Friday, August 26, 2011

Demam Lagu Raya

selain dari kuih, baju, mercun, duit dan rumah/kereta raya, satu lagi kewajipan atau kemestian bagi orang kita untuk menyambut Aidilfitri adalah lagu raya. kita tak mungkin dapat menafikan betapa pentingnya atau kuatnya pengaruh lagu raya menjelang Aidilfitri. tak usah fikir banyak. cuba bayangkan jika menjelang akhir Ramadhan, tiada langsung lagu raya yang kita dengar samada di radio mahupun dalam kereta ataupun handphone. memang janggal. sebab aku percaya kita semua dari kecil memang sudah biasa dihalwa telingakan dengan lagu raya. tak kiralah samada dari dendangan Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee sehinggalah ke zaman Datuk Siti Nurhaliza.

(hebatnya penangan lagu raya sehinggakan seawal 1 Ramadhan dah ada kompleks membeli belah dan premis-premis perniagaan yang mendendangkannya. bab ini memang tak sesuailah. sekurang-kurangnya hormatilah kemuliaan dan keberkatan Ramadhan.
)

bagi aku, lagu raya merupakan satu kelompok yang tersendiri dan agak kecil skopnya. terutamanya dari segi lirik. sebab itulah kalau kita perhatikan, banyak lagu raya yang agak klise dalam aspek ini. kita boleh dengar lirik yang sama ataupun membawa maksud yang sama. sebagai contoh setahun hanya sekali, bermaafan, hari bahagia dan banyak lagi perkataan yang agak serupa di kebanyakkan lagu.

namun demikian, dek kerana isimewanya lagu raya ni, semua ini tidak menjadi satu masalah. ini kerana lagu raya (teruatamanya lagu di era 80-90an) sangat kuat melodinya. berbeza antara satu sama lain dan sangat hebat melekatnya di ingatan kita semua. berbeza dengan lagu raya yang dicipta di alaf baru ini. ada juga yang sedap. bukan tak ada langsung. namun, sukar untuk kita menafikan bahawa lagu lama tetap menjadi pilihan ramai.

secara peribadi, aku mempunyai 3 pilihan lagu yang tersendiri. 3 lagu ini menepati citarasa aku kerana perbezaan yang ada padanya dari segi melodi, lirik dan cara penyampaian penyanyinya. sukar untuk aku menerangkan dari sudut ilmu muzik mengapa 3 lagu ini menjadi pilihan sebab aku tak pandai muzik. tapi kelainanlah yang menjadi faktor utama. 3 lagu ini mempunyai identiti tersendiri yang membezakannya dari lagu raya yang lain. 3 lagu tersebut adalah :


1. Khairil Johari Johar : Sepasang Kurung Biru (HQ Audio)

ni pilihan pertama aku. memang lain macam menangkap jiwa dan sukma..hehehe..dengan penyampaian yang cool dari Khairil, melodi yang syahdu dan lirik yang 'berbeza' dari lagu raya yang lain. langsung takde cerita pasal kuih, mercun, raya datang setahun sekali, fakir miskin..hehehe...

2. Aisyah - Pulanglah

Aisyah antara penyanyi wanita favourite aku. suara yang high pitch, boleh kontro vibrato dengan baik, feel yang mendalam serta mengekalkan ciri-ciri suara dan lenggok Melayu membuatkan aku cukup kagum dengan beliau. lagu ini juga agak lari dari kebiasaan lagu raya. namun feel Aidilfitri tu tetap ada. hehehe...

3. Salam Aidil Fitri ~ Jamal Abdilah

yang ni tak perlu aku ulas lagilah. mamat ni bagi lagu apa pun sedap jadinya. sampai dah tau nak komen apa lagi dah. so klik link atas ni dan layan je lah.. ;)



3 ni merupakan yang paling menarik minat aku la. banyak lagi sebenarnya. boleh dikatakan semua lagu raya era 80-90an memang aku layan. sebab memang sedap dan ada roh dalam setiap lagu tu.

sampai sekarang aku tertanya-tanya, apa resipi pencipta lagu dan lirik pada zaman tu guna sehingga adunan lagu yang dihasilkan menjadi resipi yang dahsyat... ;)

dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa melawat dan membaca tulisan aku ini. tak kiralah samada yang sudi menjadi follower mahupun silent reader yang setia mengunjungi. Maaf Zahir Dan Batin aku pohon andai sepanjang kita semua berkenalan, ada tutur kata yang menyinggung perasaaan mahupun penulisan aku yang mencarik rasa. sesungguhnya tiada niat untuk semua itu selain hanya ingin berkongsi cerita dan pengalaman yang tak seberapa. sokongan anda semua amat dihargai dan teruskanlah mengunjungi blog orang kecil ini. jutaan terima kasih...

Salam Aidilfitri...

Razlan Ab Razak




p/s : sesiapa yang beraya di JB, roger-roger lah ye..boleh raya bersama... :)

2 comments:

yana said...

celamat ary raye en lan !!

Razlan Ab Razak said...

selamat hari raya gak yana...