Tuesday, January 25, 2011

lelaki........air mata.....

kata mereka...lelaki tak boleh menangis...kalau menangis, jatuhlah harga diri lelaki itu..

kata mereka lagi..lelaki tak boleh menangis...kalau menangis, ego lelaki itu akan jatuh serendah rumput di bumi..

kata mereka lagi..lelaki tak boleh menangis..kalau menangis, lelaki itu tak layak menjadi pemimpin...

mereka berkata lagi..lelaki tak boleh menangis..kalau menangis, lelaki itu dianggap lemah...

NAMUN....

sepanjang usia aku, aku melihat ramai lelaki yang menangis...

menangis kerana kesempitan wang untuk menyara keluarganya...

menangis kerana wanita yang dicintainya sesungguh hati tidak ditakdirkan menjadi miliknya...

menangis kerana mengapa sukar dia bertemu insan untuk berkongsi hidup, sedangkan dia sangat tulus untuk menyempurnakan sebahagian imannya...

menangis memikirkan tentang adakah sudah cukup pengorbanan yang dilakukan untuk sahabatnya...


yang nyata...ramai lelaki hebat yang aku temui dalam hidup ini pernah menangis...airmata mereka jatuh bukan berpura-pura..bukan untuk memperdaya..tapi airmata mereka gugur kerana rasa tanggungjawab..kerana rasa kasih,sayang dan cinta...airmata mereka bukan sekadar jatuh ke pipi..tapi turut jatuh ke hati..

dan semua itu tak pernah sedikit pun mengurangkan kehebatan mereka..secebis pun tidak menggugat martabat mereka..malah langsung tidak merendahkan makam mereka..

lelaki-lelaki itu tetap hebat...

8 comments:

rahmanraof said...

menangis baca nukilan ni huargghhhhh!!!! waaa!!!!

ummi said...

lelaki tetap hebat walaupon telah tumpah air matanya....

yihaaaa!!!pokcik ade blog!!aribbaaa...andreee,andreee...ok,ober T_T

qellissa said...

ader blog sey razlan...ermmmm ye ke lelaki x bleh nangesss?nangess aku baca nukilan ko lan...huhuhu

NURmuhammad said...

i love my dad ^___^

Anonymous said...

ehem..antara reason yang ko bagi tue,cam ader jer kat aku..ko ambik kisah aku ker..hehehehe!!

razlan ab razak said...

rahmanraof : hahahaha...alang jukang...

ummi : meroyan ko makcik??

nurmuhammad : our father is our hero...

anon (letak nama la syeikh) ;) : hehehehe..ni kisah kompilasi luahan hati dan perkongsian antara aku dengan beberapa teman..termasuk hang..

razlan ab razak said...

qelissa : ye ye je la kau nangis...hehehe...

Anonymous said...

Namun..air mata itu sesungguhnyer menjadi pembakar semangat utk trus dan trus mara..mgharungi segala liku-liku kehidupan yg mendatang yang pastinyer melahirkan sejuta pengalaman yg penuh bermakna..