Masih ingat dengan kumpulan Umbrella? Bagi anda yang meminati industri muzik Malaysia, pasti masih ingat dengan kumpulan ini. Terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Ramalanku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu, Umbrella mewarnai dunia seni tanah air dengan lagu-lagu yang sedap dibawah bimbingan komposer Saari Amri.
Sayangnya, rezeki mereka dalam bidang ini tidak begitu menjadi. Umbrella menyepi dan anggotanya membawa haluan masing-masing.
Aku sendiri meminati Umbrella, terutamanya vokalis kumpulan tersebut, Zarul. Bagi aku, Zarul antara penyanyi yang bagus dan mempunyai mutu vokal yang cukup baik, samada di dalam album mahupun ketika menyanyi secara live.
Baru-baru ni semasa duk blogging, aku terjumpa blog Zarul. Rupanya dia aktif dalam dunia blog malah blognya mendapat pengiktirafan sebagai The Winner of Malaysia International Celebrity Blog Award. ( http://zarulumbrella.com/ )
Antara entry menarik dalam blog beliau ialah 10 Penyanyi Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman. Zarul menyenaraikan penyanyi lelaki yang pada pandangan beliau adalah yang terbaik di Malaysia. Walaupun senarai ni bukanlah sesuatu yang diiktiraf (maksud aku ia sekadar pandangan peribadi penulis), tapi ianya sesuatu yang 'boleh' dijadikan panduan mahupun rujukan kerana dikeluarkan oleh seseorang yang sedia maklum memang bagus dalam apa yang dikatakannya.
Dekat bawah ni aku copy paste entry dalam blog Zarul ni..
10 Penyanyi Lelaki Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman
gua dah bajet mamat ni musti no 1 punya..muahahaha!!!
1.Jamal Abdillah –
mempunyai kebolehan vokal yg luar biasa bagi saya..range suara yg besar
dan feel yg menakjubkan.Kemampuan vokal beliau mampu menaikkan bulu roma
saya ..TERBAEK!!
2.Zainal Abidin –
seorang penyanyi yg memang tersendiri dengan kualiti vokal yg
mantap,seorang penyanyi yang mampu menyanyi selama 4 jam tanpa henti di
Konsert Orak Arek 1992 di Stadium Negara
3.Ramli Sarip – Tone
garau husky penyanyi ini mmg cukup2 hebat dan sesuai dengan gelaran Papa
Rock yang dimiliki beliau.Cukup unik dan tersendiri.
4.Saleem – Penyanyi yg cukup kontroversi,Suci Dalam Debu salah satu lagu klasik yg cukup sinonim dengan vokal beliau.
5.Zamani(Slam) – Secara
peribadi saya selalu buat show dengan beliau dan ternyata nyanyian live
beliau lagi hebat berbanding dlam CD..range yg amat jarang dimiliki oleh
penyanyi lelaki lain.
6.Azlan(Type Writter) –
Beliau merupakan penyanyi new gen yg bakal bergelar ‘legend’ suatu masa
nanti.Keupayaan vokal beliau yg mampu menyanyi lagu2 yg ber range tinggi
mmg menakjubkan..seolah olah tiada limitasi dalam range beliau ni
7.Amy Search – Ikon
rockers yg memang tiada tolok bandingnya..beliau adalah trend setter
bagi penyanyi rock..vokal ‘rock’ beliau adalah ikon bg semua penyanyi
berjiwa rock di tanahair..Tiada yg lebih rock dari suara beliau
8.Hazami – seorang
penyanyi dan juga guru vokal-skil dan teknik nyanyian beliau mmg tak
boleh disangkal lagi..RnB yg beliau sampaikan mmg cukup rencah dan mmg
sedap didengar.Saya pernah menemuramah beliau mengenai pembelajaran
vokal..petua beliau cukup simple- menyanyi adalah satu aktiviti meniru
bunyi melalui lontaran suara
9.Sudirman Hj Arshad –
“Penghibur Terbaik Asia” saya sifatkan Allahyarham sebagai penyanyi yg
cukup energetic..satu satunya penyanyi lelaki yg mampu menyanyi dan
menari sekaligus dan tiada semput2..keunikan tone halus nya tu mmg
menakjubkan dan tersendiri.Persembahan One Thousand Million Smiles yg
membawa kemenangan beliau itu adalah cukup2 klasik bagi saya
10. Black Mentor/Hafiz AF
– saya gabungkan dua2 penyanyi ini di tangga kesepuluh sebab kedua2
penyanyi muda ini mempunyai future yg cukup baik jika dilihat dr segi
kemampuan vokal mereka..Mereka pernah menjulang trophy Vokal Terbaik di
Anugerah Juara Lagu dan semestinya bakat vokal mereka telah diktiraf
oleh golongan profesional dalam industri muzik tempatan
Thats it !! 10 penyanyi hebat yg saya
rasakan adalah yg terbaik pernah dihasilkan oleh industri muzik
kita.Anda mungkin mempunyai 10 penyanyi hebat masing2..dan ini adalah 10
Penyanyi Hebat dari kaca mata saya
Amacam? Pandangan aku banyak yang sama dengan dia. Ada juga yang aku tak setuju. Tapi itu semua pendapat peribadi. Masing-masing ada citarasa tersendiri. Yang pasti, lidah orang Melayu ni tetap yang terbaik menurut perspektif aku.. :)
2 comments:
ok
errr dato awie
Post a Comment