Friday, August 26, 2011

Demam Lagu Raya

selain dari kuih, baju, mercun, duit dan rumah/kereta raya, satu lagi kewajipan atau kemestian bagi orang kita untuk menyambut Aidilfitri adalah lagu raya. kita tak mungkin dapat menafikan betapa pentingnya atau kuatnya pengaruh lagu raya menjelang Aidilfitri. tak usah fikir banyak. cuba bayangkan jika menjelang akhir Ramadhan, tiada langsung lagu raya yang kita dengar samada di radio mahupun dalam kereta ataupun handphone. memang janggal. sebab aku percaya kita semua dari kecil memang sudah biasa dihalwa telingakan dengan lagu raya. tak kiralah samada dari dendangan Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee sehinggalah ke zaman Datuk Siti Nurhaliza.

(hebatnya penangan lagu raya sehinggakan seawal 1 Ramadhan dah ada kompleks membeli belah dan premis-premis perniagaan yang mendendangkannya. bab ini memang tak sesuailah. sekurang-kurangnya hormatilah kemuliaan dan keberkatan Ramadhan.
)

bagi aku, lagu raya merupakan satu kelompok yang tersendiri dan agak kecil skopnya. terutamanya dari segi lirik. sebab itulah kalau kita perhatikan, banyak lagu raya yang agak klise dalam aspek ini. kita boleh dengar lirik yang sama ataupun membawa maksud yang sama. sebagai contoh setahun hanya sekali, bermaafan, hari bahagia dan banyak lagi perkataan yang agak serupa di kebanyakkan lagu.

namun demikian, dek kerana isimewanya lagu raya ni, semua ini tidak menjadi satu masalah. ini kerana lagu raya (teruatamanya lagu di era 80-90an) sangat kuat melodinya. berbeza antara satu sama lain dan sangat hebat melekatnya di ingatan kita semua. berbeza dengan lagu raya yang dicipta di alaf baru ini. ada juga yang sedap. bukan tak ada langsung. namun, sukar untuk kita menafikan bahawa lagu lama tetap menjadi pilihan ramai.

secara peribadi, aku mempunyai 3 pilihan lagu yang tersendiri. 3 lagu ini menepati citarasa aku kerana perbezaan yang ada padanya dari segi melodi, lirik dan cara penyampaian penyanyinya. sukar untuk aku menerangkan dari sudut ilmu muzik mengapa 3 lagu ini menjadi pilihan sebab aku tak pandai muzik. tapi kelainanlah yang menjadi faktor utama. 3 lagu ini mempunyai identiti tersendiri yang membezakannya dari lagu raya yang lain. 3 lagu tersebut adalah :


1. Khairil Johari Johar : Sepasang Kurung Biru (HQ Audio)

ni pilihan pertama aku. memang lain macam menangkap jiwa dan sukma..hehehe..dengan penyampaian yang cool dari Khairil, melodi yang syahdu dan lirik yang 'berbeza' dari lagu raya yang lain. langsung takde cerita pasal kuih, mercun, raya datang setahun sekali, fakir miskin..hehehe...

2. Aisyah - Pulanglah

Aisyah antara penyanyi wanita favourite aku. suara yang high pitch, boleh kontro vibrato dengan baik, feel yang mendalam serta mengekalkan ciri-ciri suara dan lenggok Melayu membuatkan aku cukup kagum dengan beliau. lagu ini juga agak lari dari kebiasaan lagu raya. namun feel Aidilfitri tu tetap ada. hehehe...

3. Salam Aidil Fitri ~ Jamal Abdilah

yang ni tak perlu aku ulas lagilah. mamat ni bagi lagu apa pun sedap jadinya. sampai dah tau nak komen apa lagi dah. so klik link atas ni dan layan je lah.. ;)



3 ni merupakan yang paling menarik minat aku la. banyak lagi sebenarnya. boleh dikatakan semua lagu raya era 80-90an memang aku layan. sebab memang sedap dan ada roh dalam setiap lagu tu.

sampai sekarang aku tertanya-tanya, apa resipi pencipta lagu dan lirik pada zaman tu guna sehingga adunan lagu yang dihasilkan menjadi resipi yang dahsyat... ;)

dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa melawat dan membaca tulisan aku ini. tak kiralah samada yang sudi menjadi follower mahupun silent reader yang setia mengunjungi. Maaf Zahir Dan Batin aku pohon andai sepanjang kita semua berkenalan, ada tutur kata yang menyinggung perasaaan mahupun penulisan aku yang mencarik rasa. sesungguhnya tiada niat untuk semua itu selain hanya ingin berkongsi cerita dan pengalaman yang tak seberapa. sokongan anda semua amat dihargai dan teruskanlah mengunjungi blog orang kecil ini. jutaan terima kasih...

Salam Aidilfitri...

Razlan Ab Razak




p/s : sesiapa yang beraya di JB, roger-roger lah ye..boleh raya bersama... :)

Wednesday, August 24, 2011

anda kenal Frederic Oumar Kanoute?

entry ini diambil dari Malaysian Sports Loose Cannon (rizalhashim.blogspot.com), blog yang memfokuskan tentang isu-isu sukan terutamanya industri sukan tempatan..saudara Rizal Hashim merupakan bekas wartawan sukan yang berpengalaman luasdalam arena ini dan kelibatnya kini sering dapat kita lihat di kaca TV terutamanya Astro Arena.


Bersama Kanoute di Masjidil Haram


Sempena 10 Ramadhan terakhir, aku menyingkap pertemuan dengan Fredi Kanoute dalam Masjidil Haram, Rejab 1432, kira-kira dua bulan lalu. Dari Maghrib ke Isya', aku, 'Akif dan 'Afif bersolat di tingkat 2, sambil Intan dan Nur Alfiyyah di bahagian kaum Ibu. Selesai menunaikan ibadah, seperti biasa aku buat temu janji dengan orang rumah di Gate 79. Dalam laluan menuju gate itu, tiba-tiba mata aku terpandang dua lelaki sedang beriktikaf. Bisik hatiku "eh itu macam Kanoute".

Tanpa berfikir panjang, aku mendekati mereka. "Assalamualaikum"...

"Waalaikumussalam," jawab mereka serentak.

"Are you Mr Kanoute?"

"Yes," jawab lelaki berjubah cerah itu. Lalu aku dan 'Akif serta 'Afif menghulurkan tangan, lalu memperkenalkan diri.

"My name is Rizal, from Malaysia."

Kedua-duanya terkejut. "You can recognise me?" "Is La Liga shown over TV in Malaysia?

"Of course, our cable tv shows the English Premiership to Ligue Un..."

"Are they your kids?"

"Yes, this is my son, this is my nephew."

"We have a friend in Malaysia, he likes to play badminton."

"Yes, the world No 1 in badminton is Malaysian. Have you been to Malaysia?"

"No, but I would love to..."

"Its a beautiful country."

"Yes, the friend tells us nice things about Malaysia...is football big in Malaysia?"

"Yes, that is why we have league matches from Europe shown over tv. Our national team is the regional champions."

"Which league has the biggest following?"

"Definitely the English Premiership...followed by La Liga."

Kanoute kemudian memandang 'Akif dan 'Afif.

"Do they speak Arabic?"

"Very little."

"Masmuk?" sambil dia memegang 'Akif.

"Ismee 'Akif." Kemudian Kanoute menoleh kepada 'Afif. "Ismee 'Afif."

"Oh good, they are beautiful and great kids, Alhamdulillah."

"Fredi, I wouldn't want to take up much of your time...can we take pictures."

"Of course."

"OK, thank you, syukran, merci beaucoup."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."




Iktibar daripada dakwah ala Kanoute

TATKALA bola sepak Malaysia gempar lagi dengan skandal rasuah yang menimbulkan syak wasangka masyarakat terhadap pengamal sukan itu, penulis mahu mengajak pembaca dan peminat merenung seketika kerjaya dan kehidupan penyerang Seville, Frederic Oumar Kanoute.


Secara kebetulan, penulis berkesempatan beramah mesra dengan Kanoute dalam Masjidil Haram, baru-baru ini. Biarpun pertemuan itu hanya seketika, ia membawa makna yang cukup mendalam buat penulis.


Mengambil kesempatan daripada cuti musim panas, bekas penyerang Spurs dan West Ham itu menunai ibadah umrah bersama seorang sahabat.


Lahir di Lyon, Perancis tetapi memilih untuk menyarung jersi negara asal datuk neneknya, Kanoute adalah contoh seorang atlet yang melawan arus atas dasar prinsip dan iman. Tidak syak lagi pemain berusia 34 tahun itu bangga menjadi seorang Muslim. Hakikat ini acapkali dimanifestasi menerusi tindakannya sama ada ketika menjadi tontonan dalam mahupun luar padang.


Sebagaimana ramai penganut agama Islam yang mencari rezeki di Eropah, Kanoute bergelut dengan budaya dan kebiasaan yang banyak bertentangan dengan prinsip hidup seorang Muslim.


Apalagi dalam dunia bola sepak, satu bidang paling popular, glamor, bergaya dan mewah hingga memberi ruang kepada kebebasan duniawi. Persekitaran dan eko-sistemnya boleh membuat orang lupa akan nilai-nilai agama.


Kanoute mendirikan solat di dalam bilik persalinan sudah jadi satu senario biasa di Seville. Tindakannya menunaikan solat setiap kali masuk waktu biarpun ketika latihan pada awalnya sukar difahami jurulatih dan rakan-rakan sepasukannya namun akhirnya mereka akur dengan tuntutan agama dan komitmen Kanoute.


Uniknya Kanoute cekal menzahirkan iman di bumi yang majoritinya bukan Islam tetapi satu ketika dahulu dikenali sebagai Al-Andalus, pusat pemerintahan kegemilangan Islam.


Berdakwah dengan caranya tersendiri, Kanoute berkongsi rasa perihatin dan simpatinya terhadap saudara seiman dan ribuan rakyat Palestin yang syahid di Gaza, dengan menyelak jersinya untuk memperlihatkan baju dalam yang bertuliskan “Palestina” ketika meraikan jaringan.


Perkataan Palestina itu ditulis juga dalam beberapa bahasa lain. Itu dia lakukan dalam pertemuan La Liga di antara Sevilla dan Deportivo La Coruna pada Januari 2009. Kad kuning, disusuli denda 3,000 euro dan penggantungan bukanlah sesuatu yang besar dibanding nilai manifestasi satu kecintaan. Baju itu kemudian dijual menerusi ebay dengan harga 205 pound dan diderma kepada sebuah pertubuhan amal di Gaza.


Tindakan itu hadir daripada seorang individu yang menginfakkan gaji tahunannya berjumlah AS$700,000 bagi memastikan masjid terakhir di Seville tidak dijual pada 2007 serta tidak menjadikan Ramadan alasan longlai, bahkan muncul penjaring terbanyak dengan 20 gol pada satu ketika.


Juga bukan mengejutkan daripada seorang individu yang enggan memakai jersi tertera nama penaja Seville, sebuah syarikat judi atas talian, hingga kelab itu bersetuju menyumbang kepada pusat kebajikan Islam, sedangkan ramai anak muda Islam di Malaysia yang tidak segan silu menyarung jersi yang menayang nama pengeluar arak dan syarikat judi lain.


Kanoute yang turut mendirikan yayasan anak-anak yatim di tanah air moyangnya di Mali, harus mengingatkan kita mengenai iman yang wujud dalam pelbagai bentuk. Manifestasi utama iman adalah amal.


Di saat pemain bola sepak negara disyaki terbabit dalam gejala rasuah, amalan paling minimum yang dituntut ialah keikhlasan dan kejujuran tanpa perlu berkorban wang ringgit untuk membeli masjid. Yang diminta peminat ialah pemain kita berjihad menolak godaan, melawan gejolak nafsu dan tidak rakus mengejar duniawi.


Salam hormat,
Rizal.

Saturday, August 20, 2011

Gadis Melayu...3 dalam 1...

lagu Gadis Melayu boleh dikatakan lagu yang 'legend' dalam industri muzik Nusantara. kenapa Nusantara? sebab lagu ni bukan saja popular di Malaysia, malahan turut menjadi fenomena di Singapura, Brunei dan negara asal lagu ini dicipta, Indonesia.

dicipta oleh komposer Indonesia, Munif Bahasuan dan Djadid L, lagu ini asalnya berentak dangdut. ia mencatatkan Ahmad Albar sebagai penyanyi asalnya. Ahmad Albar adalah penyanyi berstatus otai di Indonesia sana. mencipta nama sebagai rocker yang disegani, Ahmad pernah mencetuskan kejutan apabila beralih genre seketika dengan menyanyikan lagu berentak dangdut. antara lagu dangdut yang dinyanyikannya dan diterima dengan baik adalah Zakia (Zakiah yang dinyanyikan semula oleh Sweet Charity dan Hattan).


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSfs9RWyLzkLNCrPCoi3UExFYUFVihMLvaEEYAxL3POkw4BNTvchttp://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS7VzyhEccbDqkBVth-0qRn-QXx8enwzpjdsDgVFL9I0bXCK5wN_w
Ahmad Albar..gambar dari dua zaman....


selepas itu, Gadis Melayu dizahirkan semula dengan nafas yang baru oleh penyanyi dari Singapura, Othman Hamzah. kali ia berentak sedikit pop. ia turut mendapat sambutan dan berjaya mengangkat nama Othman.


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTRUpjrJ4r5FwWeNy26hAeoQesHgpVvj5CcGrn1Bnext3U-1fumhttp://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTODjFfa10f0tPHypzNAd69w7kTNRrpZHWJepUZlK5fCIdTM81c
Othman Hamzah..turut terkenal dengan lagu Musliha..


selepas generasi Othman Hamzah, Gadis Melayu diperjuangkan pula dengan lebih mantap oleh Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah. ia sekaligus mengekalkan status lagu ini sebagai malar segar dan bertahap lagenda di Nusantara.

http://3.bp.blogspot.com/-gu7YfsxexrU/TdyjBq_2pzI/AAAAAAAAAIU/6WYW-V_34Oo/s1600/jamal1.jpghttp://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ03s3cM7szyr0B7t8boV47RhtLBvpxPlV0Lhlesp_Cq449BICp
Jamal Abdillah..suaranya tiada pengganti sehingga kini..


untuk mendengar ketiga-tiga versi lagu Gadis Melayu ini, anda boleh melayari You Tube..taip sahaja nama lagu ini beserta penyanyinya samada Ahmad Albar, Othman Hamzah mahupun Jamal Abdillah. sebab kalau taip gadis melayu je, bukan keluar lagu..entah apa-apa klip yang tak senonoh hasilnya nanti. aku dah cuba...hehehehe....

tapi istimewanya melalui blog ni, aku nak perdengarkan lagu Gadis Melayu 3 dalam 1. maksudnya melalui sebuah lagu, anda boleh dengar 3 suara penyanyi yang aku sebut di atas. jadi tak payahlah anda semua buka satu-satu kat You Tube..nak tunggu buffering lagi..hehehe...

ok, selamat berhibur... :)




** lagu ni aku jumpa kat internet masa buat research kerja production dulu..orang yang edit lagi ni jadikan satu versi memang rajin dan kreatif...terima kasih... :)

Saturday, August 13, 2011

lagi-lagi MURTAD!!!

** artikel ini dipetik kembali bukan atas tujuan menyokong mana-mana parti politik..walaupun penulis asal artikel ini ada menyentuh aspek-aspek politik, blog ini bersikap berkecuali...hanya atas kesedaran perlunya mempertahankan kesucian agama Islam dibumi bertuah ini dalam apa jua medium - Razlan Ab Razak




Kisah Zulkifli Noordin Dan Gereja Murtad

Kisah Zulkifli Noordin Dan Gereja Murtad


Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani ‘ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!

Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la’natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?

Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman. Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!

Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. Hari ni dema rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulin saperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan biaDAP dan para kafir harbi la’natullah. Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama dema nak hijack yop, dema nak JAIS jumpa dema terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS! Malah kaum Anwarinas ni siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi yop. Dulu dema maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini dema maki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad! Tak ke gila punya kerja namanya ni yop. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ni kalau tak maki-hamun UMNO dan PM sehari dema boleh kena demam kura yop!

Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang teman ada yop. Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.

Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik “untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa “Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.

Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.

Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ialah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar yop!

Teman perturunkan apa yang disebut didalam sijil tersebut:

Certificate of Baptism:

This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.

In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit

Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God’s Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.

Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira

Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL

Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W). Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.

Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.

Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kaafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bilamana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut. Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersama beliau yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas didalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, bukan kepimpinan Haji Hadi.

Dan pilihanraya 2008 menyaksikan buat pertama kalinya umat Islam berpecah. Perpecahan ini memberi ruang kepada kaum kafir melaui parti cauvinis dan rasis biaDAP untuk menjalankan peranan yang akhirnya umat Islam kehilangan cengkaman kuasa politik Melayu-Muslim. Kelesuan, kedayusan dan kebaculan umat makin menjadi-jadi. Ini terbukti bila berlaku beberapa insiden dan isu, yang kemuncaknya ialah tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam bentuk triniti mendapat sokongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas, yang berhempas pulas menyokongnya. Dan kaum kafir khususnya parti cauvinis biaDAP tahu bahawa perpecahan umat Islam sudah parah, kerana ada dikalangan mereka bersedia menjual agama mereka, termasuk kalimah ALLAH demi untuk memenuhi impian rakus politikus kalkatus ke Putrajaya!

Mutakhir bila isu bible versi Bahasa Indonesia muncul, tanpa perlu puak kafir kristian bersusah payah, kaum Awarinas yang beriya-iya menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa indonesia. Sehingga akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam terpaksa tunduk dan memberi kebenaran tersebut, kerana pihak kafir kristian dan sekutu mereka menyatakan kalau PAS dan PKR benarkan, kenapa UMNO nak halang pulak! Sehingga berita palsu dibawa ke peringkat Pope di Vatican bahawa kaum kristian dizalimi dan dianiaya serta di”persecute” oleh Kerajaan Islam Malaysia! Maka kaum kafir tahu bahawa cengkaman mereka keatas segelintir umat Islam sudah sempurna; hanya tinggal masa untu dilaksanakan agenda syaitan mereka menumbangkan kerajaan pemerintahan umat Islam dalam negara ini.

Kelesuan, kebaculan, dan kebisuan segelintir umat Islam terbukti bila isu murtad Nor Azman Beginda terbongkar baru-baru ini. Nor Azman Beginda, adalah saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . Beliau juga adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak. Kisah murtadnya Nor Azman terbongkar apabila timbul isu anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Kalau murtadnya Aishah pada tahun 1997 menjadi isu besar sehingga ramai yang bertakbeer mahu berjihad, namun terbongkarnya isu murtad Azman dipandang sepi, malah ramai yang dahulunya mujahidin tiba-tiba menjadi syaitan PBB – pekak, bisu & buta.

Tiba-tiba, perancangan ALLAH pun bermula. Tanpa disangka-sangka, sedang umat Islam menjalani ‘ibadah puasa tahun ini, tercetus isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan. Kegiatan yang diselimuti dengan program bantuan kemanusiaan dan makan-makan, secara halus mereka memasukkan dakyah mereka. Tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dihebohkan sebagai satu “serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja”.

Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggemparkan, isu itu diputar sebagai satu tindakan mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Tekanan dikenakan terhadap Menteri Besar yang dengan bangangnya telah mengambil sikap apologetik dan menuntut maaf kepada kaum kafir ini walaupun belum mendapat lapuran penuh insiden tersebut. Dikalangan kaum Anwarinas muncul jaguh-jaguh kampung merimbuk meja memaki tindakan JAIS.

Alhamdulillah, ALLAH membuka hati YB Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Hasan Ali untuk bangkit mempertahankan tindakan JAIS dan membela maruah Islam. Tindakan berani Datuk Hasan Ali telah menukar habis spektrum isu ini. Pendedahan berani Datuk Hasan Ali bahawa memang terdapat bukti kegiatan mendakyahkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut mengejutkan umat Islam. Walaupun dimaki-hamun oleh kaum Anwarinas, walaupun Presiden yang besar serbannya tidak menyokongnya, walaupun diserang bertubi-tubi oleh kaum kafir, Datuk Hasan Ali langsung tidak gentar, malah mengeluarkan kenyataan tegas dan jelas: saya rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat Islam!!!

Kenyataan itu disambut oleh umat Islam. Sokongan kepada Datuk Hasan Ali dan JAIS bertambah hari demi hari. Akaun facebook yang dibuka untuk membela Datuk Hasan Ali mencapai jumlah mengejutkan, sudah hampir 20,000 orang menyatakan sokongan terhadap Datuk Hasan Ali hanya dalam beberapa hari. Sokongan yang melangkaui batasan politik kepartian. Dan berita mengejutkan apabila Ketua Dewan Ulama’ PAS, Ketua Pemuda PAS dan beberapa tokoh ulama’ menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Hasan Ali. Insyallah Ramadhan ini akan membawa semangat Badar kepada umat Islam yang semakin lesu dan layu akibat mainan politiking melampau segelintir politikus kalkatus yang rakus ke Putrajaya.

Hari ini terbukti memang benar terdapat kegiatan cuba mendakyahkan umat Islam dalam acara di Gereja Methodist itu. Bukan itu sahaja, terkini terbongkar kisah rupanya gereja Methodist itu adalah gereja haram. Ianya tiada kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang hanya meluluskan pembinaan sebuah pusat komuniti bukannya gereja. Kita mendesak supaya MBPJ dan Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menyita dan menutup gereja tersebut tanpa sebarang dolak dalik lagi!!! Teman semakin yakin janji ALLAH itu benar, dan ALLAH akan memenangkan umat Islam akhirnya!

Ingatlah, isu dakyah gereja Methodist ini bukan isu politik, bukan isu kepartian, bukan isu UMNO-PAS. Tetapi ini adalah isu umat Islam, dan umat Islam mesti bersatu. Ketepikan semua sentimen politik, buang semua assobiyah kepartian. Kita umat Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat. Marilah kita bersatu dibawah ukhwah Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah!!!

Diatas rakusan melapah aqidah
umat bangkit bersatu wadah
semangat Badar mari diserlah
sinar Ramadhan membawa barakah

Tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, kami ikhlas beragama kepada ALLAH, walaupun kafir ahzab tidak menyukainya. ALLAH itu Benar, ALLAH akan mebantu kita menghancurkan kafir ahzab yang bersatu, dan meletakkan musuh-musuh Islam dibawah tapak kaki umat Islam. ALLAHUAKBAR WALILLAHHILHAMD!

MEMPERTAHANKAN AQIDAH ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JUGA JIHAD!!!

Wallahua’alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Ramadhan 1432
11 Ogos 2011

(dipetik dari http://zul4kulim.blogspot.com/)


Friday, August 12, 2011

Kesetiaan Ibrahim kepada Sahabatnya - Kisah Para Aulia / Sufi

suatu ketika Sahl ibn Ibrahim pergi bersama Ibrahim ibn Adham. dalam perjalanan, Sahl jatuh sakit. Ibrahim menjual semua barang yang dibawanya untuk keperluan Sahl. selanjutnya, Sahl meminta sesuatu dari beliau. maka Ibrahim menjual keldainya dan membelikan apa yang dipinta oleh Sahl.

"mana keldaimu?" tanya Sahl setelah sembuh.

"sudah ku jual," jawab Ibrahim

"apa yang akan kutunggangi?" tanya Sahl lagi.

"saudaraku, mari sini dan duduklah dibelakangku," jawab Ibrahim.

kemudian Ibrahim mendukungnya dan membawa Sahl berjalan pergi.

setiap hari, Ibrahim bekerja sebagai buruh. dia bekerja hingga malam hari. separuh dari upah yang diperolehinya diserahkan kepada sahabatnya. setelah selesai menunaikan solat maghrib, dia membeli sesuatu dan kembali kepada para sahabatnya setelah larut malam.

suatu malam, para sahabatnya berkata, "dia datang larut malam. mari kita makan roti yang ada, kemudian tidur. supaya dia tahu dan datang lebih cepat pada malam-malam seterusnya nanti. dia tentu tak akan membiarkan kita menunggu begitu lama."

ketika Ibrahim kembali, dia menyaksikan mereka sudah tidur. kerana difikirnya mereka belum makan sama sekali dan tertidur kerana kelaparan, Ibrahim segera menyalakan api. dia mengambil sedikit tepung dan menyediakan adunan untuk menyediakan makanan buat sahabatnya bila mereka bangun nanti. supaya mereka dapat berpuasa esok harinya.

ketika sahabatnya terbangun, mereka melihat Ibrahim yang janggutnya menyentuh lantai, sedang meniup api. air matanya keluar terkena asap.

"apa yang engkau lakukan?" tanya mereka.

"aku melihat kalian tidur. aku terfikir barangkali kalian belum makan kemudian tertidur dalam kelaparan. jadi saya membuatkan sesuatu untuk kalian, kalau-kalau kalian terbangun."

"lihatlah, bagaimana dia memikirkan kita dan bagaimana pula kita memikirkan dia, " luah mereka menyesal.


**Ibrahim yang diceritakan diatas adalah Ibrahim bin Adham, keturunan Arab dan dilahirkan di daerah Balkh. riwayat menceritakan bahawa beliau adalah seorang raja yang meninggalkan kerajaannya untuk menjalani kehidupan yang benar-benar zuhud.

Thursday, August 11, 2011

aku.......Aidilfitri SMART

Sejak menyertai keluarga SMART (formerly known as STMS), dah dua kali aku , para pensyarah dan staf diraikan oleh pelajar dalam Majlis Sambutan Aidilfitri (ini tak termasuk sebelum aku bekerja disini)... lazimnya majlis ini akan dikelolakan oleh para pelajar yang mengambil pengkhususan dalam Perhubungan Awam sambil dibantu oleh rakan-rakan dari kursus yang lain..disamping sebagai satu bentuk pendedahan untuk pelajar belajar selok-belok pengurusan acara, ia juga sebagai satu platform untuk mengukuhkan persefahaman dikalangan mereka..

Kali pertama aku sertai majlis ini adalah sewaktu aku mula-mula bekerja di STMS SMART..Oktober 2009..masa ni baru beberapa hari je aku masuk kerja..memang kekok awalnya..student pun ramai yang aku tak kenal dan tak kenal aku..semua usha semacam je..pelik agaknya diorang ni sapa pulak duduk semeja dengan dekan dan ketua-ketua kursus...

Kali kedua adalah tahun lepas..2010..masa ni dah ok la..sebab dah setahun..so memang tak janggal dah..kelainan sikit kali ni adalah pelajar PR yang organize minta buat persembahan..emmm, ok la..support student punya pasal..keras gak suara pagi-pagi dah nyanyi..ada video aku post kat bawah ni hasil rakaman handphone En.Zamri Mohamad a.k.a Malauazam...terima kasih yo jang...

InsyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, Aidilfitri tahun 2011 ini sekali lagi tradisi akan diteruskan..semalam masa lepak minum dengan beberapa orang student, mereka ada menyatakan secara umum idea untuk sambutan kali ni..bagus..satu semangat yang positif..

Cuma yang tak bestnya sambutan kali ni, warga SMART mungkin tak dapat meraikan bersama-sama sorang ahli keluarganya..seorang yang sangat disenangi oleh semua rakan sekerja..disayangi oleh para pelajarnya... sedih memang sedih..namun SMART terpaksa merelakannya demi sesuatu yang lebih bermakna, bermanfaat serta lebih patut diutamakan oleh insan ini...semoga terus berjaya dan berjaya diucapkan...

Apapun, dibawah ni ada sedikit gambar dan video kenangan untuk dikongsi bersama..dah hampir setengah bulan berpuasa, dah boleh la kot dengar lagu raya..sebagai satu pemangkin untuk terus gigih meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan ni..hehehe....enjoy...


warga SMART / STMS


bersama dua orang Amir



Saturday, August 6, 2011

aku.......pengajaran Ramadhan

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSNtu-bPvX7-hTbY4YLFFcSTwXCNoUxCqUo2sgYGf0jspCoIhRD

beberapa tahun yang lepas, dalam Ramadhan, aku dan seorang sahabat berkelana ke sebuah tempat untuk satu urusan..kami ketika itu memang dalam keadaan agak terdesak..urusan tak dapat diselesaikan pada hari itu..terpaksa ditangguhkan ke esok hari..namun masalah yang timbul ketika itu adalah tiada tempat untuk bermalam..memang ada hotel disekitar, namun keadaan kewangan tidak mengizinkan..masjid yang ada pula mengamalkan polisi tidak membenarkan muafir bermalam didalamnya...

atas kehendakNya, secara kebetulan, bertemu dengan seorang hamba Allah yang dikenali..teman lama kami..dia tinggal bersama keluarga..dipendekkan cerita, beliau mempelawa kami untuk bermalam dirumahnya..kami agak keberatan..takut menyusahkan dia sekeluarga..namun teman ini bersungguh benar mengajak..memandangkan kami pun dalam keadaan yang agak kesulitan, jemputannya kami terima..dia turut mengajak untuk berbuka puasa bersama dirumahnya..namun kami menolak secara baik dengan memberikan helah, ada urusan sedikit lagi pada waktu itu..kami akan menyusul ke rumahnya selepas berbuka..bukan jual mahal, namun takut menyusahkannya...

selepas berbuka, berpandukan alamat yang diberikan teman itu, kami sampai dirumahnya..waktu sekitar jam 8..dia menyambut kami dengan mesra..selepas berbual seketika, beliau meminta izin untuk ke bilik sebentar..tidak lama kemudian, dia keluar dan kelihatan siap berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah..

dia meminta kami terus berehat dan mempersilakan kami mandi membersihkan diri..kemudian teman itu memberitahu dia ingin ke surau untuk menunaikan solat sunat terawih bersama keluarganya...

sepanjang peninggalannya, kami merasa sangat janggal..sangat asing..apa yang perlu kami buat? apa yang mampulah hanyalah mandi, menukar pakaian dan berehat di ruang tamu..sehinggalah teman itu balik hampir 2 jam kemudian..selepas itu, kami bersembang hal-hal silam..maklumlah, sudah agak lama tidak berjumpa..

keesokannya, kami meminta izin untuk berangkat menunaikan urusan yang belum selesai..jutaan terima kasih kami ucapkan atas bantuannya sekeluarga disaat kami benar-benar memerlukan..

bukan mahu menafikan kebaikan yang dihulur teman itu, namun timbul persoalan difikiran aku tentang mengutamakan sesuatu yang lebih patut didahulukan..setahu aku, melayan tetamu dirumah adalah wajib..kita dituntut untuk memuliakan tetamu, agar jangan sampai mereka terasa terasing dirumah kita..manakala solat terawih adalah amalan sunat yang dituntut untuk didirikan..

ini kerana sewaktu bersembang dengan seorang insan yang lebih berusia dan berilmu, beliau ada menyatakan tentang cara layanan seorang tokoh agama terhadap tetamu yang hadir dirumahnya..menurut beliau, tokoh agama itu tidak akan sesekali membiarkan/meninggalkan tetamunya berseorangan dirumah..jika tokoh agama itu mempunyai urusan yang sangat penting, dia akan memastikan ada ahli keluarganya yang akan menggantikannya melayan tetamu tersebut..malah, jika ingin menunaikan solat sekalipun, tokoh agama ini tidak akan memberitahu, "duduk sekejap ye..saya nak pergi sembahyang sekejap". cukup beliau menjelaskan sekadar, "duduk sekejap ye..saya ada urusan sikit nak buat..10 minit je"...

kisah ini sering terlintas difikiran aku..sedar atau tidak, kita sering buntu dalam menghadapi isu yang hampir serupa..mana yang patut diutamakan?? kecetekan ilmu dan pengalaman hidup memungkinkan kita untuk tersilap dalam membuat keputusan..maka, bergurulah kepada guru sebenar guru lah jawapannya....

** entry ini tidak bertujuan menafikan kebaikan dan jasa yang dibuat oleh teman yang aku ceritakan diatas..ia akan tetap aku kenangi sampai bila-bila...namun lebih kepada pandangan aku terhadap kekeliruan yang berlaku..setiap orang ada pandangan tersendiri..pandangan pembaca semua amat bernilai disini untuk kita kongsi demi kebaikan bersama...Salam Ramadhan.... :)


http://kerangs.net/wp-content/uploads/2011/07/salam_ramadhan_by_hatorimodo.jpg

Wednesday, August 3, 2011

aku.......Gunners di depan mata

seperti yang semua tahu, 13 Julai 2011 yang lepas adalah tarikh dimana skuad Arsenal FC hadir dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia..aku dapat tau tentang perkara ni beberapa bulan lebih awal bila dimaklumkan oleh seorang rakan yang bekerja di Astro Arena..

memang teruja sungguh mendengarnya..yelah, pasukan yang menjadi pilihan, selama ni beautiful football mereka hanya dapat disaksikan di kaca TV, namun kini bakal terhidang terus di depan mata...hehehe..

setelah beraku janji bersama dua orang rakan, Zhelliey Walcott dan FabreAm, kami sepakat untuk turun ke stadium..FabreAm membantu dari segi tempahan tiket..tiket harga sederhana menjadi pilihan kami...

bagai menantikan kelahiran anak sulung..hahahaha..itulah yang boleh digambarkan tentang penantian untuk tibanya tarikh bersejarah ni..aku dah plan awal-awal dah..apa jadi pun, mesti kena pergi..dah siap-siap minta cuti..nasib baik la masa tu tengah cuti semester..so permohonan diluluskan oleh ketua jabatan aku yang sporting habis, En Abd Malik..

sambil-sambil tu, aku dah siap-siap beli jersi home Arsenal musim terbaru..tapi bukan ori lah..tak larat la nak tangkap yang ori..

Selasa, 12 Julai 2011..lepas waktu bekerja, aku bergerak ke Melaka Sentral..dibantu hantar oleh rakan sepejabat, En Malauazam...sampai Shah Alam, dijemput oleh Cik Maizatul Akhma..lepas minum jap, aku balik ke rumah lama masa duk Shah Alam dulu..Zhelliey Walcott dah stand by dirumah sambil berdengkur..tiket ada kat dia..mandi, siap-siap..mula-mula cadang nak pergi Bukit Jalil naik motor member, iaitu Munir (pensyarah ok)..tapi tayar dia tak berapa sihat lak..so Zhelliey Walcott selaku otai selok belok jalan di KL decide naik keta je..dia tau nak setelkan camane kalau jem..tu dia aih...memang kemaih..

sebelum gerak, amik gambar dulu...

Zhelliey Walcott..seluar 3 quarter + kasut = macam pelancong

GPS hidup..Zhelliey Walcott sering menjadi rujukan aku kalau nak tau pasal selok belok jalan di KL..memang terer!

kami parking kereta kat Endah Parade..masa ni lagi jalan dah start sesak..berjalan kaki menuju ke Stadium Bukit Jalil ibarat berjalan kaki menuju ke Emirates..ramai yang bersesak ke stadium dengan memakai jersi Malaysia dan Arsenal..kat sini kami sempat dapat kawan baru..seorang Chinesse guy nama Casey..sepanjang berjalan tu, banyak gak yang disembangkan...

beli mafla ni punya pasal, dalam wallet tinggal seringgit..terlupa lak yang belum cucuk duit...


Zhelliey Walcott bersama dua mafla..macam kat Emirates katanya...

suasana kat sekitar stadium memang meriah..macam-macam barang ada..duit je tak berapa nak ada..haha..sementara menunggu FabreAm dan isteri sampai, kami gi makan dulu...

kue tiaw sup dengan air honey dew..dibelanja oleh Zhelliey Walcott..terima kasih Pok Li...


lepas FabreAm sampai, kami masuk stadium..masa kena check dengan pak guard, 2 bijik burger yang cuba diseludup masuk oleh Zhelliey Walcott telah kantoi..

ZW : "tak boleh bawa masuk? tapi kat dalam tu pun ada orang jual gak bang..sama je".
Pok Gad : " tak boleh bang..ni peraturan."
ZW : "abis tu macam mana ni?"
Pok Gad : "abang makan la kat luar ni dulu."

HAHAHAHAHAHAHAHA...terpaksalah dua bijik burger tersebut di 'burn' kan..bengang betul Zhelliey Walcott...

sampai dalam stadium, orang belum ramai sangat..kami pilih seat paling cantik punya...2 2 side padang boleh nampak dengan jelas...sementara nak tunggu game start, masa banyak lagi...amik gambar lagi la.....

(dari kiri)...FabreAm, aku & Zhelliey Walcott..tetap Gooners walau tersingkir ke divisyen 1 sekalipun...

bila pemain kedua-dua pasukan masuk padang untuk warm up, aku dah tak selera nak ambik gambar lagi dah..dah la handphone pun buat hal...jawabnya, semua sms yang masuk aku tak boleh nak buka..sori la pada kawan-kawan yang duk sms aku tanya update game...

lebih kurang jam 9, game start..tak perlu diulas lagi la tentang game ni ya..semua boleh tengok highlight yang ada kat you tube..yang seronoknya, match ni ditonton tanpa tekanan..bila Arsenal attack kami sorak, bila Malaysia attack lagi la kami histeria ( tu pun ada gak radio bodoh yang dah makin ramai orang tak dengar cakap kami tak patriotik...bengong!)

memang puas hati bila dapat tengok pemain Arsenal beraksi depan mata tanpa dibatasi skrin TV..hehehe..cukup terhibur dengan beauty football yang dipamerkan..cukup teruja dapat tengok pemain seperti Walcott, Arshavin, Wilshere dan off course Robin Van Persie menggelecek, menimbang bola, passing sana passing sini dan merembat bola live...pehh!!!

lebih kurang 11pm lebih, game pun tamat..kami bergerak balik..bab ni je yang tak best..nak keluar dari Endah Parade tu pun mau nak dekat sejam...

tapi apa pun, semuanya menjadi memori indah yang tak mungkin dilupakan...jutaan terima kasih diucapkan kepada Zhelliey Walcott, FabreAm dan isteri beliau, Pn.Jamilah yang sama-sama hadir dan berkongsi minat...

Terima kasih Malaysia, terima kasih Arsenal FC...

AGI IDUP AGI MENGGUNNERS!!!