Tuesday, February 22, 2011

Arsenalism.....


‘This is the best team for me to be in. The bottom line is that I want to win trophies with Arsenal, not with anybody else. I know you can win trophies in many countries and in many ways, but I want to do that in our way and in an Arsenal shirt.’

Robin Van Persie

* credit to pencintaarsenalfc.blogspot for this lovely entry

Tuesday, February 15, 2011

aku.....Maulidur Rasul.....nasyid.....

Salam Maulidur Rasul...sewajarnya kita mengingati dan meraikan tarikh diutuskan junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W ke dunia ini..kehadiran yang membawa rahmat ke seluruh pelusuk alam ini merupakan satu peristiwa bersejarah yang perlu kita selaku umat Islam kenangi dan jadikan sebagai tauladan..

Sepanjang kehidupan aku, Maulidur Rasul sememangnya sesuatu yang istimewa..ini kerana semenjak dibangku sekolah, setiap tahun tarikh keramat ini akan disambut oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia..termasuk diperingkat sekolah-sekolah.. dalam setiap majlis sambutan Maulidur Rasul ini, bagaikan tidak lengkap jika tidak ada persembahan nasyid yang menceritakan tentang Kekasih Ilahi ini..

Aku dan nasyid sememangnya tidak dapat dipisahkan.. nasyid merupakan satu genre muzik yang mengungsi sebahagian besar kehidupan aku..seingat aku, paling awal sekali ialah semenjak aku dalam darjah 2 (Sek. Keb. Felda Serting 3) , aku dah mula bernasyid..masa tu lagu-lagu seperti Di Pondok Kecil, Sephon Kayu dan Ibu Mithali merupakan lagu yang menjadi pilihan kami..

Bila aku dan keluarga berpindah ke Johor Bahru, aku meneruskan penglibatan dalam persembahan nasyid..yang menariknya, jodoh aku dengan nasyid ni sangat kuat..kadang-kadang aku sengaja tak nak pergi bila ada pemilihan ataupun ujibakat..tapi penghujungnya, aku tetap dapat..samada kawan-kawan yang bagi nama, ataupun cikgu dapat tahu..(dulu aku tak faham macam mana cikgu boleh tahu kebolehan anak-anak murid dia..sekarang baru faham..itulah keistimewaan naluri seorang guru yang hakiki)

Masuk alam sekolah menengah, nafsu untuk bernasyid semakin membuak..sering aku dan sahabat-sahabat yang sama minat mengambil inisiatif sendiri untuk menubuhkan kumpulan nasyid..sehinggalah pada tahun 1998 sewaktu aku bersekolah di Sek. Men. Keb. Kempas...sekolah ni sekolah baru..kami yang berada dalam tingkatan 4 merupakan pelajar perintis pada waktu itu..seperti biasa, aku memang tidak membuang masa untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid..hasrat kami disokong sepenuhnya oleh para guru di SMKK..aku tak mungkin dapat melupakan nama-nama seperti Ustazah Farah Sofea (guru penasihat kumpulan aku), Cikgu Muhammad Ali, Cikgu Wizana, Cikgu Azni, Cikgu Nurul Huda, Cikgu Rahman dan juga pengetua SMKK, Cikgu Wahid..mereka inilah yang banyak memberi dorongan dan semangat pada kumpulan aku..malahan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit menghantar kami jika ada jemputan persembahan di tempat yang agak jauh...terima kasih cikgu-cikgu semua..hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian...

cuba teka yang mana satu aku..hehehehe...

Kami namakan kumpulan ini sebagai Al-Falah..bermula dengan persembahan di dalam sekolah sahaja, Al-Falah semakin dikenali sehingga sering mendapat jemputan dari pihak luar..bukan sahaja dari sekolah-sekolah lain, malahan hingga ke peringkat negeri..jangan terkejut kalau aku kata, kami pernah buat persembahan di depan Kerabat Diraja Johor..heheheh...kenal Munif Ahmad, vokalis kumpulan Hijjaz tu? Semasa majlis pernikahan beliau, kami turut diundang untuk membuat persembahan..sayangnya ketika aku menulis artikel ni, gambar-gambar kenangan ni semua tak ada dengan aku..kalau tak, boleh upload..hehehehe...

Banyak kenangan manis semasa ini..antaranya aku takkan lupa bagaimana ketika kami sampai disebuah sekolah untuk membuat persembahan sempena Maulidur Rasul, pelajar sekolah tu memandang kami dengan pandangan yang negatif..diorang tak suka kot..ntah budak sekolah mana ntah datang sibuk-sibuk nak buat persembahan..hehehehe...tapi yang kelakarnya, bila kami mula je persembahan, berebut-rebut lak diorang amik gambar..siap bagi standing ovation lagi..hahahahah...

Masuk UiTM, aku teruskan bernasyid.. aku sempat menganggotai 2 kumpulan..yang pertama adalah Variasi..ini adalah kumpulan nasyid UiTM..kami sempat menghasilkan sebuah single yang berjudul Abu Bakar.. setelah Variasi tak lagi aktif (bila ada yang grad dan keluar dari UiTM), aku join pula kumpulan I.N.U (Islamic Neo Ummah)..INU ni gabungan studen dari beberapa IPT seperti UiTM, UKM dan Unitar..

INU merupakan platform terakhir aku bernasyid..lepas grad dan bekerja, aku tak lagi bernasyid..sebab semua dah sibuk dengan komitmen masing-masing..sukar untuk kami kembali fokus seperti dulu..sampai sekarang, hanya gambar dan sedikit video yang sempat dirakamkan je menjadi pengubat rindu..

serius, aku rindu untuk bernasyid..pada aku, jika diamalkan dengan betul, nasyid merupakan sebuah genre muzik yang halus, tenang dan jujur..ianya bukan sahaja hiburan, malah elemen pendidikan dan perkongsian ilmu yang ada didalamnya sangat besar dan bermanfaat..jika tidak, masakan ramai yang memeluk Islam sewaktu Raihan meletup dengan Puji-Pujian dahulu...

tapi sayangnya...dalam mengikuti arus perubahan zaman, nasyid juga sukar untuk bertahan..penggiat nasyid mula sedikit demi sedikit mengabaikan elemen-elemen perjuangan dan kesederhanaan yang ada dalam nasyid..bila nasyid dijalankan atas nama keuntungan, maka rosaklah ia..kawan boleh jadi lawan..

nasyid semakin tidak bererti apabila dengan secara ghairahnya industri ini berlumba-lumba disertai oleh golongan muda..minta maaf...aku sangat tidak berkenan dengan sebilangan kumpulan nasyid yang terdiri dari anak muda..sebab pada aku, mereka hanya menggunakan nasyid untuk glamour, untuk terkenal, untuk mendapatkan income serta kerana minat sahaja (sedangkan nasyid perlu ada matlamat dan perjuangan..bukan minat sahaja)...tak nampak hala tuju pun.. lagu-lagu yang dihasilkan sedap, tapi tak menangkap dijiwa..golongan muda ini selesa dibuai gelaran penyanyi nasyid..namun, dalam masa yang sama, mereka gagal dan terlupa bahawa gelaran itu sangat mahal harganya..gelaran dan peribadi mereka harus seiring..malah ada yang sekadar mempergunakan bidang nasyid ini untuk sesuatu tujuan yang lain..maka banyaklah yang dapat aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri..(maaf..aku tak tergamak nak cerita secara terperinci apa kepincangan yang berlaku pada golongan ini)...

sekarang pun kita dapat melihat beberapa penasyid yang seolah-olah keliru dengan hala tuju mereka..kejap nasyid..kejap pop..kejap hip hop..kejap R&B..sekejap pakai kopiah..kejap hilang kopiah tu..macam mana tu?

Atas sebab inilah, aku menolak beberapa tawaran untuk menjadi penyanyi nasyid dan merakamkan album swaktu di UiTM dulu..ini kerana setelah menilai diri dan melihat contoh yang berlaku di depan mata, aku membuat keputusan bahawa peribadi aku tak layak untuk bergelar penyanyi nasyid..aku tak cukup baik untuk menjadi contoh kepada orang lain..biarlah orang menggelar aku sebagai bukan penasyid sejati..biarlah orang menggelar aku sekadar minat menyanyi lagu nasyid..tak mengapa..aku rela dan lebih senang begitu..untuk berlindung disebalik kopiah dan lagu-lagu nasyid yang didendangkan baik di khalayak ramai mahupun di kaca TV, namun disebalik semua itu, keperibadian sebenar ibarat jauh panggang dari api.... itu bukan aku.............

Aku hanya minat menyanyi lagu nasyid...dan sehingga kini, lagu nasyid tetap bergema di jiwa aku..



Saturday, February 12, 2011

kau yang tak mengerti........

aku merupakan antara peminat-peminat tegar lagu-lagu Melayu..tak kiralah lagu asli ke, rock kapak ke apa ke..memang jadi pilihan aku..lagu Melayu yang aku maksudkan kat sini adalah dari zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee hinggalah era 90an..

kenapa sampai era 90an je? sebab pada pendapat aku, lagu-lagu Melayu selepas tu seolah-olah hilang auranya..tak berapa menangkap telinga..tak evergreen..ada yang bagus, bukan tak ada..tapi tak sehebat sebelum-sebelum tu..banyak lagi la yang kurang..bukan aku nak menafikan kreativiti atau karya seni orang lain..siapalah aku..cuma ianya sekadar pendapat peribadi aku bila menyentuh mengenai minat dan citarasa masing-masing..

dalam banyak-banyak lagu, melalui entry ni aku nak berkongsi minat aku tentang satu lagu yang pada aku cukup sedap melodinya..cukup sempoi pembawaannya..dan cukup syahdu liriknya..lagu yang aku maksudkan ialah Kau Yang Tak Mengerti dari kumpulan Teja..

Sayangku sungguh pedihnya hati ini
Bila ku mengenang dirimu
Membuat diri aku terguris pilu
Bagai ditusuk sembilu pilu

korus
Kekasih engkau yang satu
Sumber ilhamku waktu dahulu
Dirimu amat kuperlu
Untuk mengisi kamar hatiku

Masihkah kau berjauh diri
Dari sisi diriku ini
Kau pergi bukan ku benci
Kau yang tak mengerti

Membuat kucari-cari
Jalan manakah pun ku tak pasti
Dirimu tetap kunanti
Andai kau kembali

Apa yang kulukiskan dalam hatimu
Semuanya telah engkau sisihkan


amacam? best kan? kalau tak silap aku dah mula tangkap cintan dengan lagu ni masa umur aku 10 tahun (kalau tak silap la)...cuma masa tu kecik lagi, so tak berapa nak ingat tajuk dan penyanyinya...

tak perlu dikupas lirik ni pun kita boleh faham apa maksudnya..boleh dikatakan sesuatu yang sangat menyedihkan bila orang lain membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman pada kita tanpa mengetahui apa sebab sebenarnya..ataupun tanpa dapat mengerti apa yang tersirat dihati kita..lebih kurang macam tu lah...

rangkap selepas korus hingga akhir lirik ni, cukup-cukup menyentuh perasaan pada aku..sampaikan boleh kata hampir setiap hari lirik ni secara automatiknya akan aku nyanyikan..aku pun tak tau kenapa..puas gak aku fikir..serius..memang lain macam sungguh penangan lagu ni pada aku..

last sekali aku buat rumusan, mungkin sebab lirik ni dihasilkan dengan begitu jujur oleh penulisnya..dan disampaikan dengan penuh jiwa oleh Teja..orang kata, sesuatu yang dibuat dengan penuh keikhlasan akan meninggalkan kesan yang bukan sedikit..ada benarnya..dan mungkin ini kebenarannya...

korang semua rasa macam mana?




Tuesday, February 8, 2011

aku........Pasar Karat JB...


cuti raya cina yang lepas, aku balik JB.. cium tangan orang tua.. jumpa member-member lama..

Jumaat malam (4/2/11), aku amik kesempatan untuk menjengah Pasar Karat yang terletak ditengah-tengah Bandaraya JB... Pasar Karat?

sebenarnya Pasar Karat (PK) ni dah lama gak beroperasi.. tapi sebab aku ni kurang kerap balik JB, maka ni la kali pertama aku pergi.. bila sebut PK, orang akan terbayangkan sebuah pasar yang menjual barang-barang lama dan antik.. tapi tak sebenarnya.. PK ni lebih kurang macam Uptown konsepnya.. terletak berhampiran Jalan Dobi (ehemm..ehemm...jangan pikir lain pulak), aku menjengah PK ni dengan ditemani 2 orang kawan sekampung, Ude dan Shihan..

mungkin sebab aku dah biasa dengan persekitaran Uptown masa duk di Lembah Klang, maka aku rasa biasa-biasa je PK ni.. tapi rasa 'happening' tu tetap ada.. mungkin sebab kat tempat sendiri kot..'soul' JB begitu syahdu dirasakan.. ;)

tapi ada satu benda yang buat aku pelik masa jalan-jalan kat sini.. huuuu... awek-awek yang ada kat sini punyalah comel-comel.. bukan setakat yang datang jalan-jalan je tau.. yang berniaga pun sama.. peh! gangguan visual gak la.. lari fokus nak belek-belek barang... hehehehe... (konfem ada yang berleter lepas baca entry ni... ;) )

tapi sebab aku cuma ada kamera handphone je, maka tak dapat la aku buktikan statement diatas... hehehe...

lepas puas berjalan, kami lepak pula kat BBU..pekena sup kambing kat Osman...peh...panasssss....



lebih kurang 3 am, baru balik..rehat...

apa-apa pun, JB tetap dihati... :)

Wednesday, February 2, 2011

wajib menjaga diri sendiri........

salam...

Kosmo online hari ni memaparkan berita pelajar yang trauma akibat dicabul...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm

dipetik, pelajar ni tengah joging..sebelum orang gila entah dari mana datang dan mencabul beliau...

kesian..sekarang ni nak joging pun dah tak selamat..dalam kawasan universiti pun boleh kena..macam mana kita nak jalani hidup sihat..nak salahkan pihak berkuasa pun tak boleh..bukan boleh jaga semua kawasan pun..jadi macam mana tu?

maknanya kat sini, kita kena berusaha untuk jaga diri sendiri..tak boleh nak bergantung harap pada orang lain..tak boleh nak harapkan ayah, abang, adik, pakwe...aku tak tau la macam mana latarbelakang awek yang kena cabul ni..tapi rasanya kalau dia ada belajar seni mempertahankan diri, insyaAllah dia boleh jaga diri dia..

aku cakap macam ni sebab ilmu beladiri yang bagus (ada keberkatan berguru) ditambah pula dengan niat kita belajar tu memang nak menjaga diri, insyaAllah....bantuan akan tiba... :)

kat Malaysia ni beribu seni mempertahankan diri ada..pilih je mana yang sesuai dan anda rasa efektif dan efisyen..usaha kena ada..tak boleh nak berserah je..tak berapa sesuai konsep berserah tanpa usaha ni..belajar sungguh-sungguh..bila jadi apa-apa, apply apa yang anda belajar tu dan berserah pada Dia..tawakkal..sebab nak selamat atau tak tu bukan kerja kita..semua Dia yang tentukan..kalau Dia nak bagi selamat, alhamdulillah syukur..kalau tak berapa nak selamat, anggap tu semua ujian dan ada hikmah yang Dia suruh renungkan...yang penting kita usaha..bukan berserah tak tentu hala... :)

jadi dikesempatan ni, aku menyeru kepada semua (terutamanya kaum hawa yang lemah lembut) agar menyahut cabaran untuk mulakan langkah belajar seni mempertahankan diri...penjagaan diri bukan bermula dengan Maybelline, SK II mahupun Pantenne..tapi bermula dengan belajar seni beladiri... ;)


so..apa lagi...JOM SILAT......CEKAK HANAFI.....

p/s : kaum adam pun sama..jangan ingat kita semulajadi kuat, so tak payah belajar... :)

Tuesday, February 1, 2011

aku..............sakit lutut...

seminggu, 4 - 5 kali bersukan mengerah penggunaan lutut...akhirnya lutut dan kawasan sekitarnya jadi sakit...ni lah yang aku rasa sekarang..sampai nak berjalan pun susah...

sesiapa yang tau mana-mana orang yang pandai mengurut (urut betul tau..bukan urut main-main), tolong la bagitau ye..dah makin sakit dah ni..duduk pun sakit...


gambar hiasan semata-mata ;)