Tuesday, October 18, 2011

sapa nak keroje???

KYM International mempelawa sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Position : Lecturer (Public Relation)

Requirement :

- candidates should posses at least Bachelor in Mass Communication (Public Relation)
- candidates should have at least 2 years experience in related field and preferably in education industry
- possess a high degree of matirity with good interpersonal and communication skills
- proficient in English in communication and writing

so sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku untuk urusan menghantar resume..boleh call ataupun emel - acik1421@yahoo.com... (dah emel, maklumkan...)

terima kasih...

Wednesday, October 12, 2011

Perginya Seorang Lagenda...Ahmad Jais



Industri seni tanah air dikejutkan dengan kepulangan Datuk Ahmad Jais semalam..menurut sumber berita, penyanyi bersuara emas ini dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor pada 8 September lalu bila mengadu penat selepas mengadakan persembahan di Batu Pahat, Johor.

apabila keadaan kesihatannya semakin serius, beliau dimasukkan ke ICU DEMC Shah Alam.. setelah dirawat selama 15 hari, beliau akhirnya menghembuskan nafas akhirnya semalam pada jam 9.20 pagi akibat komplikasi paru-paru.

generasi muda hari ini mungkin tidak mengenali Allahyarham Ahmad Jais, penyanyi lagenda dari era 60-an..aku juga bukanlah generasi yang membesar seiring dengan perkembangan karier beliau..tapi disebabkan aku meminati lagu-lagu Melayu lama, maka sedikit sebanyak aku turut mengikuti perkembangan dan lagu-lagu Allahyarham..beliau antara penyanyi yang aku minat baik dari segi suara mahupun lagu..lagu Azizah dendangan beliau menjadi kegilaan aku sewaktu waktu dahulu..itu belum lagi dikira lagu Umpan Jinak Di Air Tenang, Joget Mak Andam, Budi Setahun Segunung Intan dan Juwitaku Sayang..

beruntungnya, aku berkesempatan bersua muka dengan Allahyarham sewaktu bekerja dulu.. selesai pengajian di UiTM, aku berkhidmat dengan sebuah production house secara freelance.. kami mendapat job untuk menerbitkan sebuah program untuk RTM. aku diberi tanggungjawab untuk menemubual beberapa orang artis sebagai kandungan program berkenaan..antara artis yang termasuk dalam senarai tersebut adalah Allahyarham..

mendapat peluang sebegini, sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. siapa tak seronok ye tak bila dapat berjumpa dengan sesorang yang kita minat..walaupun atas nama kerja..so aku pun menghubungi beliau untuk menetapkan temujanji..

pertama kali berhubung di telefon, Allahyarham seorang yang amat tegas..seriau juga la deal dengan beliau masa tu..beberapa kali beliau dengan tegasnya mengingatkan agar kami mematuhi tarikh temujanji yang dah dipersetujui dan jangan tukar tarikh sesuka hati..

sampai tarikh yang dijanjikan, aku dan krew penerbitan pun bergerak ke rumah beliau di Shah Alam..bila dah bersua, barulah nampak karektor sebenar beliau..ye, memang tegas tapi sangat mesra sebenarnya..rupanya kenapa beliau taknak kami tukar tarikh sesuka hati ialah, beliau bimbang tarikh tu jatuh sewaktu isteri beliau tiada di rumah..Allahyarham takut tak dapat melayan kami..memang kami rasa sangat terharu masa tu dengan keprihatinan beliau..

semasa rakaman temubual, banyak yang dapat aku kenali Allahyarham..beliau sememangnya seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan sangat menyintai muzik Melayu..Allahyarham pantang bila penyanyi baru menyanyikan semula lagu-lagu lama, mereka menjahanamkan keindahan lagu tu dengan arrangement muzik yang kucar-kacir dan gaya nyanyian yang entah apa-apa (part ni memang aku setuju sangat..berapa ramai penyanyi baru yang merosakkan lagu-lagu lama..konon-konon ikut trend la)..

selesai rakaman, Allahyarham menjemput kami makan..punyalah banyak makanan yang isterinya sediakan..ada nasi lemak, roti canai, kuih..naik segan kami dibuatnya..masa ni juga baru aku tau yang Allahyarham mesti makan nasi lemak sewaktu sarapan pagi..dah jadi rutin beliau..beliau sememangnya suka makan makanan yang pedas-pedas..

selesai makan, kami bersalaman dan minta izin untuk pulang..

itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu Allahyarham secara terus..selepas tu adalah nampak bila pergi tengok konsert dan pertunjukan yang beliau terlibat..tapi tengok dari jauh je lah...selain dari suara emas yang dimilikinya, stamina beliau menjadi satu aspek yang sangat aku kagumi..beliau sangat 'steady' menyanyi deretan lagu-lagunya yang bernada tinggi, walaupun usianya mencecah tahap veteran..memang hebat..

semalam bila online, aku sangat terkejut bila dapat tau beliau dah pun pergi..sedih..sebab kita dah kehilangan seorang lagi penyanyi yang betul-betul bagus..tiada yang dapat menggantikan beliau..baik dari segi semangat, apatah lagi dari segi kualiti suara..beliau mencetuskan fenomena sewaktu diawal waktu kemunculannya..sehingga kini, beliau adalah lagenda yang tidak ternilai..

Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Jais Ahmad...




Friday, October 7, 2011

Aku...Ramadhan...Langkawi...

Ramadhan yang baru berlalu mengingatkan aku pada satu lagi kisah yang sangat melucukan bagi aku dan beberapa rakan..ianya kisah sewaktu kami berada di Pulau Langkawi pada September 2008..begini ceritanya...

seorang teman, SAZ namanya ada tugasan luar daerah..beliau perlu pergi ke Langkawi atas urusan kerja..untuk mengelakkan bosan pergi berseorangan, SAZ mengajak aku untuk pergi sekali..kos pengangkutan dan tempat tinggal semua beliau tanggung..

aku yang sememangnya berminat dengan kawasan peranginan berpulau ni terus setuju..lagipun aku tak pernah sampai kat Langkawi ni..so cantiklah..kebetulan pula masa tu memang free..

nak dijadikan cerita, ada 3 orang jibauk rakan nak ikut sekali..FAB, IA dan JAG...kononnya masing-masing free gak..SAZ cakap no problem..memang lagi seronok la ramai-ramai pergi..so kami pun bertolak dari Shah Alam menaiki kereta SAZ..

sepanjang perjalanan memang mencabar..biasanya kalau jalan jauh, aku suka berhenti untuk minum-minum..kali ni tak boleh sebab puasa..so berhenti pun untuk isi minyak dan ke tandas saja..

sampai di Jeti Kuala Kedah, amik barang, kunci kereta, kami pun beli tiket untuk feri ke Pulau Langkawi..masa naik feri ni pun dah kelakar dah..FAB yang kononnya garang, parut sana sini, sekali tak tahan mabuk laut daaa...hahahaha...siap tertunduk2 kat seat feri tu menahan loya..hahahaha...(tapi sampai sekarang kalau tanya, memang dia tak mengaku punya...hahahaha)

sampai Langkawi, SAZ uruskan kereta sewa dan kami menginap di Langkasuka Hotel..satu bilik sumbat 5 orang..gasak la..nak ikut sangat..nasib baik bilik dia besar...

lepas hantar SAZ ke site untuk urusan kerja dia, aku, FAB, IA dan JAG ronda2 Pulau Langkawi..banyak gak kenangan menarik masa ni..antaranya ialah bagaimana FAB telah mencalarkan gps SAZ sebab tergelincir atas batu masa nak tunjuk eksyen dia..hahaha...

jalan-jalan survey coklat adalah acara wajib kalau datang sini..terutamanya bagi JAG yang mempunyai misi khas diamanahkan oleh sang puterinya..hahahaha...habis segala ceruk kedai coklat dia masuk..

petang pun tiba..lepas jemput SAZ, kami bercadang nak serbu bazar Ramadhan..tapi memandangkan orang ramai sangat, niat tu terpaksa dibatalkan..fikir punya fikir, masa dah semakin suntuk..lastly kami decide untuk beli mcD je dan makan kat bilik hotel..setel..

sampai hotel, sementara menunggu azan, kami buka TV..sembang-sembang..golek-golek..agak-agak dah dekat waktu berbuka, masing-masing dah stand by menghadap hidangan..TV1 pun melaungkan azan menandakan masuknya waktu Maghrib..serentak dengan itu, dengan selambanya IA memasukkan fries kedalam mulutnya..

FAB : oi..kau makan apasal? Belum lagi la..

IA : tu azan tu..dah masuk waktu la..

RAR : tu azan ikut time KL..kita sekarang kat Kedah..

IA : takpe..aku yakin..(buat-buat konfiden sambil terus kunyah fries..tapi muka memang tak yakin langsung..nampak sangat)

KAMI SEMUA : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!

SAZ : sia-sia je kau puasa sepanjang hari ni..


Maka hasilnya, sepanjang berbuka tu, perut kami lebih kenyang dimasuki angin berbanding dipenuhi burger..hahahahaha...yang buat kami pecah perut adalah melihat air muka IA yang konon-konon cool dan konfiden, tapi dia tak nampak betapa cuak dan serba salahnya muka dia masa tu..sambil kunyah fries..hahahahaha...

Sampai sekarang kalau sebut je Langkawi dan bulan Ramadhan, memang kisah ini akan menjadi kisah penghibur buat kami..IA memang sampai sekarang bengang..terutamanya kat FAB yang gelakkan dia macam nak mati..hahaha...

tapi sayangnya aku tak dapat nak letak banyak gambar kenangan kat sini..gambar semua ada kat Friendster..tapi entah apa jadi kat Friendster sekarang, habis semua gambar hilang..dalam PC pun tak tau letak kat mana...2 keping ni je la yang tersesat dapat diselamatkan..snap guna kamera handphone je...











Kami menghabiskan masa di Langkawi dengan berjalan-jalan, mandi swimming pool, beli coklat dan balik semula ke Shah Alam..


** sampai sekarang teringat kata-kata seorang teman..”tak paham betul aku kenapa korang pergi bulan-bulan puasa ni..” hehehehe....

Thursday, October 6, 2011

support member


huarrrggghhhhhhhhh!!!!! selamat hari raya..hahaha..lama bercuti + banyak keroje = blog ni terbiar sepi...banyak yang nak dikongsi..tapi masa tak mengizinkan ditambah pula beberapa kekangan lain..

entry kali ni aku nak bantu kawan mana yang mampu..1st time jejak kaki kat Melaka ni, kawan pertama aku adalah saudara Zamri Mohamad..dia ni mengajar seni teater kat KYM ni..orangnya sungguh unik dan luar biasa..hahahaha...seusia aku hidup, tak pernah dapat kawan macam ni..tapi memang best la kawan dengan dia..


aku dan Zamri sewaktu sedang serius bertugas


tapi aku bukan nak cerita pasal mamat ni sangat..aku nak cerita tentang projek terbaru beliau..mamat ni otak bisnes dia boleh tahan gak ligat..so baru-baru ni dia ada buka bisnes printing secara kecil-kecilan..nak tau lebih lanjut??? sila kunjungi blog beliau dengan mengklik link dibawah...

http://malauazam.blogspot.com/

atapun boleh add facebook beliau = Malauazam Mohamad

so sesiapa yang berminat, boleh la hubungi En.Zamri ni..harga yang ditawarkan pun agak murah..kualiti pun terjamin..sama-sama la kita pakat-pakat bantu orang-orang kita...