Thursday, January 20, 2011

once a Gunners..always a Gunners.....


sesiapa yang rapat dengan aku,mesti faham betapa gilanya aku pada bolasepak & futsal..kalau dalam seminggu tu tak sepak bola,memang sangap dibuatnya...sama gak kalau tengok game bola..sampai mak aku pun geleng kepala bila dia terjaga kul 4 atau 5 pagi, aku duk terkebil-kebil depan tv tengok bola...hehehehe...nak buat camane mak..

so kalau dah minat bola, of course akan ada team samada negara atau kelab yang jadi pojaan hati kita..sama mcm lelaki yang lain,aku tak terlepas dalam hal ni..Arsenal FC adalah kelab pilihan aku..

ramai gak yang tanya,nape Arsenal? so kat sini biar aku ceritakan kenapa Arsenal yang aku pilih....

dari kecik sampai besar, actually takde kelab yang jadi pilihan aku..aku layan semua..membawa sampailah aku besar,masuk UiTM bagai, still takde team yang mampu membuat aku jadi loyal fan..tapi masa ni,aku dah mula sikit demi sikit tertarik pada Arsenal..kenapa?sebab aku jatuh cinta pada gaya permainan bolasepak yang mereka tampilkan..cukup berseni la pada aku..beautiful football bak kata orang putih..inilah yang membuatkan akhirnya aku memilih untuk menjadi peminat setia Arsenal...permainan bolasepak yang cantik...

sehinggalah season 2003-2004 EPL, aku rasa memang tak silap aku memilih untuk bersama Arsenal..season ni bukan saja mereka bergelar champion, malahan mencatat rekod dan sejarah yang sangat-sangat-sangat gemilang yang belum mampu diatasi oleh mana-mana kelab sehingga kini..nak tau rekod apa? mengharungi keseluruhan kempen (38 perlawanan) tanpa kalah! huhuhu...gempak beb!



masa ni semua peminat Arsenal memang sangat berpuas hati dan berbangga la..bos Arsenal, Arsene Wenger mendapat pujian yang cukup hebat kerana falsafah yang dibawanya berjaya membentuk Arsenal sebegitu..tidak berbelanja besar,mempamerkan gaya permainan yang menarik,langsung tak kalah dan bergelar juara..hehehehe...

selepas kejayaan bersejarah ini, Wenger seakan-akan cuba membuktikan sesuatu yang baru..ini dapat dilihat sehingga hari ini apabila beliau lebih cenderung untuk membentuk skuad yang terdiri dari pemain-pemain muda..dan kerana teori beliau inilah,maka beliau mula di kritik oleh banyak pihak..ini kerana, selepas tahun 2005 dimana Arsenal mendakap Piala FA, tiada lagi piala yang berjaya dijulang oleh Arsenal..sehingga aku menulis entry ni, dah 6 musim Arsenal ketandusan gelaran..

terlalu banyak pro dan kontra dalam isu ini..bagi sesetengah peminat, piala merupakan satu kemestian bagi sesebuah kelab..sebab itu banyak kelab mengambil langkah mudah iaitu dengan membeli dan membentuk skuad yang terdiri dari pemain bintang dan sudah ternama..namun tidak bagi Wenger..beliau lebih gemar mengambil pendekatan membentuk skuad yang terdiri dari pemain muda dengan alasan untuk prospek jangkamasa panjang..

secara peribadi,aku sependapat dengan kebanyakan peminat Arsenal yang lain..walaupun dah lama tak menjulang piala,ia bukanlah masalah yang terlalu besar buat aku..ini kerana ia berbalik kepada mengapa aku memilih untuk menjadi peminat Arsenal diawal tadi..bukan kerana kelab ini begitu berjaya dengan deretan piala yang melampau,namun kerana permainan cantik yang dihidangkan mereka..kepuasan yang terhasil bila menonton beautiful football dari Arsenal ini lebih menjadi keutamaan buat aku..biarlah orang mengatakan kelab ini kelab budak-budak..biarlah orang mengatakan kelab ini tidak mampu menjadi juara..dan biarlah orang mengatakan kelab ini tak lebih dari sekadar pusat melatih pemain remaja..aku tak peduli..asalkan gaya dan keaslian beautiful football itu kekal atas nama Arsenal,maka selagi itulah aku dengan bangga menyatakan bahawa aku adalah peminat setia Arsenal! kerana aku yakin, disebalik kepuasan yang aku perolehi,piala tetap akan hadir jua satu hari nanti...itulah keunikan menjadi peminat Arsenal... :)



RAR : bolasepak itu seni... ;)

2 comments:

Anonymous said...

ngueh! Tulis belog yer.

Razlan Ab Razak said...

dah lama tak menulis bro..saja suka-suka...