Wednesday, February 8, 2012

10 Stadium Yang Memang Pelik

untuk peminat bolasepak terutamanya...meh kita tengok 10 stadium yang pelik, lucu dan ??????....

1. Venezuela, Caracas

Dikenali sebagai “Cocodrilos Sports Park”, ianya adalah sebuah stadium multi-use. Tapi selalunya, digunakan sebagai perlawanan bola sepak. Stadium ini boleh memuatkan 3000 orang dan terletak bersebelahan lebuhraya.


2. Japan, Osaka Stadium

Stadium baseball ini terletak di bandar Osaka dengan kapasiti 31379 tempat duduk. Pada tahun 1988, stadium ini telah ditukar menjadi tempat “sample housing showground”. Stadium ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 1998 dan digantikan dengan pusat membeli belah.


3. Portugal, Braga

Salah satu stadium yang termahal dan terpelik di Portugal. Kos sebanyak $122 juta dibelanjakan untuk membuang batu di sekeliling stadium itu. Kos ini melebihi pembinaan 10 stadium semasa European Football Championship 2004.


4. Croatia

Gospin Dolac adalah stadium di Imotski. Dibina pada tahun 1989.Boleh memuatkan 4000 penonton. Sangat cantik dan pelik...hmmmm.....


5. Brazil Eco-Stadium,“Janguito Malucelli”


Stadium ni lain sedikit.Stadium ni menjadi popular sebab ianya mesra alam. Kerusi diletak diatas bukit tanpa menggunakan konkrit.Stadium ini juga dipanggil Eco-Stadium.. Go Green...hahaha...


6. The Faroe Islands

The Faroe Islands sebuah pulau yang berhampiran dengan Scotland dan Iceland. Stadium ini terletak di tepi pantai. Setiap kali perlawanan akan ada orang yang membawa bot untuk mengutip bola yang jatuh ke dalam laut. Kalau kat Malaysia, dah kaya dah company yang buat bisnes kutip bola tu...hahaha...


7. Singapore, Marina Bay

Negara sebelah kita ni memiliki stadium yang dikenali sebagai stadium terapung. Secara keseluruhan stadium ini diperbuat menggunakan besi. Ukuran platform terapung pula 390 kaki panjang dan 270 kaki lebar.Boleh menampung berat sebanyak 1,070 tan, bersamaan berat 9000 orang atau berat 30 tan kenderaan tentera. Tempat duduk pula boleh memuatkan 30 ribu orang.


8. Bulgaria

Bulgaria FC Chernomorets Balchik, kelab bola sepak dari bandar Balchik, sekarang bermain untuk divisyen ke-2 bola sepak Bulgaria. Mereka bermain dekat “Balchik Stadium” yang mempunyai 6,000 tempat duduk yang paling buruk pernah dilihat ..

- bukan aku yang cukup buruk..orang lain... (-_-)v


9. Norway

Norway FC Aalesund adalah sebuah stadium lama yang sangat pelik mempunyai tempat duduk teres di tepi bukit.


10. Ukraine

Stadium inilah tahap yang paling pelik tahap gaban.. Tak banyak maklumat yang ada mengenai stadium ini. (stadium la sangat...)

macam mana nak main bola padang senget macam ni???