Sunday, March 3, 2013

Sabah diintai perang




aku tak ambik port sangat siapa dalang disebalik pencerobohan tentera Sulu ke Lahad Datu. lantak pi lah taik-taik politik ni nak berdebat ke, nak tuduh menuduh ke. tapi yang paling aku takut adalah, kesan buruk ke atas rakyat Sabah. sebabnya macam ni...

jumlah orang Sulu/Tausug yang ada kat Sabah sekarang dianggarkan mencecah sejuta orang lebih. tak kiralah yang haram ke halal, yang diberi IC ke atau berstatus PATI. tapi mereka ni semua sebangsa. ramai dari tentera yang menceroboh tu mempunyai saudara-mara mereka yang menetap di Sabah..mereka ni saling berhubung.

jadi bayangkanlah bila Malaysia mengambil tindakan tegas untuk atasi masalah ni. samada perang, tangkap penceroboh ni mahupun halau..tidakkah tindakan ini boleh mengundang kekacauan dari bangsa penceroboh ini seluruhnya? dan siapa akan menjadi mangsa dalam hal ni? jawapannya mudah..rakyat asal Sabah. warganegara Malaysia. yang duduk di bumi bertuah ini secara halal.

kekacauan. pembunuhan. peperangan. dan penghujungnya, rakyat tempatan yang jadi mangsa.

aku mungkin tersilap menjangka sebegini. namun, kebarangakaliannya tetap ada dan pada aku, ia sangat tinggi. bagi sesiapa yang rajin mencari dan mengkaji pelbagai informasi dan cerita yang boleh diperolehi, yang berfikir dengan waras pasti sedikit sebanyak akan rasa gerun dengan apa yang berlaku di Sabah semenjak dari tahun 1972 lagi. bangsa penceroboh ini ada dimana-mana pelusuk Sabah. bukan setakat di Lahad Datu mahupun Semporna dan Kunak. bangsa penceroboh ini bukan setakat duduk di rumah setinggan dan berjaja secara haram di tepi-tepi jalan, malahan ada antara mereka telah berada di bumi Sabah dengan selesa.

yang tersepit dalam isu ini adalah penduduk asal Sabah. mereka bimbang dengan keselamatan mereka di tanah air sendiri.





SIAPA YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB DALAM ISU INI?

No comments: