sebuah kisah yang bagus untuk direnungkan..oleh hati-hati yang semakin meronta-ronta mengejar kemewahan..bukan bermaksud menolak dunia..namun, perlu ada batasnya...
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada
seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman
Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga
2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai
sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120
yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga
Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN
daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di
dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan,
tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak
mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan
tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki
kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk
mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang
dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk
menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada
Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily,
Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan
ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun
lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua
agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah
penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau
terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya,
dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi
kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun. Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau
kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan
berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang
berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari
kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan
tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga
telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur
Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak
eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk
perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan
hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual
Tn Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Tn Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Tn Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia.

Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat
di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke
peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula
berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada
ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk
mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini
adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem
perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan
Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya
memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan
juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang
mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya
cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank
Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya
bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam.
Saya kemudiannya mula
mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa
dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu
mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami
mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan
melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan
Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid,
dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu,
dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas
inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank
Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini.
Bagi projek Ladang
Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk
menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar
negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya
kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas
nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun
membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak
berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu
daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus
daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan
makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut
undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa Tn Syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi Tn Syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
“Pada awal
karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan
beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana
saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah
seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit,
beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian
tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula
lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu
meneruskan perjumpaan tersebut.
Saya sering membawa kertas untuk menulis
segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering
menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.”

Perkara yang sama terjadi di satu lagi
projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10
juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi
untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi
menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”
No comments:
Post a Comment