Thursday, July 26, 2012

Tanda Akhir Zaman Dalam Pembikinan


Masa sekolah dulu, kita belajar dalam Pendidikan Islam bahawa salah satu tanda dunia semakin menghampiri penghujungnya adalah bila banyak bangunan pencakar langit dibina.

Tanda ini semakin galak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Belum lagi kita reda dari dikagumkan dengan Burj Khalifah selaku bangunan tertinggi di dunia, kini satu lagi bangunan dirancang akan dibina.

Kingdom Tower, yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi dijangka siap pada 2016/2017. Ianya adalah sebahagian dari projek mega City Kingdom yang mencekik belanja sebanyak US$ 20 billion. Lokasinya adalah disepanjang Laut Merah, utara Jeddah.

Kingdom Tower ini bukan sahaja bakal menjadi menara pencakar langit tertinggi di dunia, tetapi juga adalah struktur buatan manusia yang pertama mencapai ketinggian 1 kilometer.

Berkeluasan 5,700,000 kaki persegi, menara itu akan dilengkapi dengan 59 lif berkelajuan 22 batu sejam serta bakal menjadi menara yang mempunyai hotel empat musim dan kondominium.
 
























Ketua bagi projek ini ialah Putera Al-Waleed bin Talal, yang merupakan individu Arab terkaya di Timur Tengah. Beliau merupakan anak saudara kepada Raja Abdullah.

Gila aih pak-pak arab ni..... 




Semakin lama juga, Petronas Twin Tower semakin hilang dari senarai perbandingan..heheheh...

7 comments:

Anonymous said...

lapar pulak bila baca posting ni.

Razlan Ab Razak said...

makan je kalau lapar...

Anonymous said...

nyamm nyamm nyammmm

Razlan Ab Razak said...

hahahaha...

MALAU said...

MAKA LEPAS RAYA NI TERPAKSALA KITA SAMA-SAMA CARI BULUH UNTUK BUAT MENARA TERTINGGI DI DUNIA NI. KITA DIRIKAN DI ATAS BUKIT SEBUKOR NI. MANA LA TAU DAPAT JADI YANG TERTINGGI DI MELAKA NI PUN DAH OK.

Razlan Ab Razak said...

molek juga idea tak senonoh ni..

MALAU said...

moga dapat bonus kalau idea ni kito bagi kat datuk ali atau datuk saroni