Saturday, August 13, 2011

lagi-lagi MURTAD!!!

** artikel ini dipetik kembali bukan atas tujuan menyokong mana-mana parti politik..walaupun penulis asal artikel ini ada menyentuh aspek-aspek politik, blog ini bersikap berkecuali...hanya atas kesedaran perlunya mempertahankan kesucian agama Islam dibumi bertuah ini dalam apa jua medium - Razlan Ab Razak




Kisah Zulkifli Noordin Dan Gereja Murtad

Kisah Zulkifli Noordin Dan Gereja Murtad


Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani ‘ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!

Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la’natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?

Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman. Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!

Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. Hari ni dema rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulin saperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan biaDAP dan para kafir harbi la’natullah. Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama dema nak hijack yop, dema nak JAIS jumpa dema terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS! Malah kaum Anwarinas ni siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi yop. Dulu dema maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini dema maki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad! Tak ke gila punya kerja namanya ni yop. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ni kalau tak maki-hamun UMNO dan PM sehari dema boleh kena demam kura yop!

Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang teman ada yop. Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.

Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik “untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa “Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.

Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.

Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ialah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar yop!

Teman perturunkan apa yang disebut didalam sijil tersebut:

Certificate of Baptism:

This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.

In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit

Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God’s Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.

Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira

Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL

Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W). Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.

Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.

Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kaafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bilamana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut. Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersama beliau yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas didalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, bukan kepimpinan Haji Hadi.

Dan pilihanraya 2008 menyaksikan buat pertama kalinya umat Islam berpecah. Perpecahan ini memberi ruang kepada kaum kafir melaui parti cauvinis dan rasis biaDAP untuk menjalankan peranan yang akhirnya umat Islam kehilangan cengkaman kuasa politik Melayu-Muslim. Kelesuan, kedayusan dan kebaculan umat makin menjadi-jadi. Ini terbukti bila berlaku beberapa insiden dan isu, yang kemuncaknya ialah tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam bentuk triniti mendapat sokongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas, yang berhempas pulas menyokongnya. Dan kaum kafir khususnya parti cauvinis biaDAP tahu bahawa perpecahan umat Islam sudah parah, kerana ada dikalangan mereka bersedia menjual agama mereka, termasuk kalimah ALLAH demi untuk memenuhi impian rakus politikus kalkatus ke Putrajaya!

Mutakhir bila isu bible versi Bahasa Indonesia muncul, tanpa perlu puak kafir kristian bersusah payah, kaum Awarinas yang beriya-iya menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa indonesia. Sehingga akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam terpaksa tunduk dan memberi kebenaran tersebut, kerana pihak kafir kristian dan sekutu mereka menyatakan kalau PAS dan PKR benarkan, kenapa UMNO nak halang pulak! Sehingga berita palsu dibawa ke peringkat Pope di Vatican bahawa kaum kristian dizalimi dan dianiaya serta di”persecute” oleh Kerajaan Islam Malaysia! Maka kaum kafir tahu bahawa cengkaman mereka keatas segelintir umat Islam sudah sempurna; hanya tinggal masa untu dilaksanakan agenda syaitan mereka menumbangkan kerajaan pemerintahan umat Islam dalam negara ini.

Kelesuan, kebaculan, dan kebisuan segelintir umat Islam terbukti bila isu murtad Nor Azman Beginda terbongkar baru-baru ini. Nor Azman Beginda, adalah saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . Beliau juga adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak. Kisah murtadnya Nor Azman terbongkar apabila timbul isu anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Kalau murtadnya Aishah pada tahun 1997 menjadi isu besar sehingga ramai yang bertakbeer mahu berjihad, namun terbongkarnya isu murtad Azman dipandang sepi, malah ramai yang dahulunya mujahidin tiba-tiba menjadi syaitan PBB – pekak, bisu & buta.

Tiba-tiba, perancangan ALLAH pun bermula. Tanpa disangka-sangka, sedang umat Islam menjalani ‘ibadah puasa tahun ini, tercetus isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan. Kegiatan yang diselimuti dengan program bantuan kemanusiaan dan makan-makan, secara halus mereka memasukkan dakyah mereka. Tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dihebohkan sebagai satu “serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja”.

Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggemparkan, isu itu diputar sebagai satu tindakan mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Tekanan dikenakan terhadap Menteri Besar yang dengan bangangnya telah mengambil sikap apologetik dan menuntut maaf kepada kaum kafir ini walaupun belum mendapat lapuran penuh insiden tersebut. Dikalangan kaum Anwarinas muncul jaguh-jaguh kampung merimbuk meja memaki tindakan JAIS.

Alhamdulillah, ALLAH membuka hati YB Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Hasan Ali untuk bangkit mempertahankan tindakan JAIS dan membela maruah Islam. Tindakan berani Datuk Hasan Ali telah menukar habis spektrum isu ini. Pendedahan berani Datuk Hasan Ali bahawa memang terdapat bukti kegiatan mendakyahkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut mengejutkan umat Islam. Walaupun dimaki-hamun oleh kaum Anwarinas, walaupun Presiden yang besar serbannya tidak menyokongnya, walaupun diserang bertubi-tubi oleh kaum kafir, Datuk Hasan Ali langsung tidak gentar, malah mengeluarkan kenyataan tegas dan jelas: saya rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat Islam!!!

Kenyataan itu disambut oleh umat Islam. Sokongan kepada Datuk Hasan Ali dan JAIS bertambah hari demi hari. Akaun facebook yang dibuka untuk membela Datuk Hasan Ali mencapai jumlah mengejutkan, sudah hampir 20,000 orang menyatakan sokongan terhadap Datuk Hasan Ali hanya dalam beberapa hari. Sokongan yang melangkaui batasan politik kepartian. Dan berita mengejutkan apabila Ketua Dewan Ulama’ PAS, Ketua Pemuda PAS dan beberapa tokoh ulama’ menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Hasan Ali. Insyallah Ramadhan ini akan membawa semangat Badar kepada umat Islam yang semakin lesu dan layu akibat mainan politiking melampau segelintir politikus kalkatus yang rakus ke Putrajaya.

Hari ini terbukti memang benar terdapat kegiatan cuba mendakyahkan umat Islam dalam acara di Gereja Methodist itu. Bukan itu sahaja, terkini terbongkar kisah rupanya gereja Methodist itu adalah gereja haram. Ianya tiada kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang hanya meluluskan pembinaan sebuah pusat komuniti bukannya gereja. Kita mendesak supaya MBPJ dan Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menyita dan menutup gereja tersebut tanpa sebarang dolak dalik lagi!!! Teman semakin yakin janji ALLAH itu benar, dan ALLAH akan memenangkan umat Islam akhirnya!

Ingatlah, isu dakyah gereja Methodist ini bukan isu politik, bukan isu kepartian, bukan isu UMNO-PAS. Tetapi ini adalah isu umat Islam, dan umat Islam mesti bersatu. Ketepikan semua sentimen politik, buang semua assobiyah kepartian. Kita umat Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat. Marilah kita bersatu dibawah ukhwah Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah!!!

Diatas rakusan melapah aqidah
umat bangkit bersatu wadah
semangat Badar mari diserlah
sinar Ramadhan membawa barakah

Tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, kami ikhlas beragama kepada ALLAH, walaupun kafir ahzab tidak menyukainya. ALLAH itu Benar, ALLAH akan mebantu kita menghancurkan kafir ahzab yang bersatu, dan meletakkan musuh-musuh Islam dibawah tapak kaki umat Islam. ALLAHUAKBAR WALILLAHHILHAMD!

MEMPERTAHANKAN AQIDAH ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JUGA JIHAD!!!

Wallahua’alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Ramadhan 1432
11 Ogos 2011

(dipetik dari http://zul4kulim.blogspot.com/)


No comments: