Industri seni tanah air dikejutkan dengan kepulangan Datuk Ahmad Jais semalam..menurut sumber berita, penyanyi bersuara emas ini dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor pada 8 September lalu bila mengadu penat selepas mengadakan persembahan di Batu Pahat, Johor.
apabila keadaan kesihatannya semakin serius, beliau dimasukkan ke ICU DEMC Shah Alam.. setelah dirawat selama 15 hari, beliau akhirnya menghembuskan nafas akhirnya semalam pada jam 9.20 pagi akibat komplikasi paru-paru.
generasi muda hari ini mungkin tidak mengenali Allahyarham Ahmad Jais, penyanyi lagenda dari era 60-an..aku juga bukanlah generasi yang membesar seiring dengan perkembangan karier beliau..tapi disebabkan aku meminati lagu-lagu Melayu lama, maka sedikit sebanyak aku turut mengikuti perkembangan dan lagu-lagu Allahyarham..beliau antara penyanyi yang aku minat baik dari segi suara mahupun lagu..lagu Azizah dendangan beliau menjadi kegilaan aku sewaktu waktu dahulu..itu belum lagi dikira lagu Umpan Jinak Di Air Tenang, Joget Mak Andam, Budi Setahun Segunung Intan dan Juwitaku Sayang..
beruntungnya, aku berkesempatan bersua muka dengan Allahyarham sewaktu bekerja dulu.. selesai pengajian di UiTM, aku berkhidmat dengan sebuah production house secara freelance.. kami mendapat job untuk menerbitkan sebuah program untuk RTM. aku diberi tanggungjawab untuk menemubual beberapa orang artis sebagai kandungan program berkenaan..antara artis yang termasuk dalam senarai tersebut adalah Allahyarham..
mendapat peluang sebegini, sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. siapa tak seronok ye tak bila dapat berjumpa dengan sesorang yang kita minat..walaupun atas nama kerja..so aku pun menghubungi beliau untuk menetapkan temujanji..
pertama kali berhubung di telefon, Allahyarham seorang yang amat tegas..seriau juga la deal dengan beliau masa tu..beberapa kali beliau dengan tegasnya mengingatkan agar kami mematuhi tarikh temujanji yang dah dipersetujui dan jangan tukar tarikh sesuka hati..
sampai tarikh yang dijanjikan, aku dan krew penerbitan pun bergerak ke rumah beliau di Shah Alam..bila dah bersua, barulah nampak karektor sebenar beliau..ye, memang tegas tapi sangat mesra sebenarnya..rupanya kenapa beliau taknak kami tukar tarikh sesuka hati ialah, beliau bimbang tarikh tu jatuh sewaktu isteri beliau tiada di rumah..Allahyarham takut tak dapat melayan kami..memang kami rasa sangat terharu masa tu dengan keprihatinan beliau..
semasa rakaman temubual, banyak yang dapat aku kenali Allahyarham..beliau sememangnya seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan sangat menyintai muzik Melayu..Allahyarham pantang bila penyanyi baru menyanyikan semula lagu-lagu lama, mereka menjahanamkan keindahan lagu tu dengan arrangement muzik yang kucar-kacir dan gaya nyanyian yang entah apa-apa (part ni memang aku setuju sangat..berapa ramai penyanyi baru yang merosakkan lagu-lagu lama..konon-konon ikut trend la)..
selesai rakaman, Allahyarham menjemput kami makan..punyalah banyak makanan yang isterinya sediakan..ada nasi lemak, roti canai, kuih..naik segan kami dibuatnya..masa ni juga baru aku tau yang Allahyarham mesti makan nasi lemak sewaktu sarapan pagi..dah jadi rutin beliau..beliau sememangnya suka makan makanan yang pedas-pedas..
selesai makan, kami bersalaman dan minta izin untuk pulang..
itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu Allahyarham secara terus..selepas tu adalah nampak bila pergi tengok konsert dan pertunjukan yang beliau terlibat..tapi tengok dari jauh je lah...selain dari suara emas yang dimilikinya, stamina beliau menjadi satu aspek yang sangat aku kagumi..beliau sangat 'steady' menyanyi deretan lagu-lagunya yang bernada tinggi, walaupun usianya mencecah tahap veteran..memang hebat..
semalam bila online, aku sangat terkejut bila dapat tau beliau dah pun pergi..sedih..sebab kita dah kehilangan seorang lagi penyanyi yang betul-betul bagus..tiada yang dapat menggantikan beliau..baik dari segi semangat, apatah lagi dari segi kualiti suara..beliau mencetuskan fenomena sewaktu diawal waktu kemunculannya..sehingga kini, beliau adalah lagenda yang tidak ternilai..
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Jais Ahmad...
1 comment:
T-95 titanium nitride - The T-95
T-95 titanium nitride - micro hair trimmer The T-95 Titanium is a piece of titanium oxide which fallout 76 black titanium has ceramic vs titanium been removed from the 2016 ford fusion energi titanium bottom of ion titanium on brassy hair the original T-95.
Post a Comment