Saturday, January 22, 2011

orang putih....dan sambal

minggu lepas (tak ingat berapa hb), aku dengan ofismate (zamri,ab dan abg saifol) pergi makan tengahari kat Kafe Desa Baru..kami duduk dekat meja yang ada 6 kerusi (tu je meja yang ada..yang lain semua penuh)...

tengah sedap makan, ada 1 group lelaki ni datang..2 daripadanya adalah mat saleh..Zamri yang dah habis makan masa tu,dengan penuh semangat 1 Malaysia bangun dan memisahkan meja yang kami duduk makan dengan meja yang kosong tu supaya group tu dapat duduk...bagus budak Zam ni..

masa diorang tengah makan, aku perhatikan mat saleh ni..dua-dua makan nasi putih dengan sambal ayam..aku ckp dlm hati,bagus mat saleh ni boleh tahan pedas..sebab masa tu diorang makan selamba je...

tapi rupanya kejap je..tak lama lepas tu, dua-dua da mula berpeluh..siap berkipas lagi..muka masing-masing dah merah padam...hehehehehe...tersengih-sengih..kawan diorang yang lain tu pn dah gelak-gelakkan..lastly aku tengok,tak abis pun diorang makan..

tapi at least diorang berani la cuba makanan Melayu..memang da budaya diorang mcm tu kan..belasah je semua... ;)

podas bonar sambal ni jang..hehehehe... ;)

2 comments:

takarakugaki said...

hui, siap ade gambor, paparazi betul. Mati-mati ako ingat ni blog pasal bola dan arsenal jers

razlan ab razak said...

mcm rojak bro..macam-macam ado...hehehehe...