Saturday, March 9, 2013

Akulah Kekasihmu...




 "bukan kecantikanmu aku tergoda
tapi kelembutanmu memikat jiwa
bukan jelingan manja yang mempersona
tapi kejujuranmu aku terharu"


tiada kata secantik bahasa yang mampu aku tuliskan disini. selain guru, ibu dan bapa, dialah insan yang paling istimewa. dugaan dan ujian yang ditempuh sepanjang perhubungan menyedarkan aku bahawa dialah orangnya. yang mampu menerima segala kekurangan, rela berkongsi susah dan senang. tatkala aku khilaf, dia menyedarkan. ketika aku buntu, dia tunjukkan jalan. ketika aku jatuh, dia sabar memimpin tangan.

rajuknya bersebab. marahnya beradab. manjanya seolah tidak bertahap. dia tidak meminta aku meletakkannya di tempat paling tinggi. namun kasih sayang yang diberikannya menyedarkan aku betapa dia perlu dihargai.

dia tidak sempurna. namun itulah yang membuatkan dia begitu istimewa...

benar, usia pernikahan ini baru setahun jagung setampuk pinang. namun di usia semuda inilah segalanya perlu direnung, difikir dan dihargai. sebagai pedoman untuk nafas-nafas yang akan datang. berusaha, bertawakkal dan berserah agar semuanya sejahtera dibawah Ar-Rahman dan Ar-RahimNya...

maafkan aku kerana tidak menyatakan semua ini di depanmu. aku tidak pandai berkata-kata. hanya ini yang mampu ku berikan sebagai pengganti. dirimu mutiara yang berharga..........