Minat membaca sejak kecil membuatkan aku membaca apa saja jenis bahan bacaan..aku tak malu untuk menyatakan bahawa pada satu ketika, aku menjadi hantu novel..tak kira lah apa jenis novel..tak kira apa sahaja genre penulisan, aku sanggup memerap sehari suntuk dirumah asalkan ada bahan-bahan yang boleh aku gunakan untuk membaca..
pada aku, banyak faedah dari hobi ni..ia sangat-sangat-sangat membantu mempertingkatkan skil penulisan, percakapan dan kemahiran kita dalam berbahasa Melayu..bila memasuki IPT dan seterusnya bekerja, aku sangat bersyukur sebab hobi ini berbaloi untuk aku gunakan..terutamanya bila bekerja.. memandangkan bidang kerjaya aku memerlukan skil komunikasi baik dalam bentuk penulisan atau percakapan...( Perkara ini sering aku ingatkan kepada para pelajar yang berpeluang aku beri tunjuk ajar..sedikit demi sedikit mereka mula nampak kebenarannya).
Salah satu genre bacaan yang ingin aku sentuh dalam entry kali ni adalah bahan berbentuk ilmiah/keagamaan..bukan bermaksud aku ingin tunjuk baik..tidak sama sekali..aku pun tunggang langgang gak..Cuma ia berbalik kepada hobi yang aku ceritakan di atas..aku cukup tertarik dengan kandungan yang berintikan sejarah/sirah, cerita-cerita mistik/nasihat mahupun kisah hidup aulia dan para sufi...bagi aku ianya cukup menguji minda dan mengukur pemahaman kita..
So mulai dari entry ni, selain kisah-kisah perkongsian pengalaman, aku ingin berkongsi tentang beberapa kisah ajaib, mistik lucu serta nasihat para aulia/sufi..jika ada sebarang kemusykilan berkenaan kandungan yang dipaparkan, silalah merujuk kepada mereka yang arif dalam bidang agama..jangan membuat tafsiran sendiri..
Selamat membaca..selamat berkongsi... :-)
3 comments:
Saya sokong perkongsian ini hehe didahulukan dgn ucapan terima kasih kepada Tuan punya blog =)
terima kasih, En.lan.. Selamat berkongsi.. =)
-cik By-
hahahaha...terima kasih juga kepada Cik-Cik pengunjung setia blog... ;)
Post a Comment