Thursday, July 26, 2012
Tanda Akhir Zaman Dalam Pembikinan
Wednesday, July 18, 2012
10 penyanyi lelaki terbaik Malaysia sepanjang zaman... bila yang layak berbicara
10 Penyanyi Lelaki Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman
Tuesday, July 17, 2012
aku.....Jamal Abdillah (2)

Thursday, June 7, 2012
Orville Si Kucing Terbang
Wednesday, June 6, 2012
Al-Rajhi : Jutawan Yang Miskin...
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia.
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.”
Saturday, April 7, 2012
aku.......Aidilfitri SMART 2011
ini adalah video persembahan akustik bersama dua orang studen aku, Genji dan Loh. kedua-duanya berbakat besar bermain gitar. kami menyanyikan lagu-lagu raya.
kredit juga untuk rakan sekerja aku, En Saifol yang merakam persembahan kami ni dengan handphone. video ini adalah hasil rakaman beliau. terima kasih.
layan........
p/s : maaf kualiti video agak rendah..terpaksa compress kaw-kaw punya..kalau tak mau sebulan nak upload.. ;)
Monday, March 5, 2012
Cerita Yang Sangat Seram......
Cerita ini mengisahkan tentang Nazri yang pergi menziarahi datuk jirannya yang meninggal dunia kerana sakit tua. Semasa bacaan surah Yassin, tiada apa yang aneh berlaku sehinggalah memandikan mayat arwah. Ketika hendak mengkafankan arwah, salah seorang anak arwah menghulurkan kain kafan berwarna kuning.
Orang ramai menjadi hairan. Selalunya kain kafan berwarna putih. Apabila ditanya, anak arwah berkata sebelum arwah meninggal dunia, arwah pernah berpesan supaya apabila arwah meninggal dunia, arwah mesti dikafankan dengan kain berwarna kuning. Apabila ditanya, arwah menjadi marah dan berkata kepada anaknya jangan banyak tanya da buat apa sahaja yang disuruh.
Selesai arwah dikebumikan, seperti biasa mereka mengadakan majlis tahlil pada malam tersebut. Apabila selesai majlis tahlil, tuan rumah menyediakan sedikit hidangan. Ketika orang ramai sedang asyik menjamah hidangan, tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat sekali. Yang peliknya pintu rumah tidak ditutup. Oleh kerana Nazri duduk berhampiran pintu, dia menjengah keluar. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat arwah datuk jirannya itu berada di depan rumah dengan berpakaian kain kafan berwarna kuning dengan kesan tanah kubur!!!
Semua orang yang sedang makan tergamam dan kaku. Arwah masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik air. Arwah keluar seperti baru lepas mandi dan terus ke dapur dan terus makan seperti orang yang tidak makan selama seminggu. Semua orang yang berada di dalam rumah hanya terdiam dan kaku seperti dipukau. Setelah habis makan, arwah terus masuk ke dalam bilik. Sebelum masuk ke bilik, sambil tersenyum arwah sempat menegur salah seorang anaknya, “kenapa ramai sangat orang dalam rumah? Jom teman ayah tidur...”
Apabila arwah masuk ke dalam bilik, semua orang yang berada dalam rumah tersebut termasuk anak-anak arwah terus berlari keluar.................
seram tak? ke lawak?










