Saturday, February 12, 2011

kau yang tak mengerti........

aku merupakan antara peminat-peminat tegar lagu-lagu Melayu..tak kiralah lagu asli ke, rock kapak ke apa ke..memang jadi pilihan aku..lagu Melayu yang aku maksudkan kat sini adalah dari zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee hinggalah era 90an..

kenapa sampai era 90an je? sebab pada pendapat aku, lagu-lagu Melayu selepas tu seolah-olah hilang auranya..tak berapa menangkap telinga..tak evergreen..ada yang bagus, bukan tak ada..tapi tak sehebat sebelum-sebelum tu..banyak lagi la yang kurang..bukan aku nak menafikan kreativiti atau karya seni orang lain..siapalah aku..cuma ianya sekadar pendapat peribadi aku bila menyentuh mengenai minat dan citarasa masing-masing..

dalam banyak-banyak lagu, melalui entry ni aku nak berkongsi minat aku tentang satu lagu yang pada aku cukup sedap melodinya..cukup sempoi pembawaannya..dan cukup syahdu liriknya..lagu yang aku maksudkan ialah Kau Yang Tak Mengerti dari kumpulan Teja..

Sayangku sungguh pedihnya hati ini
Bila ku mengenang dirimu
Membuat diri aku terguris pilu
Bagai ditusuk sembilu pilu

korus
Kekasih engkau yang satu
Sumber ilhamku waktu dahulu
Dirimu amat kuperlu
Untuk mengisi kamar hatiku

Masihkah kau berjauh diri
Dari sisi diriku ini
Kau pergi bukan ku benci
Kau yang tak mengerti

Membuat kucari-cari
Jalan manakah pun ku tak pasti
Dirimu tetap kunanti
Andai kau kembali

Apa yang kulukiskan dalam hatimu
Semuanya telah engkau sisihkan


amacam? best kan? kalau tak silap aku dah mula tangkap cintan dengan lagu ni masa umur aku 10 tahun (kalau tak silap la)...cuma masa tu kecik lagi, so tak berapa nak ingat tajuk dan penyanyinya...

tak perlu dikupas lirik ni pun kita boleh faham apa maksudnya..boleh dikatakan sesuatu yang sangat menyedihkan bila orang lain membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman pada kita tanpa mengetahui apa sebab sebenarnya..ataupun tanpa dapat mengerti apa yang tersirat dihati kita..lebih kurang macam tu lah...

rangkap selepas korus hingga akhir lirik ni, cukup-cukup menyentuh perasaan pada aku..sampaikan boleh kata hampir setiap hari lirik ni secara automatiknya akan aku nyanyikan..aku pun tak tau kenapa..puas gak aku fikir..serius..memang lain macam sungguh penangan lagu ni pada aku..

last sekali aku buat rumusan, mungkin sebab lirik ni dihasilkan dengan begitu jujur oleh penulisnya..dan disampaikan dengan penuh jiwa oleh Teja..orang kata, sesuatu yang dibuat dengan penuh keikhlasan akan meninggalkan kesan yang bukan sedikit..ada benarnya..dan mungkin ini kebenarannya...

korang semua rasa macam mana?




1 comment:

mr.G said...

kalo ko 10 thn,aku x lhr lglar maknanya..haha
gila tragis lirik..sedih bai