Friday, May 20, 2011

kopi babi??? pulak dah........

sekarang ni ramai benar orang Melayu yang suka lepak kat kopitiam...masing-masing ada sebab tersendiri..ada yang sebab sukakan environment dia..ada yang sebab gemarkan citarasa hidangan..ada juga yang cakap kononnya ada 'style' la lepak kopitiam ni...hmmm...

secara peribadi aku tak berapa suka lepak kopitiam..sebab pada aku, makanan dia tak berapa kena dengan selera..tapi sebab utamanya adalah aku agak meragui status halal atas hidangan yang disediakan..ada gak member pernah bagitau..'alah..minum kopi je..takkan tak halal kot'...hehehehe...

akhirnya hari ni keluar berita tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai kopitiam yang cukup terkenal, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu...

syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat tersebut...

huuu...dalam kopi pun puak-puak ni nak letak babi...apa hal.. nak cari pasal ke apa...so pada sesiapa yang suka lepak kopitiam tu, fikir-fikirkan la balik..bukan rugi pun kalau tak duk tercongok kat situ..lepak warung orang kita je la..duit pun jimat..hehehe...

banding dengan kopi kat Old Town, sedap lagi kopi cap Ismail Guru Quran...


3 comments:

Anonymous said...

rindunyer mkn kat Old TOwn.. :-P

Anonymous said...

saya pekena tampal ajer
-anonymous misteri

Razlan Ab Razak said...

anon 1 : old town pun ada rumours gak ttg status halal haram ni.. ;)

anon misterius : saya pun baru pekena tampal pagi tadi... :P