Wednesday, February 2, 2011

wajib menjaga diri sendiri........

salam...

Kosmo online hari ni memaparkan berita pelajar yang trauma akibat dicabul...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm

dipetik, pelajar ni tengah joging..sebelum orang gila entah dari mana datang dan mencabul beliau...

kesian..sekarang ni nak joging pun dah tak selamat..dalam kawasan universiti pun boleh kena..macam mana kita nak jalani hidup sihat..nak salahkan pihak berkuasa pun tak boleh..bukan boleh jaga semua kawasan pun..jadi macam mana tu?

maknanya kat sini, kita kena berusaha untuk jaga diri sendiri..tak boleh nak bergantung harap pada orang lain..tak boleh nak harapkan ayah, abang, adik, pakwe...aku tak tau la macam mana latarbelakang awek yang kena cabul ni..tapi rasanya kalau dia ada belajar seni mempertahankan diri, insyaAllah dia boleh jaga diri dia..

aku cakap macam ni sebab ilmu beladiri yang bagus (ada keberkatan berguru) ditambah pula dengan niat kita belajar tu memang nak menjaga diri, insyaAllah....bantuan akan tiba... :)

kat Malaysia ni beribu seni mempertahankan diri ada..pilih je mana yang sesuai dan anda rasa efektif dan efisyen..usaha kena ada..tak boleh nak berserah je..tak berapa sesuai konsep berserah tanpa usaha ni..belajar sungguh-sungguh..bila jadi apa-apa, apply apa yang anda belajar tu dan berserah pada Dia..tawakkal..sebab nak selamat atau tak tu bukan kerja kita..semua Dia yang tentukan..kalau Dia nak bagi selamat, alhamdulillah syukur..kalau tak berapa nak selamat, anggap tu semua ujian dan ada hikmah yang Dia suruh renungkan...yang penting kita usaha..bukan berserah tak tentu hala... :)

jadi dikesempatan ni, aku menyeru kepada semua (terutamanya kaum hawa yang lemah lembut) agar menyahut cabaran untuk mulakan langkah belajar seni mempertahankan diri...penjagaan diri bukan bermula dengan Maybelline, SK II mahupun Pantenne..tapi bermula dengan belajar seni beladiri... ;)


so..apa lagi...JOM SILAT......CEKAK HANAFI.....

p/s : kaum adam pun sama..jangan ingat kita semulajadi kuat, so tak payah belajar... :)

2 comments:

Anonymous said...

ngeh..ngeh.. :-P

Anonymous said...

sempat promote tu