Sepanjang kehidupan aku, Maulidur Rasul sememangnya sesuatu yang istimewa..ini kerana semenjak dibangku sekolah, setiap tahun tarikh keramat ini akan disambut oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia..termasuk diperingkat sekolah-sekolah.. dalam setiap majlis sambutan Maulidur Rasul ini, bagaikan tidak lengkap jika tidak ada persembahan nasyid yang menceritakan tentang Kekasih Ilahi ini..
Aku dan nasyid sememangnya tidak dapat dipisahkan.. nasyid merupakan satu genre muzik yang mengungsi sebahagian besar kehidupan aku..seingat aku, paling awal sekali ialah semenjak aku dalam darjah 2 (Sek. Keb. Felda Serting 3) , aku dah mula bernasyid..masa tu lagu-lagu seperti Di Pondok Kecil, Sephon Kayu dan Ibu Mithali merupakan lagu yang menjadi pilihan kami..
Bila aku dan keluarga berpindah ke Johor Bahru, aku meneruskan penglibatan dalam persembahan nasyid..yang menariknya, jodoh aku dengan nasyid ni sangat kuat..kadang-kadang aku sengaja tak nak pergi bila ada pemilihan ataupun ujibakat..tapi penghujungnya, aku tetap dapat..samada kawan-kawan yang bagi nama, ataupun cikgu dapat tahu..(dulu aku tak faham macam mana cikgu boleh tahu kebolehan anak-anak murid dia..sekarang baru faham..itulah keistimewaan naluri seorang guru yang hakiki)
Masuk alam sekolah menengah, nafsu untuk bernasyid semakin membuak..sering aku dan sahabat-sahabat yang sama minat mengambil inisiatif sendiri untuk menubuhkan kumpulan nasyid..sehinggalah pada tahun 1998 sewaktu aku bersekolah di Sek. Men. Keb. Kempas...sekolah ni sekolah baru..kami yang berada dalam tingkatan 4 merupakan pelajar perintis pada waktu itu..seperti biasa, aku memang tidak membuang masa untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid..hasrat kami disokong sepenuhnya oleh para guru di SMKK..aku tak mungkin dapat melupakan nama-nama seperti Ustazah Farah Sofea (guru penasihat kumpulan aku), Cikgu Muhammad Ali, Cikgu Wizana, Cikgu Azni, Cikgu Nurul Huda, Cikgu Rahman dan juga pengetua SMKK, Cikgu Wahid..mereka inilah yang banyak memberi dorongan dan semangat pada kumpulan aku..malahan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit menghantar kami jika ada jemputan persembahan di tempat yang agak jauh...terima kasih cikgu-cikgu semua..hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian...
Kami namakan kumpulan ini sebagai Al-Falah..bermula dengan persembahan di dalam sekolah sahaja, Al-Falah semakin dikenali sehingga sering mendapat jemputan dari pihak luar..bukan sahaja dari sekolah-sekolah lain, malahan hingga ke peringkat negeri..jangan terkejut kalau aku kata, kami pernah buat persembahan di depan Kerabat Diraja Johor..heheheh...kenal Munif Ahmad, vokalis kumpulan Hijjaz tu? Semasa majlis pernikahan beliau, kami turut diundang untuk membuat persembahan..sayangnya ketika aku menulis artikel ni, gambar-gambar kenangan ni semua tak ada dengan aku..kalau tak, boleh upload..hehehehe...
Banyak kenangan manis semasa ini..antaranya aku takkan lupa bagaimana ketika kami sampai disebuah sekolah untuk membuat persembahan sempena Maulidur Rasul, pelajar sekolah tu memandang kami dengan pandangan yang negatif..diorang tak suka kot..ntah budak sekolah mana ntah datang sibuk-sibuk nak buat persembahan..hehehehe...tapi yang kelakarnya, bila kami mula je persembahan, berebut-rebut lak diorang amik gambar..siap bagi standing ovation lagi..hahahahah...
Masuk UiTM, aku teruskan bernasyid.. aku sempat menganggotai 2 kumpulan..yang pertama adalah Variasi..ini adalah kumpulan nasyid UiTM..kami sempat menghasilkan sebuah single yang berjudul Abu Bakar.. setelah Variasi tak lagi aktif (bila ada yang grad dan keluar dari UiTM), aku join pula kumpulan I.N.U (Islamic Neo Ummah)..INU ni gabungan studen dari beberapa IPT seperti UiTM, UKM dan Unitar..
INU merupakan platform terakhir aku bernasyid..lepas grad dan bekerja, aku tak lagi bernasyid..sebab semua dah sibuk dengan komitmen masing-masing..sukar untuk kami kembali fokus seperti dulu..sampai sekarang, hanya gambar dan sedikit video yang sempat dirakamkan je menjadi pengubat rindu..
serius, aku rindu untuk bernasyid..pada aku, jika diamalkan dengan betul, nasyid merupakan sebuah genre muzik yang halus, tenang dan jujur..ianya bukan sahaja hiburan, malah elemen pendidikan dan perkongsian ilmu yang ada didalamnya sangat besar dan bermanfaat..jika tidak, masakan ramai yang memeluk Islam sewaktu Raihan meletup dengan Puji-Pujian dahulu...
tapi sayangnya...dalam mengikuti arus perubahan zaman, nasyid juga sukar untuk bertahan..penggiat nasyid mula sedikit demi sedikit mengabaikan elemen-elemen perjuangan dan kesederhanaan yang ada dalam nasyid..bila nasyid dijalankan atas nama keuntungan, maka rosaklah ia..kawan boleh jadi lawan..
nasyid semakin tidak bererti apabila dengan secara ghairahnya industri ini berlumba-lumba disertai oleh golongan muda..minta maaf...aku sangat tidak berkenan dengan sebilangan kumpulan nasyid yang terdiri dari anak muda..sebab pada aku, mereka hanya menggunakan nasyid untuk glamour, untuk terkenal, untuk mendapatkan income serta kerana minat sahaja (sedangkan nasyid perlu ada matlamat dan perjuangan..bukan minat sahaja)...tak nampak hala tuju pun.. lagu-lagu yang dihasilkan sedap, tapi tak menangkap dijiwa..golongan muda ini selesa dibuai gelaran penyanyi nasyid..namun, dalam masa yang sama, mereka gagal dan terlupa bahawa gelaran itu sangat mahal harganya..gelaran dan peribadi mereka harus seiring..malah ada yang sekadar mempergunakan bidang nasyid ini untuk sesuatu tujuan yang lain..maka banyaklah yang dapat aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri..(maaf..aku tak tergamak nak cerita secara terperinci apa kepincangan yang berlaku pada golongan ini)...
sekarang pun kita dapat melihat beberapa penasyid yang seolah-olah keliru dengan hala tuju mereka..kejap nasyid..kejap pop..kejap hip hop..kejap R&B..sekejap pakai kopiah..kejap hilang kopiah tu..macam mana tu?
Atas sebab inilah, aku menolak beberapa tawaran untuk menjadi penyanyi nasyid dan merakamkan album swaktu di UiTM dulu..ini kerana setelah menilai diri dan melihat contoh yang berlaku di depan mata, aku membuat keputusan bahawa peribadi aku tak layak untuk bergelar penyanyi nasyid..aku tak cukup baik untuk menjadi contoh kepada orang lain..biarlah orang menggelar aku sebagai bukan penasyid sejati..biarlah orang menggelar aku sekadar minat menyanyi lagu nasyid..tak mengapa..aku rela dan lebih senang begitu..untuk berlindung disebalik kopiah dan lagu-lagu nasyid yang didendangkan baik di khalayak ramai mahupun di kaca TV, namun disebalik semua itu, keperibadian sebenar ibarat jauh panggang dari api.... itu bukan aku.............
Aku hanya minat menyanyi lagu nasyid...dan sehingga kini, lagu nasyid tetap bergema di jiwa aku..
2 comments:
utk sy, antara lagu nasyid yg diminati adalah 'wanita' kumpulan di hearty versi piano...... dari dulu sampai skrg mmg tak pernah jemu dgr... sentiasa tersentuh...... huu
hehehehe...kumpulan d hearty memang sedap lagu-lagu dan vokal diorang...
Post a Comment