Thursday, December 22, 2011

rasuah di sini...rasuah di sana...

Di China kes rasuah dipandang serius. Jika anda seorang pegawai kerajaan, hukuman bersalah menerima rasuah ialah ditembak di kepala dengan AK-47. Kemudian mayat tidak diserahkan kembali dan keluarga si penjenayah akan disuruh bayar harga peluru yang digunakan.

Di Malaysia? Kena denda dan hukuman penjara beberapa tahun. sesetengah kes, lepas dah kantoi rasuah, dah kena gantung tugas lepas tu jadi calon parti dekat negeri. Lepas menang bertanding sekarang si perasuah ini jadi pengerusi NGO. tak percaya? kena percaya. ni lah realiti di Malaysia. tak pun lepas peringkat siasatan, boleh pulak takde kes dilaporkan.

ini kisah rasuah super complicated dari China. Shi Jianfeng (43) dari Yuzhou, Provinsi Henan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana bersalah memalsukan plat nombor milik tentera bagi mengelak membayar tol. Beliau dikatakan memandu diatas lebuh raya Zhengzhou-Yaoshan sebanyak lebih 2000 kali dan mengelak membayar tol bernilai 3.68 Juta Yuan.Beliau dapat mengelak membayar tol kerana menggunakan plat number trak tentera palsu. Plat nombor tentera membenarkan kenderaan yang digunakan tidak perlu membayar tol, tidak boleh disaman dan tak perlu bayar parking.




Di China jika anda memalsukan plat nombor milik tentera secara automatik anda disumbatkan kedalam penjara seumur hidup. Kemudian adik kepada Shi Jianfeng menyerahkan diri kepada polis. Tujuan beliau menyerah diri ialah untuk mengaku beliau merasuah beberapa pegawai polis tempatan untuk mendapatkan plat nombor trak tentera. Ini bermakna Shia Jianfeng TIDAK BERSALAH memalsukan plat nombor cuma bersalah menyalahgunakannya untuk kegunaan peribadi.

Oleh yang demikian, beliau hanya perlu dipenjara maksimum selama 7 tahun. Adik Shi Jianfeng membayar anggola polis 1.2 Juta Yuan setahun bagi membeli 4 plat nombor tentera untuk kegunaan syarikat milik keluarga mereka. Beliau juga ada menunjukkan bukti kontrak penggunaan plat-plat nombor tersebut selama setahun bersertakan tanda tangan 2 orang polis yang korup.

Akibat daripada pendedahan ini dua orang hakim yang membicarakan Shi Jianfeng dipecat. Naib Presiden Mahkamah pula digantung tugas kerana kelalaian menjalankan tugas.

Di Malaysia?? hmmmm...bagus juga sistemnya..tu yang ranking mencanak-canak naik!

Oh Malaysiaku tercinta!

sumber Global Times, Serius Blog

Thursday, December 1, 2011

aku peminat bolasepak....yang waras

Apa yang ingin aku sampaikan disini adalah sesuatu yang telah menjadi kelaziman di Malaysia..aku tidak mengatakan ianya salah..sebab ia terpulang kepada pemahaman setiap dari kita untuk menilainya secara waras mengikut akal fikiran yang sihat.

Aku adalah peminat Arsenal..6 tahun tanpa kejuaraan mungkin sesuatu yang sukar diterima oleh orang lain namun tidak bagi aku..ini kerana ia berbalik kepada mengapa kita meminati sesebuah kelab..bagi aku, sebabnya pernah aku ceritakan disini

Ramai yang mengatakan, sekarang ni merupakan detik yang paling sukar buat Arsenal dan para peminatnya..namun tidak bagi aku..ini kerana, aku melihat, menonton, mentafsir, mengulas dan membicarakan bolasepak secara matang dan waras..tidak seperti sesetengah orang yang menjadikan bolasepak sebagai platform untuk kutuk mengutuk, bersikap poyo, glory hunter, tunjuk pandai dan macam-macam lagi yang aku simpulkan sebagai = KURANG KEWARASAN.

Aku ada dua orang kawan yang mana boleh aku jadikan contoh terbaik dalam topik ini..

Yang pertama, kawan baik aku, Fariz.


Aku mula berkawan dengan dia sejak 2001, masa mula-mula masuk UiTM Shah Alam. Dialah rakan sebilik, dialah rakan sekelas dan dialah rakan serumah. Sampai ke hari ini masih rapat, contact dan berkongsi pelbagai cerita.

Fariz ni peminat Manchester United..kelab yang sangat ramai peminat kat Malaysia ni..kalau bercerita tentang MU ni, ia adalah kelab paling berjaya di England dalam carta kejuaraan, namun tidak disukai ramai kerana peminatnya yang sedikit angkuh dek kerana kejayaan kelab mereka. Perkara ini tidak aku nafikan, namun suka aku tegaskan disini tidak semua.. masih ada peminat MU yang bersikap low profile dan paling aku suka, bersikap waras dalam semua hal..contohnya kawan aku Fariz ni..

Dia akan gembira jika MU menang, dia akan rilek kalau MU main bagus tapi takde rezeki untuk menang, dia akan bengang kalau MU main tak best dan dia akan rileks je kalau MU kalah..

Masa aku masih tinggal kat Shah Alam dulu, aku selalu lepak tengok bola dengan dia..masih aku ingat ada sekali tu game antara MU vs Arsenal, kami lepak di Khulafa seksyen 7..menyokong pasukan masing-masing..sepanjang game, tak sekali pun kami mengutuk team lawan..takde kutukan, boooooo mahupun menganjing sesame sendiri (berbeza dengan sekumpulan ‘budak-budak’ yang lepak depan kami..ntah apa-apa). .game tu berkesudahan dengan kemenangan unutk Arsenal..habis game, kami bersalaman..Fariz wish congrats kat aku, aku wish thanks and nice game untuk dia..takde pulak kami berbalah sebab game tu..perkara yang sama berlaku bila MU yang menang..basic things in our life.. mutual respect..benda ni berlaku bukan sebab dah kawan lama, tapi sebab masing-masing minat bola dan pasukan secara rasional..bukan fanatik tak ketentuan hala...

Aku masih ingat lagi ayat si Fariz ni...”dah kalah dah la..kalau menang pun, rilek sudah..nak kecoh-kecoh apa..bukan dapat apa pun..puas hati sendiri cukup la”..

Individu kedua yang ingin aku ceritakan ialah, rakan sepejabat aku..Encik Ramley..


peminat MU juga..sama seperti aku dan Fariz, En.Ramley merupakan pencinta bolasepak sejati..aku definisikan sejati disini bermaksud meminati mutu, gaya dan kualiti permainan yang menarik dan menghiburkan..disebabkan factor ini, En.Ramley sangat low profile dan tidak segan-segan untuk memberikan pujian pada mana-mana pasukan bolasepak yang mempamerkan permainan yang menarik..dan walaupun beliau peminat MU, beliau tidak menjadikan itu sebagai tiket untuk menyokong, mempertahankan dan memuji secara membuta tuli, walaupun favourite team beliau tu memegang status juara paling banyak..

Sangat kerap aku dan En.Ramley berdiskusi secara matang dan berhemah mengikut perspektif kami..sama-sama akan mengkritik, berkongsi pendapat dan memberikan kredit kepada Arsenal dan MU..kalau main tak best, kami akan cakap tak best..kalau cun, kami puas hati..malah aku mengakui keberkesanan taktik MU dalam mencapai kemenangan.. En.Ramley pula sering memuji permainan cantik yang dimiliki Arsenal..dan aku melihat ini tidak sedikit pun mengurangkan minat dan kualitinya sebagai peminat MU..


Ayah Raushan merupakan nama FB En.Ramley


Sewaktu Arsenal tewas 2-8 ditangan MU, En.Ramley sangat rileks..malah ketika kembali ke pejabat (masa tu game berlangsung dalam musim Aidilfitri), aku dan En.Ramley berbincang dengan penuh ilmiah tentang game tersebut..ini berbeza dengan beberapa orang yang pada ketika itu, menyerang aku dengan ghairahnya di Facebook dan SMS..mengutuk berdasarkan angka 2-8 tersebut tanpa melihat pada keseluruhan yang terjadi disebalik angka tersebut..ini yang membezakan antara peminat bolasepak yang waras dan ‘kurang waras’..

bagi peminat yang matang, mereka menganalisis secara terperinci saat demi saat, hantaran demi hantaran dan jaringan demi jaringan..baru mereka memberikan komentar..bukan hanya pada keputusan akhir saja..kalau macam tu, semua orang boleh jadi pengulas sukan dengan mudahnya...

Tapi inilah reality yang berlaku di Malaysia..kutuk mengutuk lebih hangat mengambil tempat dari membicarakan bolasepak secara ilmiah..dari pemerhatian aku, geng kaki kutuk ni bila diajak berdebat secara berhemah, biasanya mereka akan mati kutu..bersembang secara luaran, nampak mereka paling jaguh..tapi kebanyakkan hanya jaguh dalam FB..makin lama sembang, makin terserlah mentality mereka yang sebenarnya menjadikan sesi ‘menganjing’ ni sebagai tempat melepaskan kepuasan..no specific point actually..bila peminat pasukan ni dah mula, ia akan berjangkit kepada peminat kelab-kelab yang lain..tapi bila difikirkan balik, kepuasan apa yang kita duk sibuk perjuangkan sebenarnya?

Bila pasukan yang kita sokong menang, kita bersorak bagai nak rak..kita kutuk lawan yang kalah tu..kononnya atas semangat sebagai peminat, seperti peminat kelab tersebut yang berada di England sana..tapi fikirkan, sama ke kita seperti mereka? Minta maaf..tak sama..mereka bayar tiket yang mahal..mereka beli jersi original..mereka punya sumbangan terus ke atas kelab tersebut..tapi kita??? Jersi pun kita beli made in Siam..match kita tengok kat kedai mamak..match 2 jam, air kosong 4 gelas..so apa sumbangan kita pada kelab tu yang kita nak ekstrem sangat? Tak perlu pun sebenarnya..mereka di sana tak tau pun yang kita menjerit sampai terkeluar anak tekak..

Bila kalah, kita meroyan tak hengat punya..kutuk player, kutuk manager..macam expert sangat..sedangkan pemilihan untuk wakil skuad kampung pun kita tak lepas..mereka kat sana tu tak ambik port pun kita kutuk maki berbakul-bakul..ada ke kutukan kita tu buat gaji diorang kurang separuh? Tak syeikh..gaji tak luak pun..so apa yang kita dapat? Kepuasan? Lain la kalau kita membicarakan tentang skuad bolasepak Malaysia..baru ada relevannya disitu..

Aku tak nafikan, bila baca artikel ni, ada yang akan cakap aku pun sama gak kutuk mengutuk..yes..aku tak nafikan..tapi aku berani cakap disini, aku buat begitu dalam konteks mempertahankan falsafah, minat dan pemikiran aku..come on lah..aku pun manusia biasa..aku tak bergerak kalau tak digerakkan..konsep dia macam kita bina rumah, design, cat, dekorasi semua kita pilih ikut selera dan minat kita..tiba-tiba datang lak orang sesuka hati kutuk-kutuk..cakap buruk lah, takde taste lah..padahal yang bercakap tu rumah dia standard rumah kotai pekerja kontrak je..so layak ke dia nak mempertikaikan minat dan citarasa kita tu?rumah wa, sukati wa lah nak buat apa pun..lu kecoh-kecoh apa hal mat...lu diam-diam sudah..wa tak kacau lu..hehehehe...

Aku tau ada juga yang cakap, “alah...ni sekadar suka-suka je..kutuk sikit-sikit adatlah..just for fun..baru meriah sikit..bukannya sampai nak bergaduh pun”..betul..tak aku nafikan..sebab tu aku nyatakan di awal entry ni, terpulang pada masing-masing..Cuma aku lebih suka tekankan disini ialah tentang ke arah menjadi peminat bolasepak yang matang..dan seterusnya menjadi lelaki yang lebih rileks, bijak dan bersifat analitikal penuh ilmu...

So pada perspektif aku, tak salah nak minat bola dan kelab ni..minat la..terutamanya yang lelaki tu..memang macam tak cukup syarat kalau tak minat/tak main/tak tengok match bola..paling tidak pun support team Malaysia..nak beli jersi ke apa ke, beli..pakai..no problem..tapi kita perlu matang dalam hal ni..sederhana..sebab kalau nak ekstrem sangat, bukan dapat apa pun..

Dah sampai masa untuk kita anjak sikit paradigma tu..jadilah peminat bolasepak yang waras/matang..sebab aku percaya ianya banyak membantu dalam kita mempertingkatkan daya dan kemahiran pemikiran kita kearah dimensi yang lebih positif dan luas..

Kalau ada yang kutuk kita tak agresif la, tak hardcore la apa la. Biarkan..sebab apa? Sebab kita tak seperti mereka..seusia aku menjadi peminat bolasepak khususnya peminat Arsenal, isu-isu sebegini sedikit pun tidak menggigit aku..aku tetap mampu makan nasi seperti biasa.. ;)


p/s : teringat kata-kata seorang teman yang lebih berusia.."orang yang macam ni elok jangan bagi tengok bola..pe'el mcm budak-budak kencing bercabang..kalau team tu menang cup penuh satu lori pun, kau dapat apa?? entah-entah negara yang kau duduk ni diorang tak pernah tau pun ada ke tak...".... - hahahahaha....