Sunday, March 3, 2013

Lupa...Alpa...Keinsafan...

assalamualaikum...

apa yang hendak diceritakan setelah hampir 6 bulan blog ni aku tak update? kehkehkeh..

sibuk adalah alasan paling klise bagi seorang blogger. namun, memang itu kebenarannya. banyak faktor yang menyebabkan hal ni terjadi. antaranya :

  • kekurangan masa ( takut nak bagi alasan ni. sebab pernah dengar cerita member yang kena sembur dengan Tuan Guru sebab bagi alasan ni..hahaha )
  • akses internet yang terhad
  • ketiadaan bahan untuk ditulis
  • sibuk dengan aktiviti lain
  • sibuk menguruskan keluarga
  • dan lain-lain (malas nak fikir)

dalam kes aku ni, sebenarnya malas yang lebih cemerlang. memang isu ni antara isu utama dalam dunia blog. bukan senang nak maintain menulis. 'feel & mood' kena ada. bukan semua orang boleh menulis setiap masa. otai-otai je boleh buat.

banyak benda berlaku dalam hidup aku sepanjang 6 bulan ni. kerja baru, pindah rumah, berulang-alik, weekend husband, bakal bergelar bapa, pung pang pung pang..huh...namun syukur alhamdulillah..semuanya dalam keadaan terkawal. baik dalam konteks perjuangan, hubungan dengan guru, ibubapa, isteri dan rakan-rakan mahupun cabaran kerja baru.

sayangnya sebagai manusia yang lemah, sering kali mengabaikan hubungan dengan Maha Pencipta. namun, dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya, tetap diberi perhatian, rezeki dan segala kenikmatan.

tak terhitung apa yang Kau beri. tetapkanlah hati kami agar segala-galanya hanya kerana untuk menjadi hambaMu...dan menjadi ummat kekasihMu yang sangat dirindui....






2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..Terima kasih untuk semuanya..

*love u more than ever*

Razlan Ab Razak said...

sama-sama.. love u too... ;-)