Wednesday, January 26, 2011

aku.......Jamal Abdillah (1)


ayat yang sering kawan-kawan ucapkan.. "Lan dengan Jamal Abdillah memang tak dapat dipisahkan"... err...maksudnya bukanlah dari segi hubungan atau yang seumpama dengannya..tapi ia bermaksud kegilaan@minat aku yang gila dahsyat pada penyanyi yang dahsyat ni...hehehehe...

ada sebilangan kawan yang tau atau aku pernah cerita bagaimana aku boleh minat sangat-sangat pada Jamal ni..so entry kali ni, aku nak kongsi dengan anda semua detik awal bagaimana semua ni bermula...

seingat aku, dari kecik lagi semenjak dah pandai dengar dan ikut-ikut menyanyi sesebuah lagu, aku dah mula dengar lagu Jamal..semuanya disebabkan pengaruh dari abang aku..aku dengan abang aku ni jarak umur agak jauh..7 tahun..so masa aku kecik (dalam 5 - 6 tahun lebih kurang la), abang aku ni dah besar..dah remaja..abang aku ni memang dah minat gila kat Jamal masa tu..so dalam van masa jalan-jalan dengan keluarg, dia akan mainkan kaset-kaset Jamal yang dia ada..dari situlah aku disogokkan dengan lagu-lagu Jamal..

nak dijadikan cerita masa aku sekolah tadika (aku tadika kat Serting, Negeri Sembilan).. hari pertama tu macam biasalah mak ayah akan hantar dan biasanya akan stay tengok kita..so emak aku la yang temankan aku masa tu (terima kasih emak)...so lepas sarapan (tak silap aku biskut..air apa aku lupa dah), sesi persekolahan dimulakan dengan sesi suai kenal..aku ingat lagi nama cikgu masa tu..Cikgu Syamsuri (cikgu perempuan tau)..sorang cikgu lagi aku tak ingat nama (maaf cikgu)... semua murid dikehendaki pergi kedepan, kenalkan nama sendiri dan nama mak ayah.. yang paling buat semua budak-budak macam nak lari keluar ikut tingkap ialah bila sorang-sorang kena buat persembahan nyanyian..hahahahaha....

so sesi tersebut pun dimulakan..seorang demi seorang..seingat aku, agak ramai juga la murid masa tu..yang kelakarnya, semua bantai nyanyi lagu Negaraku dan lagu rasmi Negeri Sembilan..sampai ada yang meraung melalak bila cikgu suruh nyanyi lagu lain.. "tak nakkkkkk....nak lagu Negaraku gakkkkk"...hahahahaha...

sampailah giliran aku..

Cikgu : ok..siapa nama adik?
Aku : nama saya Razlan..
Cikgu : nama emak?
Aku : nama emak saya Hamidah..
Cikgu : nama ayah?
Aku : nama ayah saya Ab Razak..
Cikgu : ok..Razlan nak nyanyi lagu apa?
Aku : (dengan selamba dan konfidennya menjawab) - saya nak nyanyi lagu Jamal Abdillah, Perjalananku...
Cikgu : hah?! betul ke?
Aku : (masih dengan selamba dan konfidennya menjawab) - betul cikgu..
Cikgu : ok cuba nyanyi...

aku pun nyanyilah lagu tu dari mula sampai habis..habis je, semua orang tepuk tangan..sempat gak aku pandang emak kat luar kelas..emak senyum je...tiba-tiba cikgu cakap...

"boleh nyanyi lagi sekali tak?"....hahahahahahaha....

masa tu budak lagi kan..tak pikir apa pun..selamba je lah..cuba sekarang..mau berpeluh-peluh menitik sampai tapak kaki...

so dari itulah aku menjadi peminat fanatik Jamal Abdillah...mula-mula tu memang sebab ikut-ikut abang je la..lama kelamaan bila dah besar sikit, dah boleh berfikir dan menilai, aku buat keputusan sendiri..memang tak salah aku jadi peminat Jamal..sebab bila kita bercerita dari segi bakat@suara, memang dia lah yang terbaik kat Malaysia ni..malah pada aku, dia antara penyanyi lelaki terbaik di dunia...minta maaf jika ada yang tak setuju..ni pendapat peribadi aku.. (ada masa nanti aku akan kongsi sebab mengapa aku berpendapat begini)

so sejak dari itu jugalah, kemana saja aku pergi, title sebagai peminat setia Jamal Abdillah tu aku bawa..lagu-lagu dendangannya menjadi pilihan..suaranya yang serba lengkap menjadi santapan bukan saja telinga, malahan jasmani dan rohani aku setiap hari..dek kerana minat ni jugalah, aku hafal SEMUA lagu-lagu Jamal...(aku berani kerat jari la, Jamal sendiri tak hafal semua lagu dia...hehehehehe... ;) )

kerana bakatnya yang luar biasa inilah, aku berani menyatakan bahawa suara emas Jamal ni bukan Allah bagi.....tapi Allah 'kurnia"...aku sangat yakin akan ini... :)

p/s : cukup setakat ni..banyak lagi yang aku nak kongsi pasal Jamal ni..nantilah..bab demi bab akan menyusul..hehehehe...maaf jika entry yang panjang ini tidak menarik minat anda@membosankan..tapi aku tidak dapat membuang rasa yang cukup mengujakan ini bila bercakap pasal insan bernama Jamal Abdillah ni... :)

sebagai penutup,aku letak lagu Jamal pertama aku nyanyikan di khalayak ramai..hehehehe... ;)












9 comments:

Anonymous said...

terima kasih krn menaja tiket ke konsert jamal tempoh hari hehehehe.. :)

Razlan Ab Razak said...

hehehe..sama-sama tok..

Anonymous said...

xdpt aku nok polo mung aritu..dakpe lain kali laa pok lang....

Razlan Ab Razak said...

bereh boh...pokli wei..mung pesang kat saing sumer...korang kalau nak komen guna anon, letak la nama wei...nasib baik la aku boleh cam berdasarkan bahasa dan style penulisan masing-masing...hahahahaha...

"syahirah" said...

ooo.. baru taw citer sbnr nape cik lang minat giler kt jamal. Credit utk abg2 lah. sbb diaorg lah, maka adanya cik razlan bersama suara yg amat merdu.. :)

Razlan Ab Razak said...

NS..

bukan abg2..abang..abang saya sorg je..hehehe..terima kasih...

Anonymous said...

ooo.. baru tau nape suke no a.Lan ni kat Jamal..
mm.., kecik2 da pandai nyanyi sedap eh, patut la da beso jadik penyanyi.. hehe..

nak cakap betul la, baru2 masuk UiTM xpenah dengo lagi suara a.Lan.. tapi pas dengo.. memang best la..(cik Mai Akhma jangan marah eh.. puji adik bradik je.. hihi).. sampai sekarang kalo dengo je lagu Jamal kat radio ke tv ke, mesti teringat a.Lan la.. cam kembo siam pulak..
"Ingat Jamal, Ingat a.Lan".. ;)

-cik by-

Anonymous said...

jamal wanabe..?

Unknown said...

Janal best... Razlan pon best hahahahaha cayalah cik