suatu ketika Sahl ibn Ibrahim pergi bersama Ibrahim ibn Adham. dalam perjalanan, Sahl jatuh sakit. Ibrahim menjual semua barang yang dibawanya untuk keperluan Sahl. selanjutnya, Sahl meminta sesuatu dari beliau. maka Ibrahim menjual keldainya dan membelikan apa yang dipinta oleh Sahl.
"mana keldaimu?" tanya Sahl setelah sembuh.
"sudah ku jual," jawab Ibrahim
"apa yang akan kutunggangi?" tanya Sahl lagi.
"saudaraku, mari sini dan duduklah dibelakangku," jawab Ibrahim.
kemudian Ibrahim mendukungnya dan membawa Sahl berjalan pergi.
setiap hari, Ibrahim bekerja sebagai buruh. dia bekerja hingga malam hari. separuh dari upah yang diperolehinya diserahkan kepada sahabatnya. setelah selesai menunaikan solat maghrib, dia membeli sesuatu dan kembali kepada para sahabatnya setelah larut malam.
suatu malam, para sahabatnya berkata, "dia datang larut malam. mari kita makan roti yang ada, kemudian tidur. supaya dia tahu dan datang lebih cepat pada malam-malam seterusnya nanti. dia tentu tak akan membiarkan kita menunggu begitu lama."
ketika Ibrahim kembali, dia menyaksikan mereka sudah tidur. kerana difikirnya mereka belum makan sama sekali dan tertidur kerana kelaparan, Ibrahim segera menyalakan api. dia mengambil sedikit tepung dan menyediakan adunan untuk menyediakan makanan buat sahabatnya bila mereka bangun nanti. supaya mereka dapat berpuasa esok harinya.
ketika sahabatnya terbangun, mereka melihat Ibrahim yang janggutnya menyentuh lantai, sedang meniup api. air matanya keluar terkena asap.
"apa yang engkau lakukan?" tanya mereka.
"aku melihat kalian tidur. aku terfikir barangkali kalian belum makan kemudian tertidur dalam kelaparan. jadi saya membuatkan sesuatu untuk kalian, kalau-kalau kalian terbangun."
"lihatlah, bagaimana dia memikirkan kita dan bagaimana pula kita memikirkan dia, " luah mereka menyesal.
**Ibrahim yang diceritakan diatas adalah Ibrahim bin Adham, keturunan Arab dan dilahirkan di daerah Balkh. riwayat menceritakan bahawa beliau adalah seorang raja yang meninggalkan kerajaannya untuk menjalani kehidupan yang benar-benar zuhud.
No comments:
Post a Comment