Tersebut
dalam satu riwayat, pada suatu hari, Tuan Syeikh Imam Muhammad Abduh berkunjung
ke suatu tempat di Perancis. Ketika penduduk disitu mendapat tahu kehadiran
tokoh ilmuwan Islam ini, mereka mengundang beliau untuk menghadiri satu forum
yang disertai oleh penduduk Islam dan bukan Islam disitu.
Para
penduduknya bertanya kepada tokoh ilmuwan Islam ini tentang rahsia diharamkan
babi dalam Islam.
Mereka
berkata, "Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah
yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun
sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembang biak
dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup.
Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan
lagi".
Berkat
keluasan ilmu yang dimiliki oleh Tuan Syeikh Imam Muhammad Abduh, beliau
meminta mereka untuk membawakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina,
serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, "
Untuk apa ? Beliau menjawab," Penuhi permintaan saya dan saya akan
perlihatkan suatu rahsia yang kamu semua inginkan".
Tuan
Syeikh Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan
bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling
serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan
harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati.
Kemudian
beliau menyuruh mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina. Kali
ini mereka menyaksikan sesuatu yang berbeza. Dua babi jantan itu tidak saling
serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk
melaksanakan hajat seksual masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri
untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat
jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.
Tuan
Syeikh Imam Muhammad Abduh lalu berkata, "Tuan-tuan.. Saksikanlah bintang
yang bernama babi ini, betapa ia tidak mempunyai maruah harga diri, tiada
kejantanan dan bersifat bacul. Daging babi membunuh 'ghirah' (cemburu) orang
yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian
melihat isterinya 'bersama' lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa cemburu
dan seorang bapa di antara kalian melihat anak perempuannya 'bersama' lelaki
asing dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was, kerana daging
babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”
SIAPA TUAN SYEIKH IMAM MUHAMMAD ABDUH?
Muhammad Abduh lahir pada tahun 1266H atau 1849M disebuah tempat bernama
Sibsyir, Kota Mahallah Nasr, Mesir. Beliau belajar Al-Quran di rumah ayahnya
ketika berusia10 tahun dan selesai menghafalnya setelah dua tahun. Beliau juga
menimba ilmu di Universiti Al-Azhar.
Beliau juga merupakan anak murid Syeikh Syaid Jamaluddin Al-Afghani dan
menuntut berbagai macam ilmu seperti ilmu riyadi, filsafat dan ilmu kalam.
Hubungan beliau dan Syeikh Jamaluddin Al-Afghani sangatlah erat. Banyak buku
yang telah dibaca dan dikuasai. Kemudian beliau mulai menulis dan menerbitkan
buku. Beliau banyak menulis dalam ilmu mantiq dan ilmu kalam.
Beliau lebih dikenali sebagai pembaharu dalam pemikiran keislaman.
Metode yang diambil oleh Imam Muhammad Abduh dalam lapangan ilmu pengetahuan
adalah melalui gabungan antara ilmu agama dan imu duniawi. Beliau lebih gemar
menggabungkan keduanya asalkan ianya tepat dan tetap melalui jalan yang
dianjurkan oleh Islam.
Beliau meninggal dunia pada tanggal 11 Julai 1905 di Alexandria, dengan
mewariskan gedung ilmu yang berharga bagi generasi selanjutnya.
Tuan Syeikh Imam Muhammad Abduh