Tuesday, July 17, 2012

aku.....Jamal Abdillah (2)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizqO5qjB6y2kIYAkuPoSoKXWk7GBQ7Q04yi3WtUl4IzLPrQmCaeApmuzWFPLnWu5I7dx7QMSutuVLzdJbP4NrXUw3ftVtF7OhhS9rlm0E6txMniYrZWkfH4X7ozVdMFYJXTRu-gmd7j_kO/s1600/Jamal+Abdillah.jpg 

32 tahun bergelar anak seni, Jamal antara artis yang mempunyai reputasi yang hebat jika menyentuh tentang penganjuran konsert berbayar.  Kat Istana Budaya je dah berapa kali dia conquer. Walaupun karier dibelit kontroversi, setiap konsert dan albumnya tidak pernah gagal. Sebabnya? Hanya satu..suara emasnya..

Selaku peminat tahap gaban, aku sememangnya mengimpikan untuk hadir ke setiap konsert lagenda ni. Sayangnya, tak semua yang dapat aku pergi atas faktor kekangan wang, masa dan kerja. 

Entry kali ni aku nak berkongsi beberapa konsert Jamal Abdillah yang sempat aku tonton.


  1. Konsert Solo... Johor Bahru – 2001

Ini boleh dikatakan konsert solo kedua Jamal dalam karier beliau. Yang pertama diadakan di KL (Stadium Negara kalau tak silap aku). Untuk memenuhi permintaan peminat di JB dan Singapura, maka Jamal beraksi di Stadium tertutup MBJB. Yang manisnya kenangan di konsert ni, nama aku berada dalam senarai penganjur sebagai orang pertama yang booking tiket..hehehe..masa ni  aku study lagi..so tiket harga RM50 la yang paling mampu..rate paling murah..satu lagi kenangan manis adalah gambar aku bersalam dengan Jamal Abdillah dalam berasak-asak peminat depan pentas keluar kat Metro..hehehe..tapi sayang tak pasti kat mana aku simpan paper cutting tu..

Tahun 2007, Jamal Abdillah buat konsert untuk pertama kalinya di Istana Budaya..masa ni aku baru grad. Hati meronta-ronta nak pergi, tapi dompet merayu-rayu tak bagi...ceh!

  2.  Konsert Amal Kasih – 2008

Konsert ni diadakan di KLCC. Masa ni aku dah kerja. Peluang keemasan yang tak wajar dilepaskan. Aku pergi dengan bos masa aku kerja production dulu, Abg Syahril Kadir. Kami berkongsi minat dan citarasa lagu yang sama.

Konsert ni merupakan gabungan antara Jamal Abdillah dengan Saleem. Aku tak boleh lupa betul masa Jamal bawa lagu Gerhana Cinta Luka (lagu Iklim)...meremang segala bulu yang ada..hahaha... konsert ni buat 3 malam berturut-turut. Aku pergi malam kedua.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiJJC42n2ZKBWZGMkFh4OKm_2FG3LA38P3GhV8_Kt6gP89NS6pKDADKyNgolQ3eg_0NBgyhRb5iFLN9s3Jx0wRvZq9spxRVN1tqBLcq9XZ51UGrf9pVUPhYskMaFi4ivX13A23ou5_J8Q/s320/konsert-kasih.jpg


  3. Konsert Kembara Seniman – 2010

Yang ni konsert paling gila pernah dia buat. 5 malam berturut-turut. Aku pergi malam ke 3. Konsert dibahagikan kepada 2 segmen. Segmen pertama berupa lakonan dan nyanyian sedutan kisah karier Jamal Abdillah. Segmen kedua nyanyain sahaja.

Kenangan lucu dan suspend masa konsert ni adalah, aku tersilap book tiket kat internet. Aku dengan yakinnya ingat transaksi masa tu berjaya. Rupanya tidak. Ni la masalah kalau buta IT. 

So malam konsert tu, dengan penuh gaya, aku dengan beberapa orang member pergi Istana Budaya. Sampai kat kaunter untuk collect tiket, nama aku takde dalam senarai tempahan. Tu dia! Hilang kejap darah kat muka. Aku dah menggelabah puyuh dah. Janganlah aku miss malam tu. Member-member aku yang ikut tu tak kisah. Sebab diorang just minat-minat biasa je dengan Jamal. Tak sampai tahap gaban. Diorang siap boleh gelak-gelakkan aku lagi. Hampeh betul!

Dengan sedikit paksaan, aku suruh mamat jaga kaunter tiket tu check kalau ada seat kosong malam tu. Aku nekad dah. Kalau tiket RM 300 pun, aku rembat. Kawan-kawan nak balik, baliklah. Aku sanggup balik naik teksi. Nasib baik, ada tiket harga sederhana untuk aku and the gang. Mamat yang jaga kaunter tiket tu siap boleh perli aku lagi. “jangan risau..tiket ada..lain kali jangan silap booking ye bang..enjoy the show”.. siap senyum-senyum lagi.. siot betul!

Yang dahsyatnya konsert ni adalah pada malam terakhir, tiket paling mahal yang berharga RM300 lebih pun sold out!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_38QuRBTrC92BmCol7FPBS8LLs4EWHfSxkleOTFIFX18X8Ud3PXeZZuPkfqSxi5VT64LhNFFQbKpl31FZIsrujbLJHTsGisZTsrMdOgQnoCL19r_RMjOcpQ1T0dzFuAVAm0LtK99wkZQ/s1600/Poster_Jamal____Kembara_Seniman.jpg 

  4.   Konsert J2011 Lagenda – 2011
Diadakan 4 malam berturut-turut, sekali lagi diadakan di Istana Budaya. Aku pergi malam ke 2. Kali ni special sikit. Sebab aku pergi dengan awek (yang akhirnya jadi isteri..alhamdulillah...), Cik Puan Maizatul Akhma dan sahabat aku yang berkongsi minat dan citarasa yang sama, Encik Jasmaizuldin.

Kenangan menarik + sakit hati masa konsert ni adalah, kitorang terlambat masuk panggung sebab terlambat sampai dan mengagau cari parking. Yang keduanya, kitorang sempat kena bebel jap dengan staf yang jaga pintu masuk. Sebab aku pakai sandal. Tu ok lagi at least sandal aku tertutup sikit. Si Jas dibantainya pakai selipar. Hahahaha.... untuk pengetahuan , nak masuk Istana Budaya ada kod pakaian. Tak boleh pakai selipar. Tak boleh pakai t-shirt leher bulat. Aku boleh terlupa nak inform Jas. Dia kata dia memang tak tau sebab dia tak pernah masuk istana. Hahahahaha....

Masa tengah kena ceramah tu, aku dah resah gelisah sebab dari luar, aku dah dapat dengar yang Jamal Abdillah dah mula menyanyi. Berbulu gak la dengan staf yang jaga pintu tu. Rasa nak pukul je..

Bila dah masuk, kami terus fokus. Konsert malam tu dibahagikan kepada 3 segmen. 1, slot Jamal menyanyi lagu-lagu dia sendiri. 2, segmen khas tribute to P.Ramlee. 3, slot Jamal menyanyi lagu-lagu lama penyanyi lain yang menjadi idolanya.

Cuma agak sayang, Jamal tak sihat malam tu. Demam. So memang mengganggu persembahan dia. First time dalam seusia hidup aku menjadi peminat dia, dia hulur mikrofon kat penonton ajak menyanyi sama. Dan first time juga, ada lagu bila sampai part yang high pitch, dia tak tarik....bab-bab lain, tetap class...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiC5lL-hIaZm5uVcKuXzYyua3gEt20pVmG2zkFMex6LzdaKbxbGeiB4GNKWMudCN58QcV_yjboS0iB7k_Er31Bp_z2cmB_ks4LisPRrLiLY4-hS1kHhlFcWRk5KUrS2PXYv2V06b_LQXo/s1600/154602_160760653960587_123300354373284_271707_6762101_n.jpg 

Selepas konsert-konsert ini, banyak lagi konsert berbayar yang Jamal perform.  Antaranya kat Singapura, kat Ipoh dan juga persembahan-persembahan sempena majlis makan malam, Minggu Setiausaha dan sambutan Hari Ibu. Tapi banyak yang aku tak dapat pergi atas kekangan masa dan duit. Terbaru adalah Legendary Concert yang menggandingkan Jamal, Zainal Abidin, Amy dan Sheila Majid.

Begitulah Maha Adilnya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Disebalik karier yang dihimpit sejarah hitam, rezeki terhadap hambaNya tetap dicurahkan. Bukan nak kata apa la, tapi bab konsert berbayar ni, Jamal memang champion. Konsert J2011 Lagenda tu diadakan dengan menggunakan duit beliau sendiri sebab kesukaran mendapatkan penaja. Jamal tetap buat sebab dia yakin akan dapat sambutan dari para peminatnya. Dan memang tepat jangkaan beliau. Dalam artis lain terpaksa batal dan tangguh konsert sebab tiada penaja dan takut tiket tak terjual, seniman yang tiada duanya ini tetap tegar menghiburkan peminat yang tidak putus-putus menyokong dan mengagumi suara dahsyatnya yang dikurniakan Allah....


http://farm8.staticflickr.com/7172/6804996397_db891ae35c_z.jpg

 pic - credit to azamnecrone.com


3 comments:

Anonymous said...

Handsome Jamal malam tu.. :-)

Razlan Ab Razak said...

hehehe...

Anonymous said...

Jamal memang champion. Dia memegang rekod sebagai artis yang membuat persambehana solo terbanyak dan paling lama di IB. Dia jugak memegang rekod artis paling banyak menyumbang jualan tiket IB