Wednesday, January 26, 2011
aku.......Jamal Abdillah (1)
ayat yang sering kawan-kawan ucapkan.. "Lan dengan Jamal Abdillah memang tak dapat dipisahkan"... err...maksudnya bukanlah dari segi hubungan atau yang seumpama dengannya..tapi ia bermaksud kegilaan@minat aku yang gila dahsyat pada penyanyi yang dahsyat ni...hehehehe...
ada sebilangan kawan yang tau atau aku pernah cerita bagaimana aku boleh minat sangat-sangat pada Jamal ni..so entry kali ni, aku nak kongsi dengan anda semua detik awal bagaimana semua ni bermula...
seingat aku, dari kecik lagi semenjak dah pandai dengar dan ikut-ikut menyanyi sesebuah lagu, aku dah mula dengar lagu Jamal..semuanya disebabkan pengaruh dari abang aku..aku dengan abang aku ni jarak umur agak jauh..7 tahun..so masa aku kecik (dalam 5 - 6 tahun lebih kurang la), abang aku ni dah besar..dah remaja..abang aku ni memang dah minat gila kat Jamal masa tu..so dalam van masa jalan-jalan dengan keluarg, dia akan mainkan kaset-kaset Jamal yang dia ada..dari situlah aku disogokkan dengan lagu-lagu Jamal..
nak dijadikan cerita masa aku sekolah tadika (aku tadika kat Serting, Negeri Sembilan).. hari pertama tu macam biasalah mak ayah akan hantar dan biasanya akan stay tengok kita..so emak aku la yang temankan aku masa tu (terima kasih emak)...so lepas sarapan (tak silap aku biskut..air apa aku lupa dah), sesi persekolahan dimulakan dengan sesi suai kenal..aku ingat lagi nama cikgu masa tu..Cikgu Syamsuri (cikgu perempuan tau)..sorang cikgu lagi aku tak ingat nama (maaf cikgu)... semua murid dikehendaki pergi kedepan, kenalkan nama sendiri dan nama mak ayah.. yang paling buat semua budak-budak macam nak lari keluar ikut tingkap ialah bila sorang-sorang kena buat persembahan nyanyian..hahahahaha....
so sesi tersebut pun dimulakan..seorang demi seorang..seingat aku, agak ramai juga la murid masa tu..yang kelakarnya, semua bantai nyanyi lagu Negaraku dan lagu rasmi Negeri Sembilan..sampai ada yang meraung melalak bila cikgu suruh nyanyi lagu lain.. "tak nakkkkkk....nak lagu Negaraku gakkkkk"...hahahahaha...
sampailah giliran aku..
Cikgu : ok..siapa nama adik?
Aku : nama saya Razlan..
Cikgu : nama emak?
Aku : nama emak saya Hamidah..
Cikgu : nama ayah?
Aku : nama ayah saya Ab Razak..
Cikgu : ok..Razlan nak nyanyi lagu apa?
Aku : (dengan selamba dan konfidennya menjawab) - saya nak nyanyi lagu Jamal Abdillah, Perjalananku...
Cikgu : hah?! betul ke?
Aku : (masih dengan selamba dan konfidennya menjawab) - betul cikgu..
Cikgu : ok cuba nyanyi...
aku pun nyanyilah lagu tu dari mula sampai habis..habis je, semua orang tepuk tangan..sempat gak aku pandang emak kat luar kelas..emak senyum je...tiba-tiba cikgu cakap...
"boleh nyanyi lagi sekali tak?"....hahahahahahaha....
masa tu budak lagi kan..tak pikir apa pun..selamba je lah..cuba sekarang..mau berpeluh-peluh menitik sampai tapak kaki...
so dari itulah aku menjadi peminat fanatik Jamal Abdillah...mula-mula tu memang sebab ikut-ikut abang je la..lama kelamaan bila dah besar sikit, dah boleh berfikir dan menilai, aku buat keputusan sendiri..memang tak salah aku jadi peminat Jamal..sebab bila kita bercerita dari segi bakat@suara, memang dia lah yang terbaik kat Malaysia ni..malah pada aku, dia antara penyanyi lelaki terbaik di dunia...minta maaf jika ada yang tak setuju..ni pendapat peribadi aku.. (ada masa nanti aku akan kongsi sebab mengapa aku berpendapat begini)
so sejak dari itu jugalah, kemana saja aku pergi, title sebagai peminat setia Jamal Abdillah tu aku bawa..lagu-lagu dendangannya menjadi pilihan..suaranya yang serba lengkap menjadi santapan bukan saja telinga, malahan jasmani dan rohani aku setiap hari..dek kerana minat ni jugalah, aku hafal SEMUA lagu-lagu Jamal...(aku berani kerat jari la, Jamal sendiri tak hafal semua lagu dia...hehehehehe... ;) )
kerana bakatnya yang luar biasa inilah, aku berani menyatakan bahawa suara emas Jamal ni bukan Allah bagi.....tapi Allah 'kurnia"...aku sangat yakin akan ini... :)
p/s : cukup setakat ni..banyak lagi yang aku nak kongsi pasal Jamal ni..nantilah..bab demi bab akan menyusul..hehehehe...maaf jika entry yang panjang ini tidak menarik minat anda@membosankan..tapi aku tidak dapat membuang rasa yang cukup mengujakan ini bila bercakap pasal insan bernama Jamal Abdillah ni... :)
sebagai penutup,aku letak lagu Jamal pertama aku nyanyikan di khalayak ramai..hehehehe... ;)
Tuesday, January 25, 2011
lelaki........air mata.....
kata mereka...lelaki tak boleh menangis...kalau menangis, jatuhlah harga diri lelaki itu..
kata mereka lagi..lelaki tak boleh menangis...kalau menangis, ego lelaki itu akan jatuh serendah rumput di bumi..
kata mereka lagi..lelaki tak boleh menangis..kalau menangis, lelaki itu tak layak menjadi pemimpin...
mereka berkata lagi..lelaki tak boleh menangis..kalau menangis, lelaki itu dianggap lemah...
NAMUN....
sepanjang usia aku, aku melihat ramai lelaki yang menangis...
menangis kerana kesempitan wang untuk menyara keluarganya...
menangis kerana wanita yang dicintainya sesungguh hati tidak ditakdirkan menjadi miliknya...
menangis kerana mengapa sukar dia bertemu insan untuk berkongsi hidup, sedangkan dia sangat tulus untuk menyempurnakan sebahagian imannya...
menangis memikirkan tentang adakah sudah cukup pengorbanan yang dilakukan untuk sahabatnya...
yang nyata...ramai lelaki hebat yang aku temui dalam hidup ini pernah menangis...airmata mereka jatuh bukan berpura-pura..bukan untuk memperdaya..tapi airmata mereka gugur kerana rasa tanggungjawab..kerana rasa kasih,sayang dan cinta...airmata mereka bukan sekadar jatuh ke pipi..tapi turut jatuh ke hati..
dan semua itu tak pernah sedikit pun mengurangkan kehebatan mereka..secebis pun tidak menggugat martabat mereka..malah langsung tidak merendahkan makam mereka..
lelaki-lelaki itu tetap hebat...

Monday, January 24, 2011
aku........Balada Seorang Ina...
tahun 2007..bulan Ramadhan..masa tu aku tengah layan bola kat rumah..masuk panggilan dari bos department aku, Abg Syahril..
AS : Lan..kat mana?
Aku : rumah bang..kenapa?
AS : kau datang ofis sekarang..urgent..
Aku : ok...
aku dah berdebar dah..apa pulak yang tak kena ni..(masa kerja production dulu,dapat je call dari bos, memang dah tak selera nak makan dah..hehehe...)
sampai ofis..aku terus masuk bilik Abg Syahril..dalam bilik tu ada seorang lagi member sekerja, Fazlan..si Fazlan ni duk pegang gitar..
AS : kau amik lirik ni..kau dengar Fazlan mainkan melodi dia..aku nak kau nyanyi lagu ni..ni untuk program baru kita...
laaaaa...suruh aku menyanyi rupanya..aku ingat apa sangat la yang urgent tu..ok lah..no problem..aku pun dengar la Fazlan plucking gitar dia..lepas tu aku try catch up ..rupanya sebelum tu,diorang dah record guna handphone..so aku bluetooth, balik aku dengar sendiri kat rumah..
esoknya, aku berlatih lagi lagu tu dengan sorang lagi member ofis, Abg Ayie..tengahari, bos besar, Abg Zainal panggil..
AZ : kau dah boleh nyanyi belum?
Aku : boleh la sikit-sikit bos..
Abg Zainal pun suruh aku nyanyi..dia kata ok..lepas tu, satu lagi kejutan...
AZ : Kau pegi record kejap kat bilik dubbing bawah tu..burn CD..pastu aku nak kau pergi jumpa Umarul Iklim..dia akan buat arrangement lagu ni...
alamakkk...Umarul Iklim? otai tu..matilah aku..tapi dah bos suruh,nak tak nak kena buat juga..aku pun pergi record..lepas tu,aku dengan Fazlan pegi King Studio kat PJ..jumpa Umarul...
sampai King studio...Umarul tengah conduct satu recording..aku brief la tentang lagu tu kat dia..lepas tu aku pass CD yang aku dah record tu..
Umarul : ok..bagi aku study dulu lagu ni..kau ke yang nyanyi ni?
Aku : ye bang..Abg Zainal suruh saya..(bos besar aku dengan Umarul ni member sebenarnya)
Umarul : ok..nanti apa-apa hal aku contact kau..
aku pun balik..masa ni lagi aku dah berdebar-debar..
2 3 hari lepas tu, Umarul call aku..
Umarul : malam ni kau free? kita buat recording..
Aku : boleh bang..pukul berapa?
Umarul : lepas terawih la..
Aku : ok bang..jumpa nanti..
so malam tu, aku dengan member serumah aku, Jas, pergi King Studio..aku dah tak keruan dah masa ni..maklum la..selalu nyanyi masa karok je..ni nak buat recording..arranger lak otai muzik kat Malaysia..record kat studio yang tahap legend lak tu (untuk pengetahuan, King Studio ni adalah studio yang wajib didatangi oleh kebanyakan rockers kat Malaysia ni..)
maka bermulalah proses rakaman..Umarul buat arrangement muzik dulu..track by track..dah siap, barulah aku masukkan vokal..peh, susah rupanya menyanyi ni..masak gak la aku kena dengan Umarul..tu pun aku rasa dia lebih kurang lagi tu (yelah..orang takde pengalaman langsung)..kalau betul-betul ikut standard dia, teruk aku kena bubuh agaknya..
aku tak ingat berapa jam proses aku masukkan vokal tu..tapi lama gak la..sedar tak sedar, dah nak habis waktu sahur dah..siap semua, aku dengan Jas berebut-rebut pergi sahur..lepas tu kami balik..
2 3 hari lepas tu, Umarul contact aku suruh datang amik master copy..lagu dah siap..aku pun pergi amik dengan Fazlan..so, inilah hasilnya..anda boleh tengok kat bawah..tapi yang ni dah siap dengan klip video..nanti ada masa, aku kongsi cerita pengalaman buat klip video ni pula..
lagu ni merupakan lagu tema untuk sebuah dokumentari realiti yang diterbitkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama FM Production (ASTRO content provider)..lagu dicipta oleh En Syahril Kadir dan lirik oleh En Zainal Rashid Ahmad..dokumentari ni diarahkan oleh En Syirfan Indra Mitra Surya Hussein...
itulah sedikit sebanyak yang ingin aku kongsikan dengan pembaca semua..inilah kali pertama aku recording lagu (recording in a proper way la bak kata orang putih)...dan lebih manis, nama aku tercetak sebagai penyanyi asal lagu ni..Balada Seorang Ina - Razlan.... :)

Sunday, January 23, 2011
Arsenal 3 - 0 Wigan
tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat team yang disokong bermain dengan penuh semangat dan penuh gaya..cukup tertib beautiful football yang dipamerkan...
3 gol dari antara player kegemaran aku, Robin Van Persie cukup untuk mengutip 3 mata penuh di stadium yang serba indah itu..takpelah miss penalti tu..Alan Shearer dewa penalti tu pun pernah miss gak..yang penting, RVP dah kembali menunjukkan ketajaman penyudahnya..(jangan la kau injured lak lepas ni)...
secara keseluruhan, pasukan menunjukkan komitmen dan teamwork yang cukup mantap..dari keeper membawa ke penyerang..semua bersatu hati untuk menggapai kemenangan...
In Arsene We Trust!
Saturday, January 22, 2011
lidah Melayu
masa bersembang dengan beberapa orang member dulu, kami pernah menyentuh isu tentang kelebihan yang dimiliki oleh orang Melayu berbanding bangsa lain..kelebihan yang dimaksudkan ialah tentang lidah..LIDAH? ye..lidah...
aku suka menegaskan bahawa lidah orang Melayu ni memang special...antara sebabnya aku cakap camni adalah yang pertama kalau kita perhatikan, orang Melayu mudah benar meniru/mengasimilasikan loghat atau dialek yang diungkapkan oleh bangsa lain..aku rasa majoriti camtu..jumpa orang Cina, kita cakap pun dah teriku-ikut style diorang..macam tu juga kalau bersembang dengan orang India..sikit sebanyak,mesti telor percakapan diorang kita akan terbuat sama..
walaupun pada sesetengah orang, benda ni satu yang negatif (takde jatidiri diorang kata), tapi bagi aku ianya lebih menunjukkan kelebihan orang Melayu untuk 'adapt' dengan persekitaran dia..pada aku ia bukan alasan untuk kita mempertikaikan tentang jatidiri dalam bab ini..
faktor yang kedua pada perspektif aku ialah apabila kita menyentuh bab seni suara..samada korang perasan atau tak, orang Melayu ni dikurniakan lebih kelebihan untuk menyanyi dalam bahasa asing..walaupun dari segi sebutan tu mungkin tak berapa tepat, tapi orang Melayu boleh menyanyikan lagu dalam bahasa-bahasa lain dengan bagus..tak kira la lagu orang putih ke, hindi ke, latin ke..boleh memang boleh..tapi cuba bangsa lain tu nyanyi lagu Melayu..lain beb! kita dengar orang putih cakap bahasa Melayu pun kita dah boleh gelak.. sapa yang tak kenal Lata Manggeshkar..penyanyi wanita yang dilabel sebagai lagenda di Bollywood..aku cukup minat dengan suara dia..tapi pernah dengar dia nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah (lagu dangdut tu)? sorry to say..kelakar beb..bab sebutan la..bab lain memang class..tapi cuba suruh Siti Nurhaliza nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai..aku yakin lebih bagus dari Lata nyanyi lagu Melayu..
dan sebab ini jugalah, selalu sangat Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, qari dan qariah dari Malaysia sapu kejuaraan...ditambah pula dengan kelebihan kita dalam melagukan sesuatu bacaan tu..sampai orang Arab pun kagum..nak buat camane..dah Dia memang bagi kurnia tang situ..alhamdulillah... :)

orang putih....dan sambal
minggu lepas (tak ingat berapa hb), aku dengan ofismate (zamri,ab dan abg saifol) pergi makan tengahari kat Kafe Desa Baru..kami duduk dekat meja yang ada 6 kerusi (tu je meja yang ada..yang lain semua penuh)...
tengah sedap makan, ada 1 group lelaki ni datang..2 daripadanya adalah mat saleh..Zamri yang dah habis makan masa tu,dengan penuh semangat 1 Malaysia bangun dan memisahkan meja yang kami duduk makan dengan meja yang kosong tu supaya group tu dapat duduk...bagus budak Zam ni..
masa diorang tengah makan, aku perhatikan mat saleh ni..dua-dua makan nasi putih dengan sambal ayam..aku ckp dlm hati,bagus mat saleh ni boleh tahan pedas..sebab masa tu diorang makan selamba je...
tapi rupanya kejap je..tak lama lepas tu, dua-dua da mula berpeluh..siap berkipas lagi..muka masing-masing dah merah padam...hehehehehe...tersengih-sengih..kawan diorang yang lain tu pn dah gelak-gelakkan..lastly aku tengok,tak abis pun diorang makan..
tapi at least diorang berani la cuba makanan Melayu..memang da budaya diorang mcm tu kan..belasah je semua... ;)

Thursday, January 20, 2011
once a Gunners..always a Gunners.....
sesiapa yang rapat dengan aku,mesti faham betapa gilanya aku pada bolasepak & futsal..kalau dalam seminggu tu tak sepak bola,memang sangap dibuatnya...sama gak kalau tengok game bola..sampai mak aku pun geleng kepala bila dia terjaga kul 4 atau 5 pagi, aku duk terkebil-kebil depan tv tengok bola...hehehehe...nak buat camane mak..
so kalau dah minat bola, of course akan ada team samada negara atau kelab yang jadi pojaan hati kita..sama mcm lelaki yang lain,aku tak terlepas dalam hal ni..Arsenal FC adalah kelab pilihan aku..
ramai gak yang tanya,nape Arsenal? so kat sini biar aku ceritakan kenapa Arsenal yang aku pilih....
dari kecik sampai besar, actually takde kelab yang jadi pilihan aku..aku layan semua..membawa sampailah aku besar,masuk UiTM bagai, still takde team yang mampu membuat aku jadi loyal fan..tapi masa ni,aku dah mula sikit demi sikit tertarik pada Arsenal..kenapa?sebab aku jatuh cinta pada gaya permainan bolasepak yang mereka tampilkan..cukup berseni la pada aku..beautiful football bak kata orang putih..inilah yang membuatkan akhirnya aku memilih untuk menjadi peminat setia Arsenal...permainan bolasepak yang cantik...
sehinggalah season 2003-2004 EPL, aku rasa memang tak silap aku memilih untuk bersama Arsenal..season ni bukan saja mereka bergelar champion, malahan mencatat rekod dan sejarah yang sangat-sangat-sangat gemilang yang belum mampu diatasi oleh mana-mana kelab sehingga kini..nak tau rekod apa? mengharungi keseluruhan kempen (38 perlawanan) tanpa kalah! huhuhu...gempak beb!
masa ni semua peminat Arsenal memang sangat berpuas hati dan berbangga la..bos Arsenal, Arsene Wenger mendapat pujian yang cukup hebat kerana falsafah yang dibawanya berjaya membentuk Arsenal sebegitu..tidak berbelanja besar,mempamerkan gaya permainan yang menarik,langsung tak kalah dan bergelar juara..hehehehe...
selepas kejayaan bersejarah ini, Wenger seakan-akan cuba membuktikan sesuatu yang baru..ini dapat dilihat sehingga hari ini apabila beliau lebih cenderung untuk membentuk skuad yang terdiri dari pemain-pemain muda..dan kerana teori beliau inilah,maka beliau mula di kritik oleh banyak pihak..ini kerana, selepas tahun 2005 dimana Arsenal mendakap Piala FA, tiada lagi piala yang berjaya dijulang oleh Arsenal..sehingga aku menulis entry ni, dah 6 musim Arsenal ketandusan gelaran..
terlalu banyak pro dan kontra dalam isu ini..bagi sesetengah peminat, piala merupakan satu kemestian bagi sesebuah kelab..sebab itu banyak kelab mengambil langkah mudah iaitu dengan membeli dan membentuk skuad yang terdiri dari pemain bintang dan sudah ternama..namun tidak bagi Wenger..beliau lebih gemar mengambil pendekatan membentuk skuad yang terdiri dari pemain muda dengan alasan untuk prospek jangkamasa panjang..
secara peribadi,aku sependapat dengan kebanyakan peminat Arsenal yang lain..walaupun dah lama tak menjulang piala,ia bukanlah masalah yang terlalu besar buat aku..ini kerana ia berbalik kepada mengapa aku memilih untuk menjadi peminat Arsenal diawal tadi..bukan kerana kelab ini begitu berjaya dengan deretan piala yang melampau,namun kerana permainan cantik yang dihidangkan mereka..kepuasan yang terhasil bila menonton beautiful football dari Arsenal ini lebih menjadi keutamaan buat aku..biarlah orang mengatakan kelab ini kelab budak-budak..biarlah orang mengatakan kelab ini tidak mampu menjadi juara..dan biarlah orang mengatakan kelab ini tak lebih dari sekadar pusat melatih pemain remaja..aku tak peduli..asalkan gaya dan keaslian beautiful football itu kekal atas nama Arsenal,maka selagi itulah aku dengan bangga menyatakan bahawa aku adalah peminat setia Arsenal! kerana aku yakin, disebalik kepuasan yang aku perolehi,piala tetap akan hadir jua satu hari nanti...itulah keunikan menjadi peminat Arsenal... :)
RAR : bolasepak itu seni... ;)
Tuesday, January 18, 2011
mencuba lagi....
salam...sekali lagi aku mencuba untuk 'berblog'...hehehehe...setelah tewas pada percubaan kali pertama (maaf ye kawan-kawan)..rasanya tiada lagi alasan yang boleh diberi kali ini..kalau gagal juga,maka PEMALAS lah gelaran yang layak diberikan...
jadi seperti biasa, aku akan tulis apa yang aku suka..jika ada sebarang kesilapan yang menyinggung rasa, maaf dipohon sedari awal ini...
selamat membaca... :)
RAR : lebih minat membaca.... ;)
jadi seperti biasa, aku akan tulis apa yang aku suka..jika ada sebarang kesilapan yang menyinggung rasa, maaf dipohon sedari awal ini...
selamat membaca... :)
RAR : lebih minat membaca.... ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)