Saturday, January 22, 2011

lidah Melayu

masa bersembang dengan beberapa orang member dulu, kami pernah menyentuh isu tentang kelebihan yang dimiliki oleh orang Melayu berbanding bangsa lain..kelebihan yang dimaksudkan ialah tentang lidah..LIDAH? ye..lidah...

aku suka menegaskan bahawa lidah orang Melayu ni memang special...antara sebabnya aku cakap camni adalah yang pertama kalau kita perhatikan, orang Melayu mudah benar meniru/mengasimilasikan loghat atau dialek yang diungkapkan oleh bangsa lain..aku rasa majoriti camtu..jumpa orang Cina, kita cakap pun dah teriku-ikut style diorang..macam tu juga kalau bersembang dengan orang India..sikit sebanyak,mesti telor percakapan diorang kita akan terbuat sama..

walaupun pada sesetengah orang, benda ni satu yang negatif (takde jatidiri diorang kata), tapi bagi aku ianya lebih menunjukkan kelebihan orang Melayu untuk 'adapt' dengan persekitaran dia..pada aku ia bukan alasan untuk kita mempertikaikan tentang jatidiri dalam bab ini..

faktor yang kedua pada perspektif aku ialah apabila kita menyentuh bab seni suara..samada korang perasan atau tak, orang Melayu ni dikurniakan lebih kelebihan untuk menyanyi dalam bahasa asing..walaupun dari segi sebutan tu mungkin tak berapa tepat, tapi orang Melayu boleh menyanyikan lagu dalam bahasa-bahasa lain dengan bagus..tak kira la lagu orang putih ke, hindi ke, latin ke..boleh memang boleh..tapi cuba bangsa lain tu nyanyi lagu Melayu..lain beb! kita dengar orang putih cakap bahasa Melayu pun kita dah boleh gelak.. sapa yang tak kenal Lata Manggeshkar..penyanyi wanita yang dilabel sebagai lagenda di Bollywood..aku cukup minat dengan suara dia..tapi pernah dengar dia nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah (lagu dangdut tu)? sorry to say..kelakar beb..bab sebutan la..bab lain memang class..tapi cuba suruh Siti Nurhaliza nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai..aku yakin lebih bagus dari Lata nyanyi lagu Melayu..

dan sebab ini jugalah, selalu sangat Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, qari dan qariah dari Malaysia sapu kejuaraan...ditambah pula dengan kelebihan kita dalam melagukan sesuatu bacaan tu..sampai orang Arab pun kagum..nak buat camane..dah Dia memang bagi kurnia tang situ..alhamdulillah... :)

3 comments:

mie said...

sy pnh dgr tn pny blog mengalunkn nyanyian&nasyid...
mmg mengasyikkan...

Razlan Ab Razak said...

ek??

Gsp3rm said...

Sangat2 mengasyikkan..Sbb tuh la saya yakin dan percaya bahawa post kali ni Tuan Blog telah buktikan dengan kelunakan suara yg merdu yg dimiliki beliau...Taniah..