32 tahun bergelar anak seni, Jamal antara artis yang
mempunyai reputasi yang hebat jika menyentuh tentang penganjuran konsert
berbayar. Kat Istana Budaya je dah
berapa kali dia conquer. Walaupun karier dibelit kontroversi, setiap konsert
dan albumnya tidak pernah gagal. Sebabnya? Hanya satu..suara emasnya..
Selaku peminat tahap gaban, aku sememangnya mengimpikan
untuk hadir ke setiap konsert lagenda ni. Sayangnya, tak semua yang dapat aku
pergi atas faktor kekangan wang, masa dan kerja.
Entry kali ni aku nak berkongsi beberapa konsert Jamal
Abdillah yang sempat aku tonton.
1. Konsert
Solo... Johor Bahru – 2001
Ini boleh dikatakan konsert solo kedua Jamal
dalam karier beliau. Yang pertama diadakan di KL (Stadium Negara kalau tak silap
aku). Untuk memenuhi permintaan peminat di JB dan Singapura, maka Jamal beraksi
di Stadium tertutup MBJB. Yang manisnya kenangan di konsert ni, nama aku berada
dalam senarai penganjur sebagai orang pertama yang booking tiket..hehehe..masa
ni aku study lagi..so tiket harga RM50
la yang paling mampu..rate paling murah..satu lagi kenangan manis adalah gambar
aku bersalam dengan Jamal Abdillah dalam berasak-asak peminat depan pentas
keluar kat Metro..hehehe..tapi sayang tak pasti kat mana aku simpan paper
cutting tu..
Tahun
2007, Jamal Abdillah buat konsert untuk pertama kalinya di Istana Budaya..masa
ni aku baru grad. Hati meronta-ronta nak pergi, tapi dompet merayu-rayu tak
bagi...ceh!
2. Konsert
Amal Kasih – 2008
Konsert ni diadakan di KLCC. Masa ni aku dah kerja. Peluang keemasan yang tak wajar
dilepaskan. Aku pergi dengan bos masa aku kerja production dulu, Abg Syahril
Kadir. Kami berkongsi minat dan citarasa lagu yang sama.
Konsert ni merupakan gabungan antara Jamal Abdillah
dengan Saleem. Aku tak boleh lupa betul masa Jamal bawa lagu Gerhana Cinta Luka
(lagu Iklim)...meremang segala bulu yang ada..hahaha... konsert ni buat 3 malam
berturut-turut. Aku pergi malam kedua.
3. Konsert
Kembara Seniman – 2010
Yang ni konsert paling gila pernah dia
buat. 5 malam berturut-turut. Aku pergi malam ke 3. Konsert dibahagikan kepada
2 segmen. Segmen pertama berupa lakonan dan nyanyian sedutan kisah karier Jamal
Abdillah. Segmen kedua nyanyain sahaja.
Kenangan lucu dan suspend masa konsert ni
adalah, aku tersilap book tiket kat internet. Aku dengan yakinnya ingat
transaksi masa tu berjaya. Rupanya tidak. Ni la masalah kalau buta IT.
So malam
konsert tu, dengan penuh gaya, aku dengan beberapa orang member pergi Istana
Budaya. Sampai kat kaunter untuk collect tiket, nama aku takde dalam senarai
tempahan. Tu dia! Hilang kejap darah kat muka. Aku dah menggelabah puyuh dah.
Janganlah aku miss malam tu. Member-member aku yang ikut tu tak kisah. Sebab
diorang just minat-minat biasa je dengan Jamal. Tak sampai tahap
gaban. Diorang siap boleh gelak-gelakkan aku lagi. Hampeh betul!
Dengan sedikit paksaan, aku suruh mamat
jaga kaunter tiket tu check kalau ada seat kosong malam tu. Aku nekad dah.
Kalau tiket RM 300 pun, aku rembat. Kawan-kawan nak balik, baliklah. Aku
sanggup balik naik teksi. Nasib baik, ada tiket harga sederhana untuk aku and
the gang. Mamat yang jaga kaunter tiket tu siap boleh perli aku lagi. “jangan
risau..tiket ada..lain kali jangan silap booking ye bang..enjoy the show”..
siap senyum-senyum lagi.. siot betul!
Yang dahsyatnya konsert ni adalah pada malam
terakhir, tiket paling mahal yang berharga RM300 lebih pun sold out!
4. Konsert
J2011 Lagenda – 2011
Diadakan 4 malam berturut-turut, sekali
lagi diadakan di Istana Budaya. Aku pergi malam ke 2. Kali ni special sikit.
Sebab aku pergi dengan awek (yang akhirnya jadi isteri..alhamdulillah...), Cik
Puan Maizatul Akhma dan sahabat aku yang berkongsi minat dan citarasa yang
sama, Encik Jasmaizuldin.
Kenangan menarik + sakit hati masa konsert
ni adalah, kitorang terlambat masuk panggung sebab terlambat sampai dan
mengagau cari parking. Yang keduanya, kitorang sempat kena bebel jap dengan
staf yang jaga pintu masuk. Sebab aku pakai sandal. Tu ok lagi at least sandal
aku tertutup sikit. Si Jas dibantainya pakai selipar. Hahahaha.... untuk
pengetahuan , nak masuk Istana Budaya ada kod pakaian. Tak
boleh pakai selipar. Tak boleh pakai t-shirt leher bulat. Aku boleh terlupa nak
inform Jas. Dia kata dia memang tak tau sebab dia tak pernah masuk istana.
Hahahahaha....
Masa tengah kena ceramah tu, aku dah resah
gelisah sebab dari luar, aku dah dapat dengar yang Jamal Abdillah dah mula
menyanyi. Berbulu gak la dengan staf yang jaga pintu tu. Rasa nak pukul je..
Bila dah masuk, kami terus fokus. Konsert malam
tu dibahagikan kepada 3 segmen. 1, slot Jamal menyanyi lagu-lagu dia sendiri.
2, segmen khas tribute to P.Ramlee. 3, slot Jamal menyanyi lagu-lagu lama
penyanyi lain yang menjadi idolanya.
Cuma agak sayang, Jamal tak sihat malam tu.
Demam. So memang mengganggu persembahan dia. First time dalam seusia hidup aku
menjadi peminat dia, dia hulur mikrofon kat penonton ajak menyanyi sama. Dan
first time juga, ada lagu bila sampai part yang high pitch, dia tak tarik....bab-bab lain, tetap class...
Selepas konsert-konsert ini, banyak lagi konsert berbayar
yang Jamal perform. Antaranya kat
Singapura, kat Ipoh dan juga persembahan-persembahan sempena majlis makan
malam, Minggu Setiausaha dan sambutan Hari Ibu. Tapi banyak yang aku tak dapat
pergi atas kekangan masa dan duit. Terbaru adalah Legendary Concert yang
menggandingkan Jamal, Zainal Abidin, Amy dan Sheila Majid.
Begitulah Maha Adilnya Allah yang Maha Pengasih dan Maha
Pemurah. Disebalik karier yang dihimpit sejarah hitam, rezeki terhadap hambaNya
tetap dicurahkan. Bukan nak kata apa la, tapi bab konsert berbayar ni, Jamal
memang champion. Konsert J2011 Lagenda tu diadakan dengan menggunakan duit
beliau sendiri sebab kesukaran mendapatkan penaja. Jamal tetap buat sebab dia
yakin akan dapat sambutan dari para peminatnya. Dan memang tepat jangkaan
beliau. Dalam artis lain terpaksa batal dan tangguh konsert sebab tiada penaja
dan takut tiket tak terjual, seniman yang tiada duanya ini tetap tegar
menghiburkan peminat yang tidak putus-putus menyokong dan mengagumi suara
dahsyatnya yang dikurniakan Allah....
pic - credit to azamnecrone.com
3 comments:
Handsome Jamal malam tu.. :-)
hehehe...
Jamal memang champion. Dia memegang rekod sebagai artis yang membuat persambehana solo terbanyak dan paling lama di IB. Dia jugak memegang rekod artis paling banyak menyumbang jualan tiket IB
Post a Comment