.a berhasil mendorong keberanian Ali r.a untuk melamar puteri
Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Sayyidina Ali
r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w yg ketika itu sedang berada di
tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu
Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yg mengetuk pintu?”
Rasul Allah s.a.w menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia
orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan
RasulNya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w itu belum memuaskan Ummu Salamah r.ha. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa
Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai
kunjungan Saidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad s.a.w itu: “Aku berdiri
cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu
kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu
kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan
dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau.
Ali bin Abi Talib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi
malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah s.a.w mendahului berkata:
“Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang
ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh
dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w
yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata:
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil
aku dari pakcikmu Abu Talib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku
masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah
memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah
adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di
dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi
dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang
aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah
apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat
itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum
beliau berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Hai Ali apakah engkau
mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
Jawab Ali bin Abi Talib dengan terus
terang. “Demi Allah, anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada
sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai
apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
Rasul Allah s.a.w menanggapi jawapan Ali
bin Abi Talib: “Tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya untuk
perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat
keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya
dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau
hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima
barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah
‘Azza Wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit
sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang
diceritakan Ummu Salamah r.ha.
Setelah segala-galanya siap dengan
perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat,
Rasul Allah s.a.w mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:
“Bahwasanya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya menikahkan engkau
Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat
menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu ku terima dgn baik” jawab Ali bin Abi Talib r.a dalam pernikahan itu.
Dan ternyata tak kurang juga yang
dilakukan oleh puteri Nab. Dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa
suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum
menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada
seorang pemuda”.
Ali terkejut dan berkata: “Jikalau begitu, mengapa
engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?”
Sambil tersenyum Fatimah berkata: “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”