Tuesday, May 31, 2011

pesanan lelaki itu............

lelaki yang aku kenali itu pernah berpesan..

"bila perlu buat keputusan, buatlah keputusan yang wajar sebagai seorang lelaki yang bermaruah..dan jangan menyesal dengan keputusan itu...apa saja yang kita hadapi dalam hidup, tak kira susah atau senang, ingatlah"....

HANYA PADA ENGKAU KAMI BERSERAH........DAN HANYA PADA ENGKAU KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.................

Thursday, May 26, 2011

Sifat Murid - Kisah Para Aulia/Sufi

Diceritakan, Ibrahim Khawas ketika masih muda, beliau ingin mengikuti seorang guru. Ia pun mencari seorang yang bijak, dan minta agar dibolehkan menjadi pengikutnya.

Si bijak berkata, “kau belum lagi bersedia.”

Namun kerana anak muda itu berkeras juga, guru itu berkata, “Baiklah, aku akan mengajarmu sesuatu. Aku akan berziarah ke Makkah. Kau ikutlah.”

Murid itu tersangat gembira.

“Kerana kita mengadakan perjalanan berdua, salah seorang harus menjadi pemimpin,” kata si guru. “Kau memilih jadi apa?”

“Saya ikut saja, guru yang memimpin,” kata Ibrahim.

“Tentu aku akan memimpin, asalkan kau tahu bagaimana menjadi pengikut,” kata si guru.

Perjalanan pun dimulai. Ketika mereka berehat pada suatu malam di padang pasir Hijjaz, hujan pun turun. Si guru bangun dan memegang kain penutup, melindungi muridnya dari kebasahan.

“Tetapi seharusnya sayalah yang melakukan itu bagi guru,” kata Ibrahim.

“Aku perintahkan agar kau membolehkan aku melindungimu,” kata si guru.

Siang harinya, anak muda itu berkata, “Ini hari baru. Sekarang izinkan saya menjadi pemimpin dan guru mengikut saya.”

Si guru pun bersetuju.

“Saya akan mengumpulkan kayu untuk membuat api,” kata pemuda itu.

“Kau tak boleh melakukan hal itu,” kata guru yang bijaksana itu. “Sebab hal itu tidak sesuai dengan syarat menjadi murid. Pengikut tidak boleh membiarkan dirinya dilayani oleh pemimpinnya.”

Demikianlah, setiap kali si guru menunjukkan kepada murid apa sebenarnya makna menjadi murid dengan contoh-contohnya.

Mereka berpisah di pintu Kota Suci. Sewaktu bertemu dengan si guru yang bijaksana itu kemudian, si pemuda tidak berani menatap matanya.

“Yang kau pelajari itu adalah sesuatu yang sedikit berkaitan menjadi murid,” kata sang guru.

faedah membaca...satu perkongsian...

Minat membaca sejak kecil membuatkan aku membaca apa saja jenis bahan bacaan..aku tak malu untuk menyatakan bahawa pada satu ketika, aku menjadi hantu novel..tak kira lah apa jenis novel..tak kira apa sahaja genre penulisan, aku sanggup memerap sehari suntuk dirumah asalkan ada bahan-bahan yang boleh aku gunakan untuk membaca..

pada aku, banyak faedah dari hobi ni..ia sangat-sangat-sangat membantu mempertingkatkan skil penulisan, percakapan dan kemahiran kita dalam berbahasa Melayu..bila memasuki IPT dan seterusnya bekerja, aku sangat bersyukur sebab hobi ini berbaloi untuk aku gunakan..terutamanya bila bekerja.. memandangkan bidang kerjaya aku memerlukan skil komunikasi baik dalam bentuk penulisan atau percakapan...( Perkara ini sering aku ingatkan kepada para pelajar yang berpeluang aku beri tunjuk ajar..sedikit demi sedikit mereka mula nampak kebenarannya).

Salah satu genre bacaan yang ingin aku sentuh dalam entry kali ni adalah bahan berbentuk ilmiah/keagamaan..bukan bermaksud aku ingin tunjuk baik..tidak sama sekali..aku pun tunggang langgang gak..Cuma ia berbalik kepada hobi yang aku ceritakan di atas..aku cukup tertarik dengan kandungan yang berintikan sejarah/sirah, cerita-cerita mistik/nasihat mahupun kisah hidup aulia dan para sufi...bagi aku ianya cukup menguji minda dan mengukur pemahaman kita..

So mulai dari entry ni, selain kisah-kisah perkongsian pengalaman, aku ingin berkongsi tentang beberapa kisah ajaib, mistik lucu serta nasihat para aulia/sufi..jika ada sebarang kemusykilan berkenaan kandungan yang dipaparkan, silalah merujuk kepada mereka yang arif dalam bidang agama..jangan membuat tafsiran sendiri..

Selamat membaca..selamat berkongsi... :-)

Friday, May 20, 2011

kopi babi??? pulak dah........

sekarang ni ramai benar orang Melayu yang suka lepak kat kopitiam...masing-masing ada sebab tersendiri..ada yang sebab sukakan environment dia..ada yang sebab gemarkan citarasa hidangan..ada juga yang cakap kononnya ada 'style' la lepak kopitiam ni...hmmm...

secara peribadi aku tak berapa suka lepak kopitiam..sebab pada aku, makanan dia tak berapa kena dengan selera..tapi sebab utamanya adalah aku agak meragui status halal atas hidangan yang disediakan..ada gak member pernah bagitau..'alah..minum kopi je..takkan tak halal kot'...hehehehe...

akhirnya hari ni keluar berita tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai kopitiam yang cukup terkenal, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu...

syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat tersebut...

huuu...dalam kopi pun puak-puak ni nak letak babi...apa hal.. nak cari pasal ke apa...so pada sesiapa yang suka lepak kopitiam tu, fikir-fikirkan la balik..bukan rugi pun kalau tak duk tercongok kat situ..lepak warung orang kita je la..duit pun jimat..hehehe...

banding dengan kopi kat Old Town, sedap lagi kopi cap Ismail Guru Quran...


Tuesday, May 10, 2011

JANGAN MELAMPAU

salam...

bagi yang sering mengikuti perkembangan semasa, pasti akan perasan sejak akhir-akhir ni kerap sangat timbul isu yang berkaitan dengan hak orang Melayu dan agama Islam..murtadlah, Islam bukan agama rasmi lah sampailah baru-baru ni panas dengan isu ada gerakan yang nak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di Malaysia ni....

tak kiralah ini semua konspirasi ke, propaganda ke, alat politik ke, pada pendapat aku, dah melampaulah...semakin didiamkan, semakin menjadi-jadi puak yang satu ni mencabar dan terus mencabar kesabaran dan sikap toleransi orang Melayu..apa nak jadi ni....kita duk kompromi, tapi puak ultrakiasu ni menjadikannya sebagai sesuatu yang perlu diambil kesempatan demi memenuhi kepentingan mereka...

mereka begitu berani (ataupun bodoh yang sebenarnya) mempertikaikan sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan dan terpahat dalam lipatan sejarah..inilah sikap puak pendatang yang tak sedar diuntung..mereka tak sedar betapa bersyukurnya nenek moyang mereka dahulu tatkala mendapat peluang untuk lari dari negara mereka yang penuh dengan penindasan serta merempat di Tanah Melayu ni..mereka buat-buat lupa bahawa nenek moyang mereka dahulu sehingga ke tahap mencium tangan orang Melayu mengucapkan terima kasih kerana menerima kedatangan mereka..baru 53 tahun merdeka, mereka dah lupa diri dan bersikap seperti kaduk naik junjung...sejarah cuba diubah-ubah...MELAMPAU..BETUL-BETUL MELAMPAU...

jika dilihat pada senario politik tanahair, sememangnya wajar untuk kita berasa risau..keadaan seperti memihak kepada mereka selagi semua tindakan biadab ini dilindungi atas nama perpaduan dan kesamarataan...maaf..aku tak minat politik dan bersikap berkecuali..tapi apa saja yang aku lihat cuba 'mengganggu' Islam dan Melayu, memang aku tidak bersetuju..

apa tindakan kita? bersatu? kukuhkan jatidiri? imbas balik sejarah? sangat menghampakan..dikala kita dihimpit kiri dan kanan, ramai antara kita terutamanya generasi muda yang hanyut dan tidak peka dengan bahaya ini..malah lebih menyedihkan, ramai antara anak muda kini yang langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu tentang isu ini..mereka lebih selesa dengan hiburan dan apa sahaja perkara yang melalaikan serta merosakkan jatidiri dan nilai-nilai kemelayuan yang tertanam dalam diri...

aku bukannya orang yang baik sangat..aku juga banyak melakukan kesilapan dan banyak kelemahan..namun, aku tak teragak-agak untuk bersuara dan bertindak jika kesucian agama dan kedaulatan bangsa aku ni cuba dipijak-pijak harganya..aku sangat pantang...aku tahu ramai lagi yang bersetuju dengan aku dalam hal ini..tapi setakat bersetuju saja tidak cukup..maaf saudara..kita harus bersedia untuk bertindak atau menyahut seruan bila perlu nanti..sedaya yang kita mampu...mentaliti kita terutamanya....

minta dijauhkan Allah..tapi kalaulah berlaku sesuatu pada bumi bertuah ini, mampukan generasi muda kita diharapkan?

Saturday, May 7, 2011

aku...Ude....Philips....hahahahaha....

salam semua...

korang semua confirm pernah dengar barang elektronik jenama Philips kan? hahahaha..aku setiap kali sebut Philips ni, setiap kali tu jugalah aku terkekeh-kekeh ketawa..sebab apa? moh dengar cerita ni...hehehehe...

lepas abis je SPM, sementara nak tunggu result, aku dengan 3 orang member berpakat cari pengalaman kerja...kami cuba nasib dengan bekerja disebuah kilang elektronik di Tampoi, JB.. MSL Technology Services...lama gak la aku kerja kat sini..hampir setahun gak (sebab result tak berapa bagus..so tak dapat offer dari mana-mana IPT untuk 1st intake..hehehe...)

dalam tempoh kerja, MSL ni ada buat annual dinner kat Hyatt Hotel..sekarang dah tukar nama jadi Thistle Hotel...untuk dinner ni, management ada buat pertandingan karaoke..dalam kami berempat, sorang member yang kami panggil Ude ni berminat nak join pertandingan ni..

untuk pengetahuan korang, Ude ni suara dia memang class..kalau kat Kempas Baru ni, bab-bab mengaji Quran, berzanji jangan nak 'celen' la dengan dia..berapa tahun berturut-turut dia wakil Sekolah Agama Kempas ni masuk tilawah..dan setiap kali masuk, tak pernah la dia balik tangan kosong..paling koman, no 3..tapi selalunya memang johan je la...serius..suara dia memang best...

untuk pertandingan karok ni, Ude pilih lagu Jamal Abdillah, Senandung Semalam..Ude ni pun peminat fanatik Jamal macam aku gak..tak sia-sia aku pengaruh dia dulu..taat betul dia..hahahaha...

so dipendekkan cerita, masa dinner tu, Ude pun perform la dengan penuh perasaan..diringkaskan lagi cerita ni, takde rezeki dia..dia dapat saguhati je..biasalah pertandingan nyanyian kat Malaysia, bukannya betul sangat..hahahaha..

lepas dinner, masa dalam lif nak balik, Ude buka sampul yang dia dapat dari penganjur..ada notis bagitau bila boleh tuntut hadiah dan apa hadiah yang dia dapat..tetiba......

Ude : yes! yes! tak sia-sia ude masuk..
Kami : nape? dapat hadiah apa?
Ude : handphone Philips...yes!
Kami : ok la tu..ude memang teringin nak handphone kan..
Ude : tu la pasal..tak kisah la tak menang pun takpe...ok la saguhati...

seronok betul Ude..kami pun tumpang gembira gak la...

dikontotkan lagi cerita, beberapa hari lepas tu, kami pun tanya Ude samada dia dah amik hadiah handphone dia..dengan wajah yang agak mendung, Ude menjawab....

Ude : dah amik dah..
Kami : mana? nak tengok...

tiba-tiba Ude menjawab dengan suara yang berintikan kebengangan....

Ude : bukan handphone Philips..HEADPHONE!!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!

masa tu aku dengan member yang lain jangan cakap la..boleh terangkat bumbung kantin kilang tu dengan gelak kitorang...hahahahaha...Ude punyalah 'bengkek' je dengan kitorang...berbulu je dia...hahahahahaha...
lebih kurang camni la 'handphone' yang Ude dapat...wahahahahahahaha....


sampai sekarang kalau aku balik kampung jumpa Ude, aku akan ungkit cerita ni..dan setiap kali tu jugalah mamat ni macam nak terajang je aku...ahahahaha...(masa tengah taip entry ni pun aku tak berhenti gelak...hhehehehehe....)


hahahaha..De, lu jangan marah wa..wa bukan suka-suka nak gelakkan lu..abis dah cerita ni kelakar buat wa, nak buat camane...hahahahaha...tapi wa tau, lu tak bengang dengan wa kan? lu tau wa gurau-gurau je kan?takkan lu nak berkira dengan adik beradik sendiri... :)



ni lah Ude..tidaklah kami bersahabat semenjak dari dalam perut..hanya bermula di sekolah rendah sekitar umur masing-masing mencecah 11 tahun..namun bila ada yang bertanya, aku lebih senang memperkenalkannya sebagai adik beradik kandung sendiri... nilai persahabatan ini sukar digambarkan dengan kata-kata...tidak dapat dinilai dengan wang ringgit...kalau Ude sendiri yang bertanya pun, aku kehilangan kata-kata untuk menjawabnya...hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa bersyukurnya aku mempunyai sahabat seperti Ude ni..betapa bernilainya dia dalam hidup aku..

Ude...selagi nyawa dikandung badan, kita tetap sahabat, saudara...dunia dan akhirat...


Friday, May 6, 2011

aku..bihun goreng....???????

salam semua..

kali ni aku nak berkongsi kisah yang agak kelakar + ngeri gak la...kisah ni terjadi masa aku belajar kat uitm..

nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu, seorang kawan aku ni minta bantuan untuk tolong-tolong apa yang patut untuk majlis tunang akak dia..memandangkan dia ni agak baik dengan aku, dan kesian sebab dia adik beradik tak ramai, aku pun setuju..so aku pun bermalam la kat rumah dia..

esoknya, lepas sarapan, kerja-kerja pun bermula..aku tolong la apa yang mampu..kemas-kemas..cuci-cuci sikit..pergi amik makanan kat katerer...

tengahari, rombongan lelaki sampai..majlis berjalan lancar..maka, tibalah saat yang sangat aku nantikan..iaitu makan..lapar syeikh...huhuhu...

lepas tetamu semua amik hidangan, aku dengan kawan aku ni pun mulalah melantak..lepas bedal kuih 2 3 ketul, aku belasah bihun goreng pulak..banyak gak aku ambik..yelah, laparlah katakan..buat kerja berat...heheheh..

tengah khusyuk mengunyah, tiba-tiba krupppp!!!!.... aku rasa aku tergigit sesuatu..aku cuak dah..kalau batu, memang biasalah kan..tapi aku yakin ni bukan batu..keras dia lain macam...aku pun keluarkan slow-slow benda tu..nak tau apa???









paku!!! tu dia aihhh...memang terkejut badak dibuatnya...adalah dalam 10mm aku rasa panjang dia..rasanya la...nasib baik tak terpacak kat gusi...peh!

aku tunjuk kat member tu..terbeliak biji mata dia...dia tunjuk kat mak dia..habis segala zikir terkeluar dari mulut mak dia...hahahahah...

terkesima kejap la aku dengan insiden tu..selera pun terbantut..tapi kejap je la..lepas tu belasah balik apa yang ada...hahahaha...

sampai sekarang kalau tengok bihun goreng, automatik aku akan teringat memori ni..memang kelakar..memang ngeri..memang sedap bihun tu...hehehehe...





takde tajuk.......

ehh..tempat apa ni???

kat mana aku ni??

ishh..apa sawang berselirat ni??

eeh??? apa tu???

..............................................

...............................................

..............................................

HAAH???????!!!!!!!