Wednesday, June 22, 2011

Kafe Paling Menyeramkan

sewaktu bekerja di production house dulu, aku dan rakan sekerja berkesempatan untuk terbang ke Sri Aman, Sarawak..kami ditugaskan untuk menghasilkan dokumentari tentang Kanang Anak Langkau..rasanya tak perlu aku ceritakan disini siapa Pak Kanang ni..rata-rata rakyat Malaysia tau kisah pahlawan ni..tapi kalau korang tak tau gak, takpe...korang research la sendiri..hehehehe...

yang nak aku ceritakan disini bukanlah tentang Pak Kanang..tapi pengalaman sewaktu berada di pekan Sri Aman..sewaktu sedang lepak di kaki lima hotel menunggu krew, aku terpandang sebuah kafe yang terletak berdekatan..sekali imbas kafe tu nampak biasa saja..nak kata orang ramai sangat, tak juga..tapi bila diperhatikan dengan teliti, aku terkejut..








nama kafe ni memang cukup menyeramkan.......pada korang lak macam mana? hehehehehehe....
;)

Tuesday, June 21, 2011

Al-Faruq Yang Saksama - Kisah Para Sahabat

UMAR al-Khatab adalah khalifah yang menggantikan Abu Bakar as-Siddiq. Umar seorang yang tegas dan terkenal dengan sifatnya yang adil, berani serta cekap semasa memerintah.

Umar al-Khatab dilahirkan pada tahun 584 Masihi berasal daripada Bani Adi, berketurunan Quraisy.

Baginda adalah khalifah Islam kedua yang memerintah pada tahun 13 Hijrah hingga 23 Hijrah. Nabi Muhammad memberi gelaran al-Faruq kepada beliau.

Gelaran tersebut diberi kerana selepas memeluk Islam baginda memberikan semangat baru kepada umat Islam untuk mengamalkan ajaran itu secara terang-terangan di Kota Mekah.

Baginda juga adalah khalifah pertama yang mendapat gelaran Amir al-Mukminin.

Pada zaman masyarakat jahiliah, Umar merupakan seorang saudagar. Umar dilantik menjadi khalifah kedua berdasarkan wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar dan mendapat persetujuan ramai.

Umar meninggal dunia pada 23 Hijrah kerana ditikam oleh Abu Lu’lu iaitu seorang hamba berketurunan Parsi.

Zaman pemerintahan Umar dianggap sebagai ‘zaman keemasan’ kerajaan Islam di Mekah. Banyak pembaharuan dilaksanakan oleh baginda termasuklah bidang politik, sosial, pertahanan dan ekonomi.

Dalam bidang sosial, baginda mengembangkan pendidikan al-Quran dan memperkenalkan kalendar Islam yang berasaskan tahun Hijrah.

Di zaman Umar juga, banyak negara berada dalam kekuasaan Islam termasuk Baitulmaqdis.

Malah di Baitulmaqdis ketika itu terdapat seorang Paderi Besar yang enggan membuat sebarang perjanjian dengan orang lain kecuali dengan Umar. Peribadi baginda yang adil dan berani menjadikan Umar terkenal sebagai seorang sahabat Nabi yang dikagumi di kalangan umat Islam.

Umar juga seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga, baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui dari ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu.

Tanpa berlengah, Umar bertanya kepada lelaki itu: “Dari manakah kamu dapat susu ini?”

Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan di padang pasir di sana. Unta-untanya itu meragut rumput di situ.”

Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum.

Baginda berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.

Pernah dilaporkan bahawa Umar juga seorang yang sangat berhati-hati, dan tidak mementingkan diri. Kisah ini terjadi ketika khalifah itu mendapat kasturi dari Bahrain.

Umar mendapat beberapa kilo kasturi. Beliau mempunyai masalah menimbang semua kasturi itu. Beliau berhajat memberikan kasturi itu secara sama rata kepada orang Islam yang berada di kawasannya.

“Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini. Saya mahu mengagihkan kasturi ini kepada semua orang Islam yang ada di sini supaya mereka dapat buah ini,” kata Umar.

Mendengar berita itu, isterinya menawarkan diri menimbang kasturi itu. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isteri Umar.

Umar tidak berkata apa-apa. Sejenak kemudian, beliau bersuara: “Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini?” Tidak ada orang yang menjawab.

Tetapi isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbangnya. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isterinya itu. Umar hanya mendiamkan dirinya.

Kali ini masuk kali ketiga Umar bertanyakan soalan yang sama: “Siapakah yang mahu menimbang kasturi ini?”

Secara sukarela isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbang.

Pada kali ini Umar tidak berdiam diri lalu beliau berkata: “Saya tidak mahu kamu menyentuh kasturi itu kerana bau kasturi itu nanti pasti kamu sapukan kepada badanmu. Itu bukan hak kita.”

Oleh kerana itu, Umar mahu orang lain selain daripada ahli keluarganya yang menimbang kasturi tersebut. Umar tidak mahu kedudukan dan kelebihannya sebagai khalifah disalahgunakan oleh ahli keluarga.

** dipetik daripada laman Persatuan Pengguna Islam Malaysia : http://www.muslimconsumer.org.my

Sunday, June 19, 2011

Aku..Roommate...English...

peristiwa ini terjadi masa aku belajar kat UiTM dulu..aku duk kat Kolej Meranti..bersama menginap adalah 3 orang rakan sama course..nama tak yah sebut la noo... ;)

satu hari kami bersembang tentang kepentingan untuk mahir dalam bahasa Inggeris..masing-masing mengakui kurang mahir dan ingin menguasai bahasa sarwajagat ni..so aku mengusulkan cadangan..

"kita kena biasakan speaking ni..setakat kita belajar dalam kelas je tak boleh beb..kita kena praktikkan..lama-lama mesti boleh punya..apa kata mulai dari malam ni, kita kena start speaking English.."

member-member bertuah aku ni pun setuju..maka pada saat tu juga kami start speaking..bersembang..bahan-membahan..memang kelakar la..dengan masing-masing tak serius..main-main..gelak-gelak..tapi still nampak effort di situ...sehinggalah..member aku yang sorang ni mengeluarkan statement berikut...

"u cannot do that to me la..today, God pay cash u know."

hasilnya? semua pakat ketawa pecah perut..dan itulah kali pertama dan terakhir kami menjalankan sesi speaking tersebut..

** Ghafur & Jan..kalau hangpa suma sampai la ni tak expert English, hangpa suma tau la kan sapa jadi punca dia? hahahahaha....

Saturday, June 18, 2011

Boikot Astro??

petikan dari sebuah akhbar tabloid tempatan dan laman portal berita :


KUALA LUMPUR - Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.

"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun.

"Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.


p/s : boikot je..baru diorang ni ada akal sikit nak fikir..mentang2 la dia je duk monopoli, takde pesaing, duk buat sesuka hati je..walaupun susah sikit nak tengok bola, takpela..boikot untuk kebaikan.. ;)




Monday, June 13, 2011

pakar makanan halal & haram - kisah para aulia / sufi

Abu Abdullah Al-Harits Ibn Asad Al-Basri Al-Muhasibi (dipanggil Muhasibi) dilahirkan di Basrah pada tahun 165 Hijrah ( 781 M). Sejak kecil sudah merantau ke Baghdad mencari ilmu. Ilmu yang diminatinya adalah ilmu Hadis dan Tasawuf.

Muhasibi terkenal dengan kisah tentang pemeliharaan Allah keatasnya dari menjamah makanan yang haram. Ketika dia menghulurkan tangan untuk mengambil makanan yang diragukan status halalnya, secara mendadak urat saraf dibelakang jarinya menegang hingga jarinya tak dapat digerakkan. Maka ketika itu, sedarlah Muhasibi bahwa makanan itu tidak halal.

Al-Junaid bercerita, "Suatu hari aku berjumpa dengan Muhasibi disuatu majlis perkahwinan. Dia nampaknya sedang lapar. Lalu aku mengatakan kepadanya, "Pakcik..aku akan memberikan makanan untukmu."

"Terima kasih," jawab Muhasibi.

Lalu Junaid pun pergi ke tempat menyimpan makanan. Dia mengambil baki kuih majlis perkahwinan tersebut dan menghidangkannya kepada Muhasibi. Tiba-tiba, jari tangan Muhasibi tidak mahu bergerak sesuai dengan keinginannya. Dia berusaha untuk memakan kuih tersebut dan membawanya hingga ke mulut. Namun kuih itu tetap tak mahu masuk. Maka dengan segera dia membuang kuih itu.

Lalu Junaid bertanya apa yang terjadi.

Muhasibi menjawab, "Aku memang lapar ketika itu dan ingin makan untuk menyenangkanmu. Tetapi Allah SWT memberi tanda khusus bahawa makanan yang meragukan tidak akan masuk ke mulutku. Bahkan, tanganku pun tidak mahu menyentuhnya."

Maka Junaid berkata, "Mahukah engkau datang ke rumahku?"

"Boleh saja," jawab Muhasibi.

Mereka pun berjalan ke rumah Junaid. Apabila tiba, tuan rumah segera menghidangkan roti buat tetamunya. Tangan Muhasibi lancar bergerak dan lancar pula menelannya.

"Inilah makanan yang paling sesuai untuk seorang seperti saya," ujar Muhasibi.


** aku teringat kisah ni dalam kala umat Islam di Malaysia digasak dengan pelbagai masalah tentang status halal / haram makanan. lebih membimbangkan, ada diantara kita yang seperti tidak mahu ambil pusing tentang makanan yang mereka sumbatkan ke dalam batang tubuh mereka. walaupun makanan tersebut jelas meragukan untuk dimakan. semoga kita semua mengambil iktibar dari kisah ini dan saling mengingatkan untuk menjaga darah dan daging kita serta generasi seterusnya....

Friday, June 3, 2011

aku.....jamming suka-suka...

aku agak bertuah kerana dikelilingi ramai kawan-kawan yang pandai/boleh bermain gitar...students aku je pun dah tak cukup jari nak bilang..so dapatlah aku tumpang jammin sikit-sikit..nak harap main sendiri, haram tak reti..dulu masa kecik-kecik taknak belajar..dah besar menyusahkan orang..hahahaha...

kat bawah ni aku up satu video..aku dan kawan-kawan suka-suka nyanyi, suka-suka main gitar..masa ni kami semua baru lepas pementasan teater Gejolak kat Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka..so sementara nak tunggu lori sampai untuk punggah barang, kami melepak dan melalak tak ketentuan hala..

yang main gitar dalam video ni Encik Azrul..beliau sering bermain gitar dengan penuh perasaan..kord lari-lari sikit tu standard la boh...nama pun suka-suka...hehehe...

kredit kepada sahabat, Encik Malauazam yang merakam menggunakan telefon genggam beliau.. ala-ala Mekar Sejambak gitew...hahahahah...

enjoy.... :)